08-10-2010, 11:32 PM
Oleh Mohd Amin Jalil
bhsukan@bharian.com.my
bhsukan@bharian.com.my
Yakin dominasi Kumpulan A dalam misi pertahan Piala Malaysia NEGERI Sembilan mengakui Kelantan antara pencabar utama dalam Kumpulan A berbanding dua lagi pasukan iaitu KL Plus dan PKNS, namun yakin berupaya mempamerkan persembahan cemerlang dalam misi mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia musim ini. Kapten pasukan, Rezal Zambery Yahya (gambar), mengakui Kelantan pasukan berwibawa berdasarkan rekod pertemuan dengan skuad The Red Worriors itu dalam saingan Liga Super apabila Negeri Sembilan tewas dalam kedua-dua perlawanan.
Bagaimanapun katanya, rekod sebelum ini tidak boleh dijadikan faktor penentu bahawa Kelantan terlalu kebal untuk ditewaskan sebaliknya ia akan berdasarkan sejauh mana kekuatan sebenar setiap pasukan dan kebijaksanaan masing-masing menyerap tekanan selain mengurangkan kesilapan.
"Kami sedar Kelantan pasukan yang memiliki ramai pemain bintang namun ia bukan bermakna kami tidak boleh mengatasi mereka, apa yang penting kami perlu meningkatkan lagi prestasi dan berusaha mengurangkan kesilapan ketika turun beraksi.
"Saya yakin kami berpeluang mendominasi Kumpulan A sebelum melebarkan lagi penguasaan bagi memastikan misi mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia tercapai," katanya semalam. Rezal yang sudah banyak kali beraksi dalam Piala Malaysia berazam melaksanakan tugas sebaik mungkin dalam meniup kekuatan dan semangat kepada rakan sepasukannya. Dia juga mahu mereka mempersiapkan diri kerana cabaran kali ini lebih sengit berbanding musim lalu, terutama dari pasukan yang sudah terlalu lama mengidam piala keagungan bola sepak tempatan itu.
"Kami akan berusaha meningkatkan lagi kekuatan dan memperbaiki persembahan untuk memastikan trofi Piala Malaysia kekal di Negeri Sembilan dan kami akan pastikan misi itu dapat dicapai," kata bekas pemain kebangsaan itu.