NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Kuih Karipap
#1


Karipap merupakan sejenis makanan yang popular di Malaysia, Thailand dan Singapura. Ia terdapat dalam pelbagai perasa, bergantung kepada inti di dalamnya. Bahan utama inti karipap ialah daging dan kentang. Ubi kentang sering digunakan sebagai inti karipap, adakalanya inti ubi keledek juga digunakan. Nama karipap boleh dikaitkan dengan inti tersebut, yang menggunakan serbuk kari sebagai bahan perasa. Adakalanya sekarang, inti karipap boleh digunakan dengan lada hitam. Isi ikan yang dibuat sebagai inti karipap, dikenali sebagai temosa.

Di Johor, karipap lebih dikenali sebagai epok-epok. Dalam bahasa Inggeris pula ia dipanggil curry puff, tetapi bezanya ialah bentuk curry puff tidak semestinya seperti karipap. Juga, perbezaan dari segi pembuatan pastri karipap dan curry puff tidak sama. Lipatan pada atas karipap yang seperti satu corakan dipanggil kelim. Kuih karipap juga merupakan kuih rasmi dalam mesyuarat kerajaan atau pun swasta.Biasanya ia di sertakan dengan kopi dan teh o panas menyebabkan keadaan mesyuarat rasmi lebih ceria.

Jenis karipap

Karipap daging
Karipap daging merupakan karipap berinti daging dari lembu dengan kentang. Karipap jenis ini merupakan inti karipap yang paling banyak dibuat di Malaysia. Pastri atau kulit karipap ini sama seperti karipap kentang. Inti kentang berlada hitam lebih enak dibuat dengan daging.

Karipap ayam
Inti karipap ini ialah daging ayam bersama ubi kentang. Penggunaan bahan perasa serbuk kari lebih bersesuaian dengan daging ayam. Ia juga, merupakan pilihan karipap yang sering dimakan sebagai sarapan mahupun di kala waktu petang.

Temosa/Karipap ikan
Temosa atau karipap ikan dibuat sama seperti karipap lain, tetapi ia mempunyai inti yang diperbuat daripada sambal ikan. Rasanya lebih lemak dan tidak pedas.

Karipap sardin
Karipap sardin merupakan karipap berinti ikan sardin dalam tin yang kerap digunakan sebagai inti karipap ini di Malaysia. Pastri atau kulit karipap ini sama seperti karipap kentang mahupun karipap daging. Bagi membezakan karipap jenis ini dicam atau dikenalpasti, kebanyakkan karipap sardin dibuat berbentuk jenis panjang atau pun bulat berbeza dengan karipap biasa yang berbentuk setengah bulat.

Karipap pusing
Karipap pusing merujuk kepada kulit yang digunakan bagi menghasilkan karipap itu. Kulit karipap ini digelek berlapis-lapis dan akan menghasilkan corak berlapis-lapis yang cantik dan lebih garing.Karipap ini juga lebih sedap berbanding karipap yang lain kerana kulitnya yang lebih garing.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#2
Bahan pastri

4 cawan tepung gandum
½ cawan minyak masak (dipanaskan menggelegak)
3/4 cawan air

Cara membuat pastri

1. Masukkan minyak panas menggelegak ke dalam bekas berisi tepung.
Tips:
Penggunaan minyak panas untuk menjadikan tepung tadi separa masak dan kulit karipap rapuh, lembut dan tidak berminyak.

2. Kacau menggunakan senduk kayu.Adunan akan menjadi seperti serbuk roti/crumb.

3. Setelah rata, masukkan air sedikit demi sedikit dan uli. (Agakkan air supaya doh tidak menjadi terlalu lembik) dan pastikan adunan menjadi satu doh yang boleh dibentuk)

Bahan inti
600 gm ubi kentang dipotong dadu
250 gm isi ayam/daging dicincang
3 sudu makan rempah kari dibancuh dengan air (jadikan pes)
4 biji bawang kecil diblender
1 biji bawang putih diblender
¼ cawan daun sup yang dihiris halus.
2 tangkai daun kari
¾ cawan air
¾ cawan minyak masak
Garam dan gula

Cara memasak

1. Panaskan minyak masak dan tumis bawang yang diblender berserta daun kari.

2. Setelah naik bau, masukkan pes rempah. Tumis sehingga pecah minyak.

3. Masukkan isi ayam dan dan air serta ubi kentang. Kacau selalu supaya tidak melekat

4. Setelah ubi kentang empuk dan air kering masukkan sedikit garam dan gula

5. Setelah sejuk, taburkan daun sup dan gaul rata.

Cara membuat karipap

1. Bulat-bulatkan doh kemudian gelek doh dengan kayu pencanai. Jika doh agak lembik, sapukan permukaan papan pencanai tepung dahulu untuk mengelakkan doh melekat.

Tips:
Boleh juga masukkan doh dalam peti sejuk anggaran 10 minit supaya apabila doh dikeluarkan, mudah untuk membulatkannya.)

2. Letak 1 sudu makan inti keripap di atas pastri dan kemudian tangkupkannya.

3. Klim tepi pastri dan kemudian goreng sehingga kekuningan dan kemudiantoskan.

Tips:

1. Semasa masukkan karipap ke dalam kuali pastikan minyak suam sedikit sahaja dan tidak terlalu panas. Ini kerana karipap akan menggelembung jika minyak terlalu panas.

2. Sentiasa balik-balikkan karipap supaya kulitnya licin dan warnanya kuning keemasan yang sekata.

4. Adunan ini menghasilkan 45 biji karipap bersaiz sederhana.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#3
aik?? pndainye die wt karipap.. ^_^..
yg kripap psg 2 nad paggil kripap pusar.. he3.. ske sgt.. ibu slalu wt.. Smile
Heart ~nad~
Reply
#4
(05-05-2011, 04:01 AM)nad_dd257 Wrote: aik?? pndainye die wt karipap.. ^_^..
yg kripap psg 2 nad paggil kripap pusar.. he3.. ske sgt.. ibu slalu wt.. Smile

xde maknanya pandai.. tp I retilah nak guna acuan tu wat karipap sbb penah wat.. inti dia I xpenah wat sendiri.. orang watkan.. hehe.. sonok wat karipap. Angel
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#5
(05-05-2011, 08:25 AM)Mr.Pingu Wrote:
(05-05-2011, 04:01 AM)nad_dd257 Wrote: aik?? pndainye die wt karipap.. ^_^..
yg kripap psg 2 nad paggil kripap pusar.. he3.. ske sgt.. ibu slalu wt.. Smile

xde maknanya pandai.. tp I retilah nak guna acuan tu wat karipap sbb penah wat.. inti dia I xpenah wat sendiri.. orang watkan.. hehe.. sonok wat karipap. Angel

sonok ye?? he3.. ala.. xpyh pkai acuan lor.. wt sndri je.. mnual punye.. x ssh pn Big Grin
Heart ~nad~
Reply
#6
manual xcantek.. hehe... gune acuan senang.. kat kampung dlu ada sorg makcik tu wat karipap paling sedap kat dunia bg aku.. now dia dh tua and uzur.. xde orang dah wat karipap sesedap dia.. anak2 dia xde ke belajar dr makcik ni tentang recipe rahsia yang membuatkan karipap dia sgt2 enak.. huhuu
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#7
tu la.. swh blja xmo... spnjg i wt karipap xpnh la i wt pkai acuan.. wt sndri je.. he3.. nnk ajr.. tp wt x scntik nnk pnye la kn.. nnk wt mcm pkai acuan tngok.. kms gile..
la yke... xpe3... nk rse kripap sedap dtg umh.. leh wtkn.. tp xtaw la kalo x sesedp karipap mkcik 2.. ^_^
Heart ~nad~
Reply
#8
so xpakai acuan u pakai picit2 je la nak katup yer? hahaa
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#9
aip gelak plak die.. btul la..
slalu wt mini karipap.. wt karipap bulat.. kalo acuan kn sparuh kan.. tp kalo nk sprh lipat due jela.. he3..
ha.. kalo nk wt bulat2 i gne cawan yg hjg die tjm ckit 2 je. xpyh bli2. leceh.. ps2 tekap2 je... wat la byk2 an..
ps2.. da bnyk.. amek dua. ps2 wt mcm sndwich.. isi ltk kt tngah..
then.. yg tepi tu ttp2.. ps2 wat bnge 2..
siap.. x ssh pn..
xpe2.. nnti i wt i post la kt cni ye?? ^_^
Heart ~nad~
Reply
#10
ok nak tgok gambar k.. haha
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#11
(05-05-2011, 01:26 PM)Mr.Pingu Wrote: ok nak tgok gambar k.. haha

orait2.. ape2 pn cm bese ye.. tggu blk jb dlu.. hikhikhik Cool
Heart ~nad~
Reply
#12
idak ler pingu yang buat karipap nih.. dia tau makan jer.. ntah dari mana dia copy paste tuh.. idak ler teman tahu.. wakkakakakka..
Segalanya ada disini..
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)