Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › GEMPAKZ EDUCATION › KeKeLuaRGaaN v
« Previous 1 2 3 4 5 6 Next »

MASALAH TIDOR -melatih anak tidor

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
MASALAH TIDOR -melatih anak tidor
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-11-2010, 03:53 AM
by http://www.bharian.com.my


SEORANG wanita berusia 30 tahun menimang cahaya mata pertama setahun lalu dan sering mengadu bayinya kerap terbangun pada waktu malam, walaupun diberi susu secukupnya. Dia berasa tidak bermaya pada siang hari kerana tidak cukup tidur. Namun begitu, dia terpaksa ke pejabat awal pagi dan pulang hampir lewat petang dan keadaan ini juga kadangkala menyebabkan dia berasa bersalah kerana tidak memberi masa secukupnya kepada bayinya.

Ketika di pejabat, bayinya diserahkan kepada penjaga di sebuah taman asuhan kanak-kanak dan ini juga memberi tekanan kepadanya kerana beliau tidak mahu satu hari nanti anaknya akan menjadi lebih mesra dengan penjaganya daripada dirinya. Wanita itu berpendapat dia hanya boleh berjinak-jinak dengan anaknya pada waktu malam saja dan dia akan cuba bermain-main dengan anaknya agak lama dan keadaan ini sesungguhnya membuat anaknya sukar memperoleh jangka masa tidur secukupnya dan secara tidak langsung bayinya mudah meragam sama ada pada waktu malam mahupun siang.

Kisah disebutkan ini mencerminkan gaya seorang ibu yang baru menimang anak dan belum mempunyai pengalaman menjaga anak dan memastikan anak itu membesar tanpa sebarang masalah. Seorang bayi yang baru lahir memerlukan jangka masa tidur yang lama berbanding kanak-kanak yang semakin meningkat dewasa kerana proses pembesaran dan kematangan sistem yang terpenting dalam tubuh.

Bayi itu sedang berjalan dengan pesat. Begitu juga dengan pemakanan bayi terbabit, dia juga perlu kepada susu secukupnya dan sebaik-baiknya susu ibu. Sekiranya seorang bayi tidak mendapat jangka masa tidur secukupnya, dia mudah meragam, tidak kira pada siang atau malam. Situasi yang sama dapat dilihat jika seseorang bayi tidak mendapat pemakanan secukupnya, bukan saja dia mudah meragam malah proses pembesaran turut terbantut. Dalam kes ini ibu itu berasa bersalah kerana menganggap tidak memberi perhatian sewajarnya kepada anaknya kerana beban tugasnya.

Oleh itu, untuk menebus semula perasaan bersalah, dia berpendapat harus bermesra dengan bayinya selama mana yang boleh pada waktu malam.

Sesungguhnya perbuatan ini walaupun nampaknya boleh diterima oleh ibu terbabit tetapi ia memudaratkan pertumbuhan bayi itu dari aspek fizikal dan mental. Bayi berkenaan sepatutnya diberi kesempatan untuk tidur apabila berasa mengantuk dan suasana dalam bilik tidur bayi sepatutnya diubah suai untuk merangsang bayi tidur dengan selesa.

Bagaimanapun, apabila ibu itu terus membuat rangsangan kepada bayinya untuk terus berjaga, bayi itu tidak dapat tidur mengikut proses normal dan kesannya adalah perubahan pada emosi dan tingkah laku bayi terbabit. Dalam keadaan ini, bayi itu memerlukan tidur yang lebih pada siang hari, sama ada pagi ataupun petang. Ini bermaksud, jika bayi dapat jumlah jam untuk tidur dengan selesa, dia akan membesar dengan baik dan ini memberi kesan positif pada perkembangan emosi, intelek dan fizikal bayi berkenaan. Oleh itu, salah satu punca bayi meragam adalah disebabkan dia tidak memperoleh jumlah jam yang bersesuaian untuk tidur.

Kepada ibu yang mempunyai dilema seperti wanita disebutkan ini, mereka harus ingat bahawa tidak salah bekerja dan tidak salah menghantar bayi ke taman asuhan, asalkan mereka tahu bahawa bayi itu sentiasa diberi penjagaan sebaik mungkin dan sentiasa selamat.

Ada juga segelintir ibu ketika kecil dulu mengalami permasalahan berkaitan dengan penjagaan, contohnya apabila mereka masih bayi dan pada zaman kanak-kanak, ibu mereka mengabaikan kehendak dan keperluan mereka. Dalam keadaan ini, mereka sendiri tidak dapat masa sesuai untuk tidur dan keadaan ini mempengaruhi mereka apabila melihat bayi mereka sendiri.

Ibu terbabit seolah-olah dapat berasakan pahit maung emosi yang sedang dialami kerana bayi mereka mengingatkan mereka kepada kenangan lama. Dalam keadaan itu, ibu terbabit cuba berbuat sesuatu bagi menghindarkan bayi mereka daripada mengalami masalah sama.

Bagaimanapun, pendekatan diamalkan bukan membantu bahkan menambah gangguan dialami. Begitu juga dengan tindak balas segolongan ibu yang gemar menghampiri bayi mereka setiap kali bayi itu menangis, terutama pada waktu malam. Bukan saja ibu terbabit mendodoi bayi mereka, malah memberi susu lagi untuk menenangkan bayi itu.

Ada kalanya bayi itu boleh dibiarkan saja untuk sementara waktu dan lazimnya dia akan tidur semula tanpa memerlukan apa-apa bantuan. Bagaimanapun, ada ibu yang berasa bersalah jika mereka tidak membuat sesuatu. Sesungguhnya untuk mengajar bayi itu menikmati proses tidur yang nyenyak, ibu terbabit harus mahir melatih bayi mereka belajar tidur dengan sempurna.

Pada mulanya memang nampak agak susah untuk seorang ibu buat tidak tahu saja apabila bayinya menangis tetapi lama-kelamaan bayi itu sudah boleh menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Apabila seorang bayi sudah mengetahui cara sebenar untuk mendapat kepuasan sewaktu tidur, dia akan memberi manfaat terbaik kepada bayi itu yang mana pertumbuhan dan perkembangan bayi berkaitan mampu berjalan lancar tanpa sebarang permasalahan.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
[PIC] Tips Penyelesaian masalah
[PIC] Tips Penyelesaian masalah
08-11-2010 1,574 Views 0 Replies
Tugas suami & Isteri yang bekerja.. pendapat anda?
Tugas suami & Isteri yang bekerja.. pendapat anda?
10-24-2010 11,847 Views 9 Replies
Tabiat Kanak-Kanak
Tabiat Kanak-Kanak
08-11-2010 7,519 Views 4 Replies
Enaknya Coklat nyum nyum
Enaknya Coklat nyum nyum
01-09-2011 4,677 Views 7 Replies
Kena denda kerana Parking di Tempat salah
Kena denda kerana Parking di Tempat salah
12-17-2011 6,772 Views 8 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-12-2026, 07:31 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend