NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Menjaga Kesetiaan Suami Isteri
#1
Pada zaman di mana perceraian itu sudah menjadi satu perkara biasa, kita patut tabik pada pasangan yang masih mampu mempertahankan ikatan perkahwinan mereka. Apakah ilmu atau petua yang dipraktikkan sehingga kekalnya hubungan suami isteri itu sampai akhir hayat?

1. Mereka tidak melayan himbauan mantan kekasih lama mereka.

2. Mereka menetapkan jarak yang berpatutan apabila berkenalan dengan teman baru baik di tempat kerja, di pertemuan lain seperti di seminar atau majlis sosial. Jika terbentuk persahabatan, topik peribadi dan masalah keluarga tidak dijadikan bahan perkongsian.

3. Orang lain tidak diizinkan mengambil tahu masalah rumah tangga dan dengan ini hubungan mereka tidak akan diancami oleh pihak ketiga.

4. Komunikasi antara mereka adalah aktif. Mereka sering membahas perkara yang berpotensi mengancam perhubungan mereka dengan berfikiran positif agar isu yang terbangkit itu diselesaikan secara rasional dan bukan emosional.

5. Mereka berkomunikasi dengan sesiapa yang dikira tidak boleh memudaratkan hubungan dengan pasangan. Mereka bersikap terbuka. Misalnya, mereka berkomunikasi melalui wahana sembang di Internet tetapi pasangan tahu perkara yang disembang tidak termasuk perkara yang boleh mengundang perselisihan faham.

6. Pergaulan dengan rakan-rakan adalah bersifat sahabat. Jika perlu ada perbincangan lanjut, ia diadakan di tempat awam atau umum dan tidak di tempat yang mudah disalahertikan sebagai tempat yang akan membangkitkan bibit-bibit ‘percintaan’ baru.

7. Mereka tahu batasan dan etika perhubungan dengan rakan-rakan lain sementara menyedari hakikat bahawa ikatan emosi suami isteri harus sentiasa dijaga.
Shy
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Sebab Suami Benci Isteri (dr Dr Fadzilah Kamsah) Mr.Pingu 0 3,360 03-22-2012, 02:26 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Suami Pujaan Isteri Mr.Pingu 0 2,415 12-01-2011, 03:17 PM
Last Post: Mr.Pingu
Thumbs Up Apabila Suami meminta dirinya menjadi isteri Mr.Pingu 0 3,415 10-13-2011, 04:24 PM
Last Post: Mr.Pingu
Wink Petua melayan Isteri ( Dari Rintihan Hati Isteri-Isteri) Mr.Pingu 0 3,280 04-20-2011, 08:11 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Suami dan perempuan simpanan, Isteri dengan anak ikan Mr.Pingu 0 2,814 12-25-2010, 02:31 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Tugas suami & Isteri yang bekerja.. pendapat anda? mawar_hijau 9 11,192 10-29-2010, 04:22 PM
Last Post: Mr.Pingu
  30 Luahan Perasaan suami isteri Mr.Pingu 0 1,946 08-11-2010, 03:37 AM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)