Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 24 25 26 27 28 ... 40 Next »

Kes Simbah Asid

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Pages (3): 1 2 3 Next »
Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Kes Simbah Asid
nad_dd257 Offline
Agent gempakZ
Posts: 1,014
Threads: 29
Joined: May 2011
Reputation: 0
#1
05-15-2011, 12:03 AM (This post was last modified: 05-15-2011, 12:27 AM by nad_dd257.)
Simbah Asid – Simbah Asid Dua Hari Berturut turut


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki misteri bermotosikal sengaja menyimbah cecair dipercayai asid ke atas wanita yang ditemui di sekitar Brickfields di sini tanpa diketahui motif.

Malah, dalam kejadian terbaru kelmarin dan semalam, tiga wanita menjadi mangsa terkena simbahan cecair dilempar lelaki itu dengan seorang daripadanya cedera parah di muka dan badan serta dikhuatiri buta kekal pada kedua-dua matanya dalam kejadian berasingan di sekitar Brickfields.

Kejadian pertama berlaku kira-kira jam 5.30 petang mambabitkan dua pegawai eksekutif di sebuah syarikat manakala kejadian kedua kira-kira jam 7 pagi, semalam membabitkan guru wanita yang sedang berjalan ke sekolahnya.

Mereka dihantar ke klinik berhampiran sebelum dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Mangsa pertama, Rohainah Hussin, 30, berkata, kejadian berlaku pantas menyebabkan dunianya gelap tiba-tiba.

Beliau berkata, ketika itu, dia bersama rakannya dalam perjalanan ke tempat letak kereta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Brickfields sebelum seorang lelaki bermotosikal melempar sejenis cecair ke arah mereka.

“Cecair itu terkena muka saya menyebabkan kedua-dua belah mata rosak, manakala muka sebelah kiri hingga ke leher terbakar.

“Rakan saya di sebelah juga terkena tempias di mukanya.

“Selepas kejadian, saya hanya mampu meminta tolong sebelum berlari bersama rakan ke arah paip berdekatan untuk membasuh muka,” katanya ketika ditemui di PPUM di sini, semalam.

Katanya, dalam keadaan tidak nampak itu, dia hanya mampu berpegang kepada rakannya sambil berjalan ke arah klinik berdekatan sebelum dibantu seorang lelaki.

Sementara itu, Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Khalid mengesahkan kejadian.

Sumber : MyMetro


p/s: Ni kes balas dendam pada wanita la ni… Mungkin penjenayah ni ada UnFinish Business dengan kaum wanita dan menyebabkan dia berdendam, harap pihak berkuasa dapat menangkap penjenayah macam ni secepat mungkin sebelum makin ramai yang menjadi mangsa…
So.. kepada akak2, makcik2, dan adik2... berhati2 la bila keluar rumah ya.. macam2 boleh jadi sekarang ni.. huhu..
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Ibu, tiga anak pergi serentak
Ibu, tiga anak pergi serentak
08-17-2010 1,588 Views 0 Replies
Aksi drift elak dicekup
Aksi drift elak dicekup
08-04-2010 1,763 Views 0 Replies
China overtakes Japan as world's No. 2 economy
China overtakes Japan as world's No. 2 economy
08-19-2010 1,438 Views 0 Replies
Salam Ramadhan Semua!!!
Salam Ramadhan Semua!!!
08-13-2012 9,559 Views 14 Replies
Mari kenali Mr.PiNGu
Mari kenali Mr.PiNGu
04-10-2012 2,945 Views 2 Replies
Heart ~nad~
Find
Reply
nad_dd257 Offline
Agent gempakZ
Posts: 1,014
Threads: 29
Joined: May 2011
Reputation: 0
#2
05-15-2011, 12:16 AM
Polis kenal pasti warna kulit, susuk tubuh penjenayah

KUALA LUMPUR: Polis sudah mendapat gambaran dua suspek yang disyaki menyimbah asid terhadap wanita dan pelajar sekolah sekitar ibu negara sejak Februari lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata polis sudah mengenal pasti warna kulit, susuk tubuh dan umur dua suspek itu berdasarkan keterangan mangsa, saksi dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
“Suspek bertubuh gempal dan kurus serta berusia 20-an dan 30-an, selain menggunakan dua motosikal yang berbeza.

“Setakat ini kita terima 22 aduan membabitkan kes simbah asid dengan 70 peratus daripadanya dilakukan secara individu dan 30 peratus lagi berdua,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas lawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ke Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC) di sini, semalam.

Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Lumpur sebelum ini menubuhkan satu pasukan khas dibantu 40 anggota bagi membendung kegiatan dua suspek itu yang mensasarkan wanita dan pelajar sekolah sekitar ibu negara.
Sebanyak 18 kes dikesan bermula Februari hingga 27 Mac lalu dan reda seketika sebelum kembali pada 6 dan 7 Mei lalu dengan masing-masing dua kes dilaporkan di daerah Sentul dan Dang Wangi.

Mohd Bakri berkata, suspek menggunakan cecair dipercayai asid yang sama setiap kali melakukan jenayah itu dan asid berkenaan sukar didapati di pasaran.

Sumber: Berita Harian
Heart ~nad~
Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#3
05-15-2011, 12:42 AM
Kes ni tengah hangat sekarang.. Sgt2 susah hati la sbb sedara2 kita pun ada di KL.. And memikirkan akan ada mangsa yg tidak berdosa menyebabkan kita sukar maafkan penjenayah! Perlu berkas segera dan simbah asid gak kat muka and mata dia tu
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
nad_dd257 Offline
Agent gempakZ
Posts: 1,014
Threads: 29
Joined: May 2011
Reputation: 0
#4
05-15-2011, 12:57 AM
(05-15-2011, 12:42 AM)Mr.Pingu Wrote: Kes ni tengah hangat sekarang.. Sgt2 susah hati la sbb sedara2 kita pun ada di KL.. And memikirkan akan ada mangsa yg tidak berdosa menyebabkan kita sukar maafkan penjenayah! Perlu berkas segera dan simbah asid gak kat muka and mata dia tu

Betui3.. lagi2 si kero tu.. da la dekat ngan tempat die tu.. kene nasihat ckit.. jgn asyik duk merayap je.. huhu
Heart ~nad~
Find
Reply
kero_keroppi Offline
Newbie
Posts: 19
Threads: 3
Joined: May 2011
Reputation: 0
#5
05-15-2011, 11:50 AM
(05-15-2011, 12:57 AM)nad_dd257 Wrote:
(05-15-2011, 12:42 AM)Mr.Pingu Wrote: Kes ni tengah hangat sekarang.. Sgt2 susah hati la sbb sedara2 kita pun ada di KL.. And memikirkan akan ada mangsa yg tidak berdosa menyebabkan kita sukar maafkan penjenayah! Perlu berkas segera dan simbah asid gak kat muka and mata dia tu

Betui3.. lagi2 si kero tu.. da la dekat ngan tempat die tu.. kene nasihat ckit.. jgn asyik duk merayap je.. huhu

2la pslnye pun,mcm mane plk le ade kt tmpt 2....
nak kluar depan umh pun da takut skrg.. risau plk family kt sane, arap2 smua selamat n pnjenayah 2 cepat2 dtgkap..
die bkn kire sape2 die nk smbah,main nyimbah jeee...
btl2 xbperikemanusiaan,ishhhh....sgt merbahaya..
Find
Reply
nad_dd257 Offline
Agent gempakZ
Posts: 1,014
Threads: 29
Joined: May 2011
Reputation: 0
#6
05-15-2011, 11:56 AM
betul3... sangat3 merbahaya kepada kaum hawa...
hati2 la ko kero ye...
kalo bole.. kuar.. pakai la helmet.. sebagai langkah berjaga2.. huhu
Heart ~nad~
Find
Reply
kero_keroppi Offline
Newbie
Posts: 19
Threads: 3
Joined: May 2011
Reputation: 0
#7
05-15-2011, 12:01 PM
(05-15-2011, 11:56 AM)nad_dd257 Wrote: betul3... sangat3 merbahaya kepada kaum hawa...
hati2 la ko kero ye...
kalo bole.. kuar.. pakai la helmet.. sebagai langkah berjaga2.. huhu

pakai helmet nt org pelik...
ish...mcm mane nak pg keje cuti sem ni...
nmpaknye time keje pun kene pakai helmet la mcm ni....aduhh..
Find
Reply
nad_dd257 Offline
Agent gempakZ
Posts: 1,014
Threads: 29
Joined: May 2011
Reputation: 0
#8
05-15-2011, 12:11 PM
ha.. mmg plik la ckit.. kalo org tnye.... ko jwb la.."langkah keselamatan..!..langkah keselamatan..!" hikhik..
cnfirm pastu ramai yang follow.. :p
Heart ~nad~
Find
Reply
mawar_hijau Offline
Member
**
Posts: 69
Threads: 19
Joined: Aug 2010
Reputation: 0
#9
05-15-2011, 04:19 PM
Pakai topeng la sebelum keluar rumah.. At least yg kene asid tu kulit topeng! Hihiii
Find
Reply
kero_keroppi Offline
Newbie
Posts: 19
Threads: 3
Joined: May 2011
Reputation: 0
#10
05-15-2011, 05:57 PM
ade gak yg sruh pki topeng tp takut2 nt topeng melekat kt muka...hiuhiuhiu..
nmpoknyee kne cr topeng yg anti asid leee nie...
ado keee???
Find
Reply
encik albert Offline
Junior Member
*
Posts: 21
Threads: 1
Joined: Apr 2011
Reputation: 0
#11
05-15-2011, 07:52 PM
Sy. Adangkan pakai topeng power rangers dibuat dr kertas tebal.. Dijamin xterhakis acid~
Jgn tidur.. belajar-belajar rerajin ya adik-adik semua huhu_penat
Find
Reply
akuccputsedut Offline
Forum Lagend
****
Posts: 1,108
Threads: 8
Joined: Oct 2010
Reputation: 2
#12
05-16-2011, 04:08 PM
kalau pakai topeng pun.. dah dia simbah gitu badan mesti kena gak beb... 22 kes.. so dah 22 orang ke yang cacat nih... mak aii.. minta simpang ler musibah nih kat diri aku.. dah sekarang pun takder orang nak.. kalau dah kena simbah asid.. lagi ler.. tak kawin ar raku nampak nya.. huhuhuhu
Segalanya ada disini..
Find
Reply
Pages (3): 1 2 3 Next »


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
Sad Apa jadi dengan kes simbah asid di Kuala Lumpur? Mr.Pingu 6 6,227 06-08-2011, 10:06 PM
Last Post: nad_dd257

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-12-2026, 06:16 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend