Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › GEMPAKZ EDUCATION › WaRiSaN v
« Previous 1 2 3 Next »

57 kubur purba dijumpai kat egypt

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
57 kubur purba dijumpai kat egypt
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-21-2010, 06:05 PM

SEBUAH keranda berisi mumia ditemui ditanam bersama pinggang mangkuk di Lahoun, dekat Fayoum, kira-kira 100 kilometer ke selatan Kaherah di Mesir. Gambar kecil sebuah keranda zaman Firaun yang dilukis cantik berusia 2750 sebelum Masihi. - AP

KAHERAH 24 Mei - Ahli arkeoleogi berjaya menemui 57 kubur purba Mesir yang mempunyai hiasan rumit pada keranda kayu berisi mumia. Menurut Majlis Tertinggi Antikuiti Mesir, semalam penemuan itu ditemui dan digali di Lahoun, Fayoum, kira-kira 100 kilometer ke selatan Cairo. Menurut satu kenyataan majlis tersebut, kubur tertua itu berusia kira-kira 2,750 sebelum Masihi iaitu ketika zaman pemerintahan dinasti Mesir yang pertama dan kedua.

Dua belas daripada kubur tersebut berasal daripada dinasti ke-18 yang diperintah Thutmosis pada alaf kedua sebelum Masihi. Penemuan tersebut membuka pemahaman baru mengenai pengaruh agama kuno di Mesir, kata majlis itu.

Ketua Arkeologi Mesir, Zahi Hawass berkata, mumia yang wujud sejak dinasti ke-18 itu ditutup dengan kain linen yang dihiasi ayat-ayat keagamaan daripada Book of the Dead dan memperlihatkan dewa-dewa Mesir.

Ketua misi penemuan arkeologi tersebut, Abdel Rahman El-Aydi berkata, beberapa kubur dihiasi dengan ayat-ayat keagamaan di mana orang purba Mesir mempercayai ia dapat membantu si mati untuk melangkah ke alam lain. El-Aydi berkata, salah satu kubur tersebut masih kukuh di mana kesemua peralatan persemadian dan keranda kayu itu berisi mumia yang dibalut dengan kain linen.

Daripada 31 makam yang berusia kira-kira 2030-1840 sebelum Masihi, ahli arkeologi telah menemui beberapa dewa purba Mesir seperti Horus berkepala helang, Hathor, Khnum dan Amun yang menghiasi beberapa buah kubur. Tahun lalu, 53 kubur batu yang berusia dari pelbagai zaman purba ditemui di kawasan tersebut. - AP
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Majalah Mastika Berkubur?
Majalah Mastika Berkubur?
11-04-2018 904 Views 0 Replies
Hang Tuah vs Hang Jebat: Sejarah yang mungkin berbeza
Hang Tuah vs Hang Jebat: Sejarah yang mungkin berbeza
05-15-2012 8,571 Views 0 Replies
Sistem tulisan Jawi - Sinarnya merentasi zaman
Sistem tulisan Jawi - Sinarnya merentasi zaman
08-09-2010 16,060 Views 7 Replies
Jom Borak-Borak Sampai Lebam
Jom Borak-Borak Sampai Lebam
04-05-2011 42,502 Views 52 Replies
Yeayy dah sampai kampung
Yeayy dah sampai kampung
05-14-2011 2,143 Views 3 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-14-2026, 02:01 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend