Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SeLiBRiTi v
« Previous 1 ... 20 21 22 23 24 Next »

Fasha sanda Cantik berpurdah

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Fasha sanda Cantik berpurdah
mawar_hijau Offline
Member
**
Posts: 69
Threads: 19
Joined: Aug 2010
Reputation: 0
#1
09-05-2010, 07:07 PM


Rela jika ditakdirkan bermadu
Oleh FAIZAL SAHARUNI
faizal.saharuni@kosmo.com.my

BUKAN lagi rahsia hubungan cinta Fasha Sandha dengan jejaka berkulit hitam manis, Toh Muda Rizal Ashram Ramli, 33. Tanpa berselindung, aktres jelita itu mengakui jiwanya mekar disirami kasih sayang sang arjuna hatinya itu. Rizal atau senang disapa sebagai Jejai, nyata menjadi antara nadi kelangsungan hidup Fasha sejak Mei lalu. Justeru, tidak hairan saat pengkisahan Jejai diisyaratkan kepada penama Nor Fasha Sandha Hassan itu, ibarat ada rama-rama sedang terbang bersama aliran darahnya menandakan dirinya sedang enak dilamun asmara. Tidak mengambil waktu panjang, laju sahaja dia meluncurkan kata dalam nada lembut sambil beberapa kali tersenyum.

"Saya sangat seronok dan gembira apabila tidak hanya disayangi oleh Jejai, masyarakat sebaliknya menyayangi diri ini dengan sepenuh hati. Semua bertitik tolak daripada kejujuran saya. Sebelum ini, bukan tidak mahu mengaku ada hubungan istimewa dengan Jejai. Ada sebab sebenar saya berbuat demikian.

"Namun, selepas segala-galanya pasti dan hubungan ini semakin matang, baru saya berani buat pengumuman. Alhamdulillah, peminat semakin sayang dan memberi sokongan. Ini membuatkan saya begitu terharu. Buat masa ini, belum ada sebarang perancangan untuk bernikah sebab saya bahagia dengan kehidupan sekarang.

"Kalau diikutkan, saya sudah bersedia mental dan fizikal untuk mendirikan rumah tangga. Tetapi, baik saya atau Jejai, kami tidak pernah bercakap soal kahwin. Cuma, sebagai wanita, saya ada letak tempoh dalam hubungan sebab tidak mahu ia terlalu lama ditakuti mampu mendatangkan masalah," ujar Fasha yang berada pada lantai 36 di PNB Darby Park Executive Suites, di ibu negara sebagai lokasi fotografi baru-baru ini.

Merujuk kepada personaliti si kekasih hati, sikap Jejai yang memahami, pendengar setia, sentiasa berfikiran positif dan optimis, dengan mudahnya membuatkan naluri wanita berusia 26 tahun itu terpesona. Dan kerana itu, dia begitu selesa berada di samping Jejai selaku pelindung saat sukar dan senang.

Sempat menolak dakwaan mendepani hakikat menjeruk kononnya cinta tidak direstui orang tua Jejai, Fasha menganggap dia bertuah menjadi Fasha Sandha kalau sekalipun dihadap deretan halangan di jalan depannya. Baginya, setiap cabaran yang singgah, mampu mematangkan dirinya menjadi insan lebih tabah.

"Sepanjang berada dalam industri, saya belajar banyak perkara. Saya mula tahu siapa kawan atau lawan. Saya tidak perlu sejuta sahabat dalam dunia ini. Satu atau dua sudah mencukupi. Sudah menjadi lumrah saya bersikap selektif," tutur Fasha sambil menganggap dua teman artis, Maria Farida dan Nasha Aziz cukup dekat di hatinya. Tidak ketinggalan, tatkala ditanya tentang filem terbarunya, 4 Madu bakal bertandang di pawagam pada Aidilfitri pertama ini, Fasha yang membawakan watak Ros sebagai isteri kedua Azlan (lakonnan Saiful Apek) memberitahu, filem itu menonjolkan variasi mesej dalam berpoligami. Ada pro dan kontranya.
"Filem kesembilan saya dengan pengarah Profesor A. Razak Mohaideen ini mengangkat tema poligami dalam situasi sihat dan sebaliknya.

Bercakap hal sama, terus terang, kalau lelaki berlaku adil terhadap semua isteri, berkahwin kerana ikut sunah Nabi, bukan berpaksi nafsu semata-mata dan menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, ia boleh diterima.
"Dalam kehidupan realiti, saya mampu menerima dengan hati terbuka jika ditakdirkan bermadu. Saya ambil contoh bagaimana Ros menerima keputusan Azlan yang mengahwini wanita lain dan pada waktu sama, si suami berlaku adil kepada setiap isterinya," akui Fasha dalam nada tenang membahas pendapat peribadinya.

Ada keinginan bertudung
Lewat kebelakangan ini, Fasha terbiasa muncul di skrin televisyen dengan mengenakan tudung. Ironinya, dia sudah melakonkan hampir 10 watak wanita bertudung. Terbaru, drama 28 episod garapan Feroz Khan mengangkat judul Chinta, juga menampilkan Fasha dengan imej sama.

"Terus terang, saya lebih selesa bertudung dalam drama. Cuma, saya belum bersedia untuk mengenakan tudung buat masa ini. Insya-Allah, kalau sudah sampai waktunya melakukan penghijrahan, saya akan pakai tudung sepenuhnya ibarat wanita Muslimah lain tanpa nampak lagi rambut.

"Sebenarnya, saya pernah memikirkan soal memakai tudung sebelum ini. Cuma, saya belum berani hendak menyasarkan masa melakukan perubahan ditambah takut pakai sekarang, kemudian buka pula. Macam saya cakap tadi, jika bertudung, saya akan melakukannya bersungguh- sungguh," spontan jawab Fasha. Menyedut nafas seketika sebelum memulakan bicara, keinginan untuk melakukan penghijrahan mula melintas di laut fikirnya semasa menghayati watak Shaliza menerusi drama Rahsia Shaliza sekitar Julai lalu. Entah bagaimana, ia datang secara tiba-tiba tanpa dipengaruhi sesiapa.


FASHA mengakui sudah bersedia mental dan fizikal untuk bergelar seorang isteri.

"Sebelum ini, saya ada beberapa kali pakai tudung menghadiri majlis-majlis tertentu seperti perkahwinan atau pengkebumian. Malah, sampai ada peminat terkeliru apakah saya benar-benar bertudung tatkala terserempak," terangnya yang melihat wanita bertudung tidak ketinggalan boleh berfesyen mengikut arus semasa. Bercerita tentang wataknya sebagai wanita bertudung dalam Chinta, Fasha menerajui karakter Chinta Musa yang tunduk pada segenap ajaran Islam sejak dari kecil lagi. Cuma, suatu hari, Chinta menjadi pendendam kepada Tuhan apabila dia dirogol dan dijual oleh abang kandung sendiri.

"Sepanjang enam tahun berlakon, ini merupakan watak paling berat pernah saya terima. Sebelum ini, saya hanya dapat watak pembenci lelaki dan keluarga. Tetapi, kali ini cukup berbeza," tutur Fasha yang berlakon di samping Ady Putra, Izani, Azhar Sulaiman dan Natasha Hudson.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Shahir: Rozita Che Wan perlu dicontohi & bersih dari gosip2 hangat
Shahir: Rozita Che Wan perlu dicontohi & bersih dari gosip2 hangat
11-19-2010 2,465 Views 1 Replies
Manisnya Siti Nurhaliza Bertudung Penuh
Manisnya Siti Nurhaliza Bertudung Penuh
08-27-2010 3,226 Views 0 Replies
Aizat Nafi Mula Bersikap Demand
Aizat Nafi Mula Bersikap Demand
08-06-2010 1,423 Views 0 Replies
Kisah monyet yang menyayat hati
Kisah monyet yang menyayat hati
08-08-2010 1,853 Views 1 Replies
Mat Saleh Register
Mat Saleh Register
11-01-2010 3,140 Views 4 Replies
Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-14-2026, 04:41 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend