NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
JURUTERA...PELUANG KERJA TERBUKA LUAS
#1

KERJAYA jurutera penting dan besar kepada kemajuan negara. Tanpa jurutera, siapakah yang akan merancang dan mereka bentuk projek-projek seperti pengairan, jalan raya, jambatan, perlombongan, jana kuasa dan kilang? Malah tugas mereka meliputi kajian dan pembangunan, pembinaan, penyenggaraan dan pengawalan, pengeluaran, perundingan, pengurusan serta latihan.

Apa itu kejuruteraan?
Kejuruteraan secara umumnya ialah penggunaan pengetahuan sains dan matematik untuk menyelesaikan masalah-masalah praktikal. Pengetahuan itu digabungkan dengan pengalaman yang dipraktikkan sebaik-baiknya menggunakan bahan dan sumber semula jadi. Jurutera ialah individu yang terlatih dalam mereka, membuat dan menggunakan (menjaga) jentera atau terlatih dalam mana-mana cabang kejuruteraan seperti jurutera awam, elektrik dan kapal terbang.

Mereka perlu menitikberatkan inovasi mengenai komposisi sesuatu produk dan struktur, mengubah idea-idea baru kepada realiti, menyelesaikan masalah-masalah kemahuan dan kehendak manusia, memperbaiki kaedah-kaedah sedia ada dan merintis kaedah baru dengan menekankan pengetahuan saintifik, kebolehan dan kepandaian yang kreatif. Pelbagai pengkhususan di bidang kejuruteraan ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara.

Di antara pengkhususan itu ialah kejuruteraan awam, elektrik, elektronik dan sistem, kimia, proses, sumber asli, mekanikal, bahan, komputer, kaji terbang, pembuatan, telekomunikasi dan pertanian. Perkembangan semasa di Malaysia mendorong permintaan yang tinggi terhadap profesion ini. Setiap hari, pasti ada syarikat mengiklankan jawatan kosong sebagai jurutera di akhbar-akhbar tempatan. Walaupun kerjaya ini mencabar, ia mampu memberi kepuasan kepada mereka. Tambahan pula gaji dan imbuhannya lumayan sekali gus mampu menarik minat pelajar untuk menceburi kerjaya ini.

Ciri-ciri peribadi yang diperlukan
1. Meminati profesion ini
2. Mempunyai pengetahuan di bidang sains, matematik dan bahasa
3. Mempunyai kemahiran komputer

< mempunyai dan>

4. Tekun dan bekerja keras
5. Mempunyai keinginan untuk berjaya
6. Seorang yang dinamik
7. Dapat bekerja secara berkumpulan

Syarat menceburi bidang ini
Calon harus memiliki ijazah mana-mana bidang kejuruteraan dari universiti tempatan atau luar negara. Lulusan kejuruteraan perlu menjadi ahli Institute of Engineers Malaysia sebelum boleh mendaftar dengan Board of Engineers Malaysia. Mereka memerlukan tiga tahun pengalaman pekerjaan yang diiktiraf di dalam bidang-bidang berkaitan sebelum layak ditemuduga bagi mendapat tauliah jurutera profesional.

Tempat melanjutkan pengajian
Universiti yang menawarkan kursus di peringkat ijazah sarjana muda ialah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaya (UM), UKM, Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Institut Teknologi Tun Hussein Onn (ITTHO). UTM, UPM, UiTM dan politeknik Kementerian Pendidikan menawarkan kursus di peringkat diploma. Universiti-universiti luar negara seperti di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Kanada, New Zealand dan Singapura turut menawarkan kursus ini.

Syarat melanjutkan pengajian
Calon perlu lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Vokasional (SPMV) dan mendapat kepujian mata pelajaran matematik moden, matematik tambahan, fizik, kimia, biologi, bahasa Melayu dan Inggeris.

Bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pula, calon perlu lulus matematik tulen, matematik gunaan, fizik, kimia, biologi dan pengajian am. Tempoh pengajian adalah di antara empat hingga enam tahun.

Lulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) boleh memohon masuk ke UKM, UM, UPM, USM, UNIMAS, UMS dan UiTM serta universiti-universiti di Australia, Kanada, United Kingdom, New Zealand dan Singapura. Lulusan program matrikulasi atau asasi sains yang berjaya akan diterima masuk ke peringkat ijazah pertama di universiti-universiti tempatan. Di UTM pula, kursus kejuruteraan yang memakan masa lima tahun pengajian boleh diikuti secara terus selepas SPM.

Universiti swasta tempatan seperti Universiti Telekom, Universiti Tenaga Nasional dan Universiti Teknologi Petronas juga menawarkan kursus di peringkat ijazah sarjana muda. Lulusan diploma dari UTM, UPM, UiTM, politeknik Kementerian Pendidikan dan kolej swasta juga boleh memohon.


sumber: http://www.usm.my/education/kaunseling/t...RUTERA.doc
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#2
bagaimana pula dgn peluang kerjaya??
ada pelunag terbuka luas??

boleh terangkan secara detail kejuruteraan kimia dan elektrik??
sy merupakan pelajar matrikulasi dan sedang memikir utk menceburi antara 2 bidang iniBig Grin
Reply
#3
(09-22-2010, 08:39 AM)mfeo4ever Wrote: bagaimana pula dgn peluang kerjaya??
ada pelunag terbuka luas??

boleh terangkan secara detail kejuruteraan kimia dan elektrik??
sy merupakan pelajar matrikulasi dan sedang memikir utk menceburi antara 2 bidang iniBig Grin

bagus~ pada pendapat saya, kedua-dua bidang yang anda sebutkan merupakan bidang yang mempunyai masa hadapan yang cukup cerah. kebetulan, kedua-dua bidang tersebut juga menjadi pilihan utama saya ketika membuat pilihan program Universiti selepas Matrikulasi.

Pada asalnya saya memilih kejuruteraan kimia - petroleum. sebab saya melihat oil and gas ini merupakan bidang yang mampu meraih pendapatan lumayan. akan tetapi pada akhirnya saya menukar bidang kerana saya mahu balancekan antara kerjaya dan kehidupan harian. kerjaya oil and gas ada yang berat.. justeru saya memilih kejuruteraan elektrik. Saya pilih kejuruteraan elektrik di UTM kerana saya anggap ia merupakan fakulti kejuruteraan elektrik terbaik di malaysia malahan antara yang terbaik di asia tenggara. dan saya tidak pernah menyesal mengambil bidang ini.

Selepas Graduat ijazah pertama, semua sahabat-sahabat saya mendapat pekerjaan yang baik kerana graduan Electrical UTM sgt laku. saya cukup berbangga dengan kejayaan rakan-rakan. Namun saya meneruskan pengajian ke peringkat Sarjana dan telahpun tamat. tahun ini saya akan mengintai peluang untuk melanjutkan PHD kerana saya sudahpun dilantik sebaga tenaga pengajar di sini. Walaupun asalnya saya mengambil bidang kejuruteraan tapai saya juga berpeluang menjadi pensyarah.

Bidang kejuruteraan elektrik di UTM ada banyak anda boleh memilih sendiri. masing-masing ada kelebihan tersendiri. Antaranya:
1) SEE - Sarjana muda kejuruteraan elektrik (kuasa)
2) SEM - Sarjana muda kejuruteraan elektrik (Mekatronik)
3) SET - Sarjana muda kejuruteraan elektrik (Telekomunikasi) [my choice]
4) SEC - Sarjana muda kejuruteraan (Electrik- Komputer)
5) SEL - Sarjana muda kejuruteraan elektrik ( Instrumentasi)
6) SEP - Sarjana muda kejuruteraan (elektronik perubatan)
7) SEL - Sarjana muda kejuruteraan elektrik ( elektronik)
8) SEW - Sarjana muda kejuruteraan elektrik (mikroelektronik)

mungkin program-program ini akan ada pindaan atau perubahan dari masa ke semasa.. ikut penyesuaian semasa..

kejuruteraan kimia juga banyak di UTM. saya xbegitu pasti tentang program cabangnya jika anda nak tahu anda boleh melawat sendiri website UTM: http://www.utm.my

saya syorkan anda belajar di UTM kerana program kejuruteraannya adalah yang terbaik. dan UTM juga telah diiktiraf sebagai salah satu Research Universiti di Malaysia. Jika anda berminat dengan program sains, mungkin USM lebih baik.Blush
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#4
hai..

sya lepasan diploma kejuruteraan telekomunikasi di Multimedia Kolej Sarawak. Sya bercadang nak meneruskan ijazah dlm bidang tersebut. Tetapi memandangkan sya tdk ckup budget untuk meneruskan, jdi sya bercadang nak bekerja sambil belajar. Sekarang sya blum bekerja. Bagaimana nak dpat pekerjaan dalam bidang yg sya pelajari iaitu hanya menggunakan sijil diploma?
Reply
#5
(02-24-2011, 04:18 PM)Sandra Wrote: hai..

sya lepasan diploma kejuruteraan telekomunikasi di Multimedia Kolej Sarawak. Sya bercadang nak meneruskan ijazah dlm bidang tersebut. Tetapi memandangkan sya tdk ckup budget untuk meneruskan, jdi sya bercadang nak bekerja sambil belajar. Sekarang sya blum bekerja. Bagaimana nak dpat pekerjaan dalam bidang yg sya pelajari iaitu hanya menggunakan sijil diploma?

Salam.. wah! tahniah atas kejayaan awak. kalau ada diploma biasanya taraf pekerjaan teknisen gred 17 atau 29 (kalau government). Kalau swasta awk berpeluang kerja di company yang gaji almost 2k. Tetapi zaman sekarang memang agak susah sebab ramai graduan yang dilahirkan setiap tahun. Peluang pekerjaan kene rebut,.. Kalau awk nak cari kerja biasanya awk kene prepare CV yang mengandungi rinkasan tentang diri anda, pencapaian akademik, dan juga kemahiran. Biasanya CV ialah satu page sahaja ringkas tetapi padat. Awak boleh hantar ke mana-mana company yang awak rasa ada menawarkan kerja bagi bidang berkaitan. Kalau telekomunikasi boleh try apply telekom dan seumpamanya.

Kalau buat kerja sambil amek degree part time memang satu usaha yang bagus tetapi agak berat sebab anda akan mempunya masa rehat yang sangat-sangat limited. sebab hari biasa bekerja hari minggu belajar.. saya cadangkana awk try cari pinjaman atau biasiswa dan amek degree full time.. lebih selesa begitu. tapi terpulang kepada kemampuan masing-masing~Blush
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#6
Saya merupakan pelajar lpsn assi sains uitm. saya berminat untuk melanjutkan pljrn dlm ijazah kejuruteraan aerongkasa dan aeronautik. tapi,saya risau akan peluang kerjaya slps tamat bljr memandangkan kebanyakan syarikat lebih 'demand' untuk pekerja lelaki,khususnya jurutera. saya memerlukan pendapat. Smile
Reply
#7
(04-13-2011, 09:14 PM)syaza Wrote: Saya merupakan pelajar lpsn assi sains uitm. saya berminat untuk melanjutkan pljrn dlm ijazah kejuruteraan aerongkasa dan aeronautik. tapi,saya risau akan peluang kerjaya slps tamat bljr memandangkan kebanyakan syarikat lebih 'demand' untuk pekerja lelaki,khususnya jurutera. saya memerlukan pendapat. Smile

wah! Kursus yang sama pernah saya minat dahulu kala. Tetapi sy tak jadi ambil kursus tersebut dan ambil kejuruteraan elektrik. Memang tidak disangkal bahawa pekerja lelaki lebih diminati syarikat2 jurutera kerana tenaga mereka yang lebih dan juga keupayaan bekerja dgn teruk. Namun begitu itu tidak bermaksud wanita juga tidak boleh. Dengan usaha yang keras wanita juga mampu menunjukkan kemampuan mereka. Yang paling penting anda kene develop yourself dgn skill2 dikehendaki. Belajar bersungguh2 dan lulus cemerlang dlm pengajian disamping aktif dalam aktiviti2 luar akademik utk memperbaiki cara berinteraksi dengan orang lain, develop skill dlm mengendalikan tugas / program dan sebagainya. Blush
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#8
hi.. sy nk tnye ni.. adakah senang utk mndapat kerja setelah tamat pengajian degree dlm kejuruteraan kimia (gas n oil)... terima kasih...
Reply
#9
(04-20-2011, 06:18 PM)miyuki Wrote: hi.. sy nk tnye ni.. adakah senang utk mndapat kerja setelah tamat pengajian degree dlm kejuruteraan kimia (gas n oil)... terima kasih...

senang jer kalau hang rajin cari keje arr.. kalau memerap jer ke umah.. ado ke keje nak cari hang.. huhuhuhuhu....
Segalanya ada disini..
Reply
#10
(04-20-2011, 06:32 PM)akuccputsedut Wrote:
(04-20-2011, 06:18 PM)miyuki Wrote: hi.. sy nk tnye ni.. adakah senang utk mndapat kerja setelah tamat pengajian degree dlm kejuruteraan kimia (gas n oil)... terima kasih...

senang jer kalau hang rajin cari keje arr.. kalau memerap jer ke umah.. ado ke keje nak cari hang.. huhuhuhuhu....

tp, graduate engineering unikl x bnyk mnganggur sbb kbanyakan dorang dpt offer.. graduate engineering uitm ada yg dpat offer x?
Reply
#11
hang nih graduate mana..?? mana ler aku tau graduate universiti mana yang dapat offer... setahu aku kalau bahagian mana2 pun kalau rajin cari keje ada ler keje nya... insyaAllah rezeki ada kat mana2 jer.. yang penting usaha...
Segalanya ada disini..
Reply
#12
(04-20-2011, 06:52 PM)akuccputsedut Wrote: hang nih graduate mana..?? mana ler aku tau graduate universiti mana yang dapat offer... setahu aku kalau bahagian mana2 pun kalau rajin cari keje ada ler keje nya... insyaAllah rezeki ada kat mana2 jer.. yang penting usaha...

actually, tlah d tawarkan diploma chemical engineering d unikl.. tp sy confuse, antara dipl. chem eng. d unikl or uitm yg bgus... bley bg pendapat?
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Mencari Kerja? Mengapa tidak Mencipta Kerja Mr.Pingu 0 579 01-22-2020, 12:44 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Peluang kerja jururawat Mr.Pingu 0 3,282 08-08-2010, 04:56 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)