Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 23 24 25 26 27 ... 40 Next »

Sydney - Rakyat Malaysia ditahan kerana disyaki mengedar dadah.

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Sydney - Rakyat Malaysia ditahan kerana disyaki mengedar dadah.
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-12-2011, 12:01 AM
Salam..

Kisah manusia dan dadah ni sudah lama. Walaupun dadah merupakan satu barang terlarang yang telah diperangi habis-habisan, masih ramai yang berani mengedar dadah sedangkan hukuman yang bakal diterima jika diberkas ialah tali gantung! Now, 5 orang rakyat Malaysia bikin busuk di negara orang atas keslahan dadah! walaupun hanya disyaki namun buruk padahnya jika bukti menunjukkan mereka bersalah!

Ikuti Cebisan berita dibawah:

Quote:
Disyaki cuba wujud rangkaian pengedaran syabu di Australia

KUALA LUMPUR: Lima warga Malaysia, dua daripadanya disyaki orang kanan sindiket pengedaran dadah antarabangsa ditahan di Sydney, Australia, semalam selepas dipercayai cuba mewujudkan rangkaian pengedaran syabu di negara itu. Difahamkan, kelima-lima suspek ditahan dalam tiga serbuan berasingan di Cabramatta dan Hurstville di Sydney ketika sedang merancang menyeludup masuk sejumlah besar dadah, dipercayai dari Malaysia untuk dipasarkan di Melbourne dan Gold Coast. Turut dirampas dalam serbuan itu, dua kilogram syabu dan 2.1 kilogram heroin yang dianggarkan bernilai kira-kira RM12 juta mengikut harga pasaran Australia.

Polis Persekutuan Australia (AFP) dalam satu kenyataan media memaklumkan kejayaan itu hasil maklumat risikan dan operasi khas Skuad Jenayah Terancang Asia New South Wales (NSW) yang mengekori pergerakan kumpulan itu sejak enam bulan lalu.

“Suspek pertama ditahan di sebuah restoran di Chinatown, Sydney, disusuli penahanan rakannya ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney. Hasil soal siasat ke atas mereka membawa kepada penahanan dua lagi suspek di Cabramatta dan Hurstville, dipercayai orang kanan sindiket itu.

“Ini kemudian membawa kepada penahanan suspek terakhir di Melbourne. Semua suspek berusia antara 23 hingga 39 tahun kini ditahan untuk siasatan lanjut dan kami sudah memohon kepada mahkamah supaya tidak membenarkan ikat jamin untuk mereka,” katanya.

Sementara itu, Komander Skuad Jenayah Terancang Asia NSW, Scott Cook, berkata siasatan awal menunjukkan sindiket terbabit merancang menyeludup masuk beratus kilogram dadah dipercayai dari Malaysia, terutama jenis syabu yang cukup popular di Australia.

“Mereka dipercayai bertapak di Australia sejak awal tahun ini. Pemeriksaan terhadap rekod perjalanan dua orang kanan sindiket yang ditahan mendapati kedua-duanya tiba di Australia sejak 10 hari lalu, dipercayai untuk meninjau persiapan dilakukan konco-konco mereka,” katanya.

“Berdasarkan maklumat risikan kita, mereka memang merancang untuk menyeludup masuk sejumlah besar dadah ke Australia. Siasatan lanjut sedang dibuat bagi mengenalpasti modus operandi sindiket ini, termasuk saiz operasi, rangkaian pengedaran dan dari mana mereka memperoleh bekalan,” katanya.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Kondom Bergigi : dicipta untuk melindungi wanita
Kondom Bergigi : dicipta untuk melindungi wanita
08-04-2010 1,390 Views 0 Replies
[PIC] Ilustrasi dari Pereka T Shirt Malaysia
[PIC] Ilustrasi dari Pereka T Shirt Malaysia
08-11-2010 1,851 Views 0 Replies
PM mula bercuti ke luar negara hingga 10 Ogos
PM mula bercuti ke luar negara hingga 10 Ogos
08-04-2010 1,923 Views 0 Replies
business talk
business talk
06-20-2022 4,695 Views 14 Replies
Helo semua
Helo semua
10-21-2012 1,835 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Rakyat Malaysia perlu Sedar Pendirian Malaysia terhadap Isu Israel / Palestin Mr.Pingu 0 780 05-16-2021, 07:01 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Rakyat Malaysia tidak patuhi PKP Mr.Pingu 0 901 04-13-2020, 03:56 AM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-02-2026, 11:41 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend