Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 19 20 21 22 23 ... 40 Next »

6 Negeri di Malaysia perlu bersiap hadapi banjir besar

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
6 Negeri di Malaysia perlu bersiap hadapi banjir besar
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
11-09-2011, 02:42 PM
6 negeri perlu siap sedia hadapi musim tengkujuh bulan depan

KUALA LUMPUR: Penduduk di Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah, timur Sarawak dan Sabah dinasihatkan supaya bersiap sedia untuk menghadapi gelombang banjir yang dijangka lebih besar berikutan peralihan musim Monsun Timur Laut, bulan depan. Pengarah Institut Kajian Bencana Asia Tenggara Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Ibrahim Komoo, berkata musim tengkujuh kali ini dijangka membawa 40 peratus atau 880 milimeter lebihan hujan berbanding tahun lalu. “Banjir yang dijangka melanda enam negeri berkenaan mungkin tidak seteruk di Thailand, namun impaknya tetap buruk berdasarkan taburan dan curahan hujan yang meningkat secara drastik akibat pelepasan gas karbon dioksida tidak terkawal yang menyebabkan perubahan iklim, sekali gus mengakibatkan bencana termasuk risiko tanah runtuh.

“Persiapan terbaik bagi penduduk yang tinggal di kawasan berisiko ialah memahami situasi banjir di lokasi mereka dan menggunakan pengalaman lalu untuk mengurangkan risiko kehilangan nyawa dan harta benda,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Ibrahim berkata, punca utama banjir kilat di kawasan bandar pula disebabkan longkang selalu tersumbat, parit kurang lebar, manakala banjir sungai berlaku akibat curahan hujan lebih banyak berbanding keupayaan sungai mengalirkan air ke laut dalam jangka masa tertentu.

“Banjir kilat tetap akan berlaku walaupun pokok ditanam bagi mewujudkan zon penampan banjir, terutama di kawasan perumahan yang hampir dengan alur sungai. Saya sarankan pemaju hartanah membangunkan kawasan perumahan baru di kawasan tinggi sedikit,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai tidak seharusnya terlalu bimbang dengan banjir kerana pihak berkuasa sentiasa menyediakan lokasi pemindahan sementara yang baik serta selamat termasuk koordinasi tersusun pelbagai agensi berkaitan.

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi melaporkan siri hujan lebat diramal di sebelah timur Kelantan dan Terengganu pada November, diikuti timur Pahang serta Johor bermula Januari dan berlanjutan sehingga peralihan monsun Timur Laut berakhir Mac tahun depan.

sumber
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Semak samun mawar berduri jd port bersetubuh remaja
Semak samun mawar berduri jd port bersetubuh remaja
08-08-2010 1,734 Views 0 Replies
Tun Dr Siti Hasmah tidak sibuk
Tun Dr Siti Hasmah tidak sibuk
08-04-2010 3,375 Views 4 Replies
Aerotrain kat KLIA dihentikan start 1 nov!!
Aerotrain kat KLIA dihentikan start 1 nov!!
08-08-2010 1,309 Views 0 Replies
Isteri Tanggung Suami ?
Isteri Tanggung Suami ?
08-08-2010 2,314 Views 1 Replies
borang soal selidik
borang soal selidik
06-11-2011 3,786 Views 2 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Rakyat Malaysia perlu Sedar Pendirian Malaysia terhadap Isu Israel / Palestin Mr.Pingu 0 780 05-16-2021, 07:01 AM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-02-2026, 11:41 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend