02-16-2012, 04:08 PM
1982: Kempen BERSIH, CEKAP dan AMANAH
(mencari rezeki halal dan menghindari rasuah )
Pada pertengahan April 1982, Y.A.B. Dato' Sri Dr. Mahathir Mohamad telah melancarkankempen Bersih, Cekap dan Amanah sebagai satu dasar yang menjadi amalan kepada semua di negara ini. Konsep ini adalah selaras dan sebagai asas kepada Kempen Kepimpinan Melalui Teladan pada 19 hb. Mac,1983.
Objektif utama dasar ini adalah bagi mengujudkan satu etika kerja dan sikap berkhidmat yang baru bagi rakyat Malaysia dengan memberi keutamaan kepada peningkat hasil (productivity) dan mutu kerja dan meningkatkan semangat atau motivasi pekerja seiring dengan Penerapan Nilai-Nilai Islam dan Kepimpinan Melalui Teladan.
1985: Dasar penerapan nilai-nilai islam dalam pentadbiran
Rasional Kerajaan memberi perhatian kepada nilai-nilai Islam dalam pentadbiran dan kehidupan rakyat Malaysia: "Dalam usaha untuk memelihara maruah Warganegara Malaysia, maka perlulah ia mempunyai satu identiti yang kukuh.
Sesuatu bangsa yang tidak mempunyai nilai kehidupan yang tertentu akan mudah menjadi mangsa kepada bangsa lain yang sentiasa berusaha mengembangkan nilai-nilainya dan dengan perkembangan ini akan dapat menguasai bangsa yang tidak mempunyai nilai-nilai yang kukuh."
2004: Islam Hadhari
Islam Hadhari memberi tekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban iaitu peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam dan memberi fokuskepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta pembangunan fizikal. Mempertingkatkan mutu kehidupan adalah dengan
mengamalkan sistem ekonomi, sistem perdagangan dan sistem kewangan yang dinamik,pembangunan sepadu dan seimbang bagi melahirkan umat yang berilmu dan beriman, bertamadun tinggi, berakhlak mulia,jujur lagi amanah, serta bersedia menangani cabaran semasa dunia global
2006: Pembangunan Modal Insan
Dengan peningkatan persaingan di pasaran global, ekonomi akan terus diperkukuh dengan meningkatkan daya saing dan menerokai sumber pertumbuhan baru. Peningkatan daya saing ini memerlukan modal insan bertaraf dunia yang berpengetahuan tinggi, berkemahiran, serba boleh dan kreatif serta memiliki etika kerja positif dan nilai kerohanian.
Bagi tujuan ini, penambahbaikan secara komprehensif sistem penyampaian pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat akan dilaksanakan. Program pembelajaran sepanjang hayat diperluaskan bagi menyediakan lebih banyak peluang kepada individu untuk meningkatkan dan menambah baik kualiti diri melalui pemerolehan pengetahuan dan kemahiran secara berterusan.
2008: 1 Malaysia
bersatu padu dan menghormati antara kaum