NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Riki, Skema tersingkir: Raja Lawak Musim keenam
#1


TIDAK konsisten. Itulah punca utama dua kumpulan dalam Raja Lawak musim keenam (RL6), Riki dan Skema gagal melangkah jauh apabila tersingkir pada minggu keenam yang bertemakan retro.

Mengambil pengajaran daripada kumpulan Gman yang tersingkir pada minggu lalu, juga atas faktor yang sama, ternyata semua peserta RL6 seharusnya kini mempersiapkan diri bagi mengelakkan terkeluar daripada gelanggang tersebut.

Mengikut undian, kumpulan Riki yang dianggotai Norlizal Mohamed Ghani, 27, Mohamad Fadzil Akbar, 24, dan Md. Noor Hazahar, 21, sekadar mendapat undian sebanyak 9.28 peratus. Manakala Skema yang terdiri daripada Sheikh Abdul Rahman Zainal, 23, dan Mohd Hafizi Zulkifeli, 23, mengutip 11.10 peratus undian.

Menurut Pengurus Saluran Astro Warna, Bob Azrai, persembahan yang ditampilkan oleh kedua-dua peserta tersebut kurang memuaskan selain tidak konsisten sebaik menjejakkan kaki di gelanggang RL6.

“Dalam hal sebegini, peserta seharusnya peka dengan kualiti yang ditampilkan kerana penentu menang atau kalah mereka adalah bergantung kepada undian penonton 100 peratus.

“Apa yang saya lihat sekarang, penonton sudah mampu menilai kualiti persembahan sekali gus mempengaruhi mereka dalam memberikan undi.

“Jika dilihat kembali pada minggu lepas, kumpulan Gman terkeluar juga kerana kurang konsisten sekali gus memberi kesan kepada undian.

“Jadi, ia sepatutnya menjadi pengajaran kepada semua peserta yang masih kekal agar sentiasa tampil dengan jenaka yang segar bagi mengelakkan diri daripada tersingkir,” katanya ketika ditemui selepas program tersebut di Studio 1 Astro, Bukit Jalil, baru-baru ini.

Kumpulan Skema yang berada di bawah bimbingan Cif Kecil Tauke dan Riki di bawah Cif Kecil Angah, akur dengan keputusan tersebut. Ingin mengekalkan elemen kejutan pada setiap minggu, dalam masa yang sama ia sebenarnya merupakan salah satu cabaran kepada pelawak dalam memastikan kualiti jenaka yang akan ditampilkan pada persembahan seterusnya mampu membuatkan penonton mengundi mereka. Malah tambah Bob, elemen kejutan juga adalah salah satu format yang dikekalkan bagi memberi pengalaman kepada penonton di rumah.

Kini, enam lagi peserta bakal meneruskan perjuangan dalam gelanggang RL6 pada minggu hadapan iaitu Zero, Shiro, Albob, Cuit, 2Yol dan Selak. Dengan penyingkiran itu, enam lagi peserta yang meneruskan persaingan pada minggu hadapan adalah 2Yol, Albob, Cuit, Selak, Shiro dan Zero.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Zizan Raja Lawak Juara Super Spontan Musim pertama Mr.Pingu 0 2,143 06-02-2012, 01:16 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Johan Raja Lawak bakal disaman Fauziah Ahmad daud?? Mr.Pingu 0 1,849 12-04-2011, 11:46 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)