02-25-2012, 09:15 PM
Gandingan filem pertama Nora, Adi Putra
Oleh HARYATI KARIM
SELEPAS drama rantaian Tentang Dhia gandingan aktres Nora Danish dan Adi Putra mendapat sambutan hangat daripada penonton, mereka sekali lagi digandingkan buat pertama kalinya di layar perak menerusi filem Aku Terima Nikahnya.
Akui Nora yang ditemui pada majlis pelancaran filem itu di pejabat Metrowealth (MIG) di Petaling Jaya baru-baru ini, sebaik sahaja drama Tentang Dhia tamat banyak tawaran datang kepadanya untuk digandingkan bersama Adi Putra, namun tawaran daripada pihak MIG antara yang terawal.
Digandingkan sekali lagi sebagai suami isteri, kata Nora, dia menerima tawaran tersebut kerana jalan cerita yang cukup menarik dan berbeza daripada drama lakonannya sebelum ini termasuklah drama Tentang Dhia.
“Ketika saya ditawarkan berlakon dalam filem ini saya tahu yang gandingan saya ialah Adi Putra, itu juga antara penyebab saya terima tawaran ini.
“Kami pernah berlakon bersama dan sudah biasa antara satu sama lain. Walaupun kami masih sebagai suami isteri tetapi antara drama dan filem ia merupakan dua naskhah dan layar yang berbeza. Ia pasti mempunyai kelainan yang tersendiri,” katanya yang bersyukur bakatnya mula diperhatikan orang ramai.
Sambung Nora lagi, dia menggunakan pengalaman sebenarnya dalam menjayakan watak sebagai isteri yang terluka akibat suami hilang ingatan.
“Saya gunakan pengalaman sendiri, saya juga berduka sebelum ini selain bantuan daripada pelakon hebat seperti Adi Putra,” balas Nora yang memberitahu Adi merupakan aktor yang mempunyai karisma tersendiri.