NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Shahir Di syaki Sakit Kanser Hati
#1
kedit mstaronline
Jumaat Februari 25, 2011
Shahir Disyaki Sakit Kanser Hati
Oleh FERIDE HIKMET ATAK


Shahir membuat persembahan pada majlis meraikan pencalon kategori penyanyi dan penyampai radio popular ABP. Foto TheStar RICKY LAI

KUALA LUMPUR: Bekas juara Akademi Fantasia 8 (AF8), Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir, dipercayai menghidap kanser hati selepas dia membuat pemeriksaan kesihatan pada tahun lalu. Menurut Shahir, penyakitnya itu dikesan selepas sampel darahnya melalui sembilan jenis ujian dan salah satu hasil ujian mendapati bahagian hati Shahir mengalami masalah.

"Ketika itu saya ditahan di wad Hospital Az-Zahra, Bangi, Selangor selama dua hari akibat tekanan darah rendah. Tak sangka pula selepas membuat ujian, keputusan itu pula yang saya peroleh.

"Bagaimanapun, saya telah membuat ujian darah yang sama di hospital lain untuk mendapatkan pengesahan sebenar tentang penyakit tersebut dan Alhamdulillah, selepas diperiksa, penyakit saya ini belum sampai ke tahap serius.

"Mungkin kerana masalah pemakanan serta tekanan membuatkan kesan terhadap hati saya. Setakat ini saya masih lagi membuat pemeriksaan lanjutan dan keputusan baru akan diketahui pada minggu depan," katanya.
Tambah Shahir, gara-gara penyakit tersebut, dia mengambil langkah untuk berehat seketika daripada sebarang publisiti serta persembahan nyanyian pada tahun lalu.

"Bila saya perlukan ruang untuk berehat, timbul pula cerita yang saya tidak berdisiplin dan menghilangkan diri, semua itu adalah tidak benar.
"Sampaikan saya terpaksa menunjukkan surat doktor kepada beberapa pihak untuk memberikan penjelasan kerana saya enggan menimbulkan spekulasi," ujarnya.

Walaupun terpaksa bergelut dengan penyakit dan kontroversi, Shahir menerima keadaan itu seadanya memandangkan dia faham, sebagai seorang selebriti, pelbagai dugaan yang perlu ditempuh. Pada hujung tahun lalu, penyanyi yang popular dengan lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu dikatakan mula menghadapi masalah disiplin apabila beberapa sesi fotografi yang telah diatur dibatalkan pada saat-saat akhir.

Malah dia juga gagal hadir semasa sesi mencabut nombor giliran sempena Anugerah Juara Lagu ke 25 (AJL25) anjuran TV3 selain tidak muncul dalam Konsert Ria 2010 di I-City, Shah Alam, Selangor.

Bagaimanapun, ibunya, Mahanum Osman, berkata kesihatan penyanyi itu agak terganggu dan dia memerlukan masa untuk menenangkan fikiran di kampungnya.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#2
cian...
Reply
#3
mak oni mst antra org trawal yg tau ni..cz mak oni memang minat gler ngn shahir.hekhek.. Big Grin
mse af8 nga top dlu pn oni lyan gk shahir ni.cian la gk tau die skit ha..
Reply
#4
semoga Shahir tabah mengahadapi dugaan hidup..
go shahir!!
Reply
#5
semalam tgok dekat ABP sihat walafiat je.. erm.. sgt ceria wajahnya.. xmacam sakit.. hope dia makin sembuh
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#6
(04-04-2011, 11:19 PM)budak_wireless Wrote: semoga Shahir tabah mengahadapi dugaan hidup..
go shahir!!

wah, lyan shahir jgk?? cayalah. hoi..hoi..hoi...
Reply
#7
tau la shahir hensem.. kalula Oni tau Pingu lg hensem dr Shahir.. opsss...

larikkk hahahaaa
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#8
(04-04-2011, 11:33 PM)Mr.Pingu Wrote: tau la shahir hensem.. kalula Oni tau Pingu lg hensem dr Shahir.. opsss...

larikkk hahahaaa

x nk ngaku org kampar jgk ke?? xpn tkar nama shahir+pingu=shagu.haha...
Reply
#9
hhahaaa.. sy org batu pahat. sekian.. hahaaa
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia, reaksi anak-anak Shuib yang menyentuh hati Mr.Pingu 0 60 08-09-2021, 11:00 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Penyanyi Berbakat Besar, Elyana Nafi mengidap penyakit kanser Mr.Pingu 0 1,239 07-29-2013, 04:32 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Azmir Arif sakit ketumbuhan di usus kecil Mr.Pingu 0 1,713 01-30-2013, 03:22 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Datuk Siti Nurhaliza bimbang terkena Penyakit Kanser Rahim dan Kanser Payudara Mr.Pingu 0 1,651 12-05-2012, 12:30 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Enot senang hati menguruskan kerjaya seni Didie Alias Mr.Pingu 0 1,419 07-16-2012, 06:38 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Hati-hati dalam bergosip Mr.Pingu 0 970 02-25-2012, 02:02 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Shahir: Rozita Che Wan perlu dicontohi & bersih dari gosip2 hangat Mr.Pingu 1 1,759 11-19-2010, 01:10 AM
Last Post: semut api
  Kak Pah bertudung...... sebab sakit gigi? Mr.Pingu 0 1,122 10-14-2010, 02:42 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)