ANDA INGIN MENGIKLANKAN SESUATU? BOLEH emailkan kepada ADMIN DI komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Adam AF jadi penasihan persembahan Mentor 5?
#1
Dengarnya... Adam jadi penasihat persembahan
Oleh Normah Becok

2011/03/03

AMBOI! Amboi! Cik Normah dengar penyanyi dan pelakon kelahiran program realiti Akademi Fantasia, Adam, diberi mandat sebagai penasihat persembahan untuk program realiti Mentor musim terbaru.

Kiranya, untuk jawatan baru ini, Adam dikehendaki menjadi koreografer dan penasihat persembahan setiap protege bertanding. Sebelum ini, tugas Adam dipegang Sazlan, bekas koreografer terkenal yang pernah terbabit dalam program Sehati Berdansa.

Bagi Cik Normah, memilih Adam sebagai penasihat persembahan adalah tepat kerana seperti yang kita ketahui, jejaka kelahiran Sabah ini memang handal di lantai tari.

Kalau bab menari ini, kita serah saja padanya. Mungkin pengalamannya sepanjang bergelar artis boleh dikongsi bersama dengan protege. Cuma Cik Normah tertanya-tanya juga, apakah Adam mampu untuk mengajar tarian yang berbeza dengan genre muziknya?

Maksud Cik Normah, manalah tahu kalau protege dikehendaki menarikan tarian tradisional. Apakah Adam boleh memberi tunjuk ajar tarian itu, sedangkan apa yang kita tahu, dia mahir menarikan tarian moden saja.

Eh! Cik Normah bukanlah nak mempertikaikan kemampuan Adam. Cuma Cik Normah sedikit sangsi kerana Cik Normah belum pernah nampak dia menarikan tarian sebegitu. Tapi siapa tahu kalau Adam sebenarnya ada bakat terpendam yang dia sengaja mahu sembunyikan daripada peminat. Nak buat kejutan pada penontonlah tu!

Apapun, tahniah buat Adam kerana dalam ramai-ramai bekas peserta AF, dia seorang saja yang berpeluang memikul amanah menjalankan tanggungjawab itu. Bukan calang-calang orang boleh galas tugas terbabit. Harapan Cik Normah, semoga Adam berjaya membimbing protege itu dengan baik.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
google.com, pub-xxxxxxxxxxxxxxxx (your own Google ID), DIRECT, f08c47fec0942fa0 innity.com,641, DIRECT, 47ea16374dff1d69 Appnexus.com, 3058 , RESELLER google.com, pub-2254427607846536, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-3992036467687738, DIRECT, f08c47fec0942fa0


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  info: Persembahan Anuar Zain di Pesta KOnvokesyen UTM ke-51 2013 Mr.Pingu 0 1,230 10-31-2013, 03:51 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Sekitar Persembahan Datuk Siti Nurhaliza di Pesta Konvokesyen UTM 2012 Mr.Pingu 0 2,043 10-11-2012, 03:30 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Mentor 6: Ramlah Ram & Ana gagal mara ke Separuh Akhir Mr.Pingu 0 1,385 05-22-2012, 09:13 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Cincin Emas jadi nama gerai Mr.Pingu 0 1,442 02-26-2012, 01:43 PM
Last Post: Mr.Pingu
  AJL 26 - Persembahan terakhir Faizal Tahir sertai juara lagu Mr.Pingu 0 1,458 01-30-2012, 03:54 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Najwalatif Salah Spelling pun jadi isu Mr.Pingu 0 1,030 12-01-2011, 09:32 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Black Mentor ingin bertubuh sasa? mawar_hijau 0 2,058 11-19-2010, 11:45 PM
Last Post: mawar_hijau
  Nabil Atau Awie Jadi Hos Anda Hanya Ada 60 Saat? Mr.Pingu 0 1,114 11-09-2010, 01:10 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Jadi terkenal selepas marah perogol Mr.Pingu 0 807 08-18-2010, 11:57 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Lan kristal dah jadi ayah. Mr.Pingu 0 1,031 08-08-2010, 12:12 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Rezeki anak Ziana: jadi Duta AntaBax Mr.Pingu 0 1,188 08-07-2010, 11:51 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Mentor: "Ziana Zain menang atau Kalah orang tetap akan mengata" Mr.Pingu 0 1,319 08-06-2010, 12:13 AM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)