+++ LETs LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Pelancaran album ' Dia ... Misha '
#1
Sebentar tadi telah berlangsung masjlis pelancaran album terbaru Misha Omar bertempat di Celebrities Club, Solaris Mont Kiara. 'Dia...Misha' merupakan satu naskhah yang diterbitkan khas yang merupakan juga satu simbolik penceritaan kerjaya penyanyi ini yang telah berlangsung selama 9 tahun. Acara dimulakan dengan penyampai plak anugerah kepada Misha Omar diatas beberapa pencapaian beliau. Secara keseluruhan, album-album Misha Omar telah terjual sekitar 75,000 unit dan lagu-lagunya pula telah dimuat turun sebanyak sekita 260,000 unit di mana Cinta Adam dan Hawa menerajui senarai tersebut.

Mini showcase Misha telah turut diadakan. Penyanyi bersuara gemersik ini telah menyanyi 4 buah lagu secara live bermula dengan 2 lagu terbaru yang dipetik daripada album ini 'Berlalu' dan 'Detik Antara Waktu'. Di dalam review sebelum ini, I thought there were something missing in those songs but setelah menyaksikan dan menghayati sendiri lagu-lagu itu dipersembahkan secara live, ternyata lontaran vokal Misha dan keampuhan muzik yang dipamerkan, have changed my mind. I totally get 'Detik Antara Waktu' now. Misha did mentioned, the song defines her as a singer, and yes it did show. The live version has different soul than the recorded version and I felt it was stronger. Apabila di atas pentas, Misha berjaya menjadikan lagu itu penuh dengan jiwa dan 'hidup'. Mungkin recorded was a bit too controlled and contained I think.

'Kerana' persembahan Misha sangat menyentuh. As mentioned previously, Misha mempunyai kemampuan yang tinggi dalam menghayati lagu dan apabila sesebuah lagu tersebut memerlukan tangisan , Misha sentiasa berjaya untuk meluahkan 'tangisan' itu menerusi suaranya dan mimik mukanya. Ada yang suka, ada yang kata over. But hey, that IS Misha Omar.

Sebelum menyanyikan lagu yang terakhir, Misha menyatakan bahawa lagu yang bakal dinyanyikan adalah lagu yang telah memberi jangka hayat Misha dalam persada muzik sehingga sekarang. Ya, totally agree. 'Bunga-Bunga Cinta' boleh dianggap sebagai sebuah klasik cinta Melayu yang hebat, setaraf dengan 'Madah Berhelah', 'Janji Manismu' dan juga 'Jerat Percintaan' yang mana masing-masing juga merupakan lagu yang telah melonjakkan nama penyanyinya di dalam industri.

Sejujurnya, Misha Omar sungguh bertuah kerana dikurniakan dengan kuasa tarikan yang ada pada suaranya. Ditambahkan pula dengan kejayaan lagu-lagu dendangannya yang berkualiti dan diiktiraf, tidak mustahil untuk Misha terus bertahan untuk 9 tahun yang akan datang atau lebih lagi. Akar muzik dan jiwa Misha jelas kukuh dalam genre pop balada tetapi beliau berani untuk berekperimentasi dengan pelbagai muzik dan juga tahu untuk menilai kesesuaian lagu dengan vokalnya. But heck, we all know she can sing just anything aite?

But I still hope Misha akan dapat sebuah lagu yang betul-betul boleh melonjakkan kembali namanya seperti zaman 'Bunga-Bunga Cinta'. Dan berharap agar diberhentikan cepat segala gosip liar tentang dirinya. People need to just focus on her talent and products, bukan cerita peribadi, kerana munculnya Misha Omar 9 tahun lepas adalah kerana bakatnya.

TekanPlay wishes only the best for Misha. Stay true to yourself and bak kata Datuk Sharifah Aini, sentiasa pandang ke bumi. InshaAllah, perjalanan akan terus diberkati.

for details and pictures: http://tekanplay.blogspot.com/#ixzz1I11r0p9M
Mari rakan-rakan mendaftar sebagai seorang ahli Komuniti gempakZ~   Shy
Reply

**KLIK: RDIJASIGNATURE, WEAR WITH PRIDE, KOLEKSI TUDUNG EXCLUSIVE **

***



KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)

google.com, pub-xxxxxxxxxxxxxxxx (your own Google ID), DIRECT, f08c47fec0942fa0 innity.com,641, DIRECT, 47ea16374dff1d69 Appnexus.com, 3058 , RESELLER google.com, pub-2254427607846536, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-3992036467687738, DIRECT, f08c47fec0942fa0