Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SeLiBRiTi v
« Previous 1 ... 14 15 16 17 18 ... 24 Next »

Coretan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Coretan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010
Mr.Pingu Online
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
04-04-2011, 11:46 PM
Jom kumpul atau bergosip pasal Anugerah Bintang Popular 2010 (ABP2010)
**********************************
ABPBH 2010: Faizal Tahir Terkedu kerana tidak sangka menang anugerah penyanyi lelaki popular menewaskan Anuar zain dan 3 yang lain


Setelah lima kali tercalon pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), akhirnya Faizal Tahir berjaya menjulang trofi kemenangan apabila dia dinobatkan sebagai Penyanyi Lelaki Popular. Penyanyi rock ini menewaskan empat calon yang hebat-hebat belaka iaitu Anuar Zain, Aizat, Shahir dan Black.

Mengulas tentang kemenangannya itu, Faizal Tahir memberitahu dia terkejut apabila namanya diumumkan sebagai pemenang. Ini kerana dia meramalkan Anuar Zain yang akan menang memandangkan penyanyi itu mempunyai peminat yang cukup ramai.

“Saya terkejut apabila nama saya diumumkan. Memang tak sangka sebab saya ingat Anuar Zain yang akan menang. Sebab itu masa naik ke pentas saya terkedu. Tak tahu nak cakap apa. Walau apa pun saya bersyukur dengan kemenangan ini.

Ini bukan kemenangan saya seorang, tetapi ia adalah kemenangan semua peminat yang tidak pernah jemu menyokong saya selama ini. Sejujurnya saya merasakan ABPBH ini adalah anugerah yang cukup istimewa kerana ia datang daripada peminat," ujar Faizal.

Ditanya sama ada gembira atau tidak dengan gelaran popular itu, Faizal Tahir memberitahu dia sebenarnya tidak pernah mengejar populariti. Jadi, kemenangannya malam tadi adalah bonus untuk dirinya.

“Saya buat kerja ini bukan semata-mata mengejar populariti, tetapi saya buat kerana cintakan muzik. Saya berkerja untuk kualiti bukan populariti. Walau apa pun, saya berasa terhutang budi dengan peminat. Saya tak tahu bagaimana cara hendak membalas jasa mereka. Mungkin saya akan buat sesuatu untuk peminat nanti. Saya akan berbincang dengan pihak pengurusan dahulu, “ ujar Faizal mengakhiri perbualan.

PinGU: target Anuar Zain menang.. tapi Rezeki Faizal Tahir.. Saya tumpang Happy~
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Aktor berpendapatan paling lumayan
Aktor berpendapatan paling lumayan
08-06-2010 1,471 Views 0 Replies
fauziah latif dalam misi bantuan di Gaza
fauziah latif dalam misi bantuan di Gaza
08-17-2010 1,741 Views 0 Replies
Siti Sarah Raissuddin
Siti Sarah Raissuddin
11-17-2010 2,187 Views 0 Replies
Topik sembang-sembang: Gula-gula
Topik sembang-sembang: Gula-gula
01-28-2011 13,833 Views 20 Replies
Malam ini saya tidak tidur
Malam ini saya tidak tidur
04-13-2011 7,405 Views 12 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
Mr.Pingu Online
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#2
04-04-2011, 11:48 PM
Anugerah berprestij, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010) yang berlangsung dengan penuh gemilangnya di Arena Of Starts , Genting Highlands telah pun melabuhkan tirainya pada malam semalam.

Pelakon Shaheizy Sam, 29, telah pun diumumkan sebagai Bintang Paling Popular bagi ABPBH 2010 setelah menewaskan nama-nama besar dalam industri hiburan seperti Zizan, Aznil Nawawi dan Faizal Tahir.

Manakala, sebanyak 16 anugerah kategori lain telah pun berjaya diraih oleh penggiat-penggiat seni lain yang telah berkecimpung dalam bidang nyanyian, lakonan, pengacaraan TV serta penyiaran radio.

Bertemakan Moden Klasik anugerah gilang-gemilang itu telah pun dikemudikan oleh tiga orang pelawak sensasi iaitu Raja Azura, Sharifah Shahira dan Zizan Raja Lawak. Mari ikuti apa kata sebahagian pemenang serta artis yang lain telah merangkul kejayaan pada malam anugerah tersebut:

Faizal Tahir (Penyanyi Lelaki Popular)


Syukurlah dengan kejayaan yang saya kecapi pada malam ini. Sebenarnya saya tak rasa diri saya popular dan ianya tidak begitu penting untuk saya terlalu mengejar populariti itu. Ini kerana bagi saya apa yang paling penting, peminat sukakan muzik dan lagu yang saya bawakan bukan sebab diri saya semata-mata.

Apa-apa pun saya mahu mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat saya yang selama ini mengundi serta menyokong karier nyanyian saya. Tanpa mereka saya mungkin tidak akan pergi sejauh ini.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
TheOniezuka
Unregistered
 
#3
04-04-2011, 11:53 PM
faizal tahir??x syok nye die mnag. Dodgy
Reply
Mr.Pingu Online
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#4
04-04-2011, 11:59 PM
(04-04-2011, 11:53 PM)TheOniezuka Wrote: faizal tahir??x syok nye die mnag. Dodgy

tu la oni dh rezeki dia.. sb fan2 dia ramai yg jenis kipas susah mati.. vote banyak2.. haha..

BTW I suke Anuar Zain.. lbh2 lagi lagu barunya sedetik lebih.. oh.. sgt2 menusuk kalbu.. tapi anuar zain jenis low profile dan terlalu exclusive kot sbkan dia gagl menang kali ni Sleepy
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
TheOniezuka
Unregistered
 
#5
04-05-2011, 12:14 AM
sedetik lebih. sblm ni skali skala dgr lyan gk. tp sjk housemte tau lgu 2, naik bnanah tlinga ha. dr celik smpai pjam mate x hbis2 lgu 2. ayarkk.. monyet penat
Reply
Mr.Pingu Online
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#6
04-05-2011, 12:24 AM
hahaaa pingu nyanyi almost everyday.. Oni nak dengar pingu nyanyi tak? jap buka thread baru hehee
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
TheOniezuka
Unregistered
 
#7
04-05-2011, 12:29 AM
(04-05-2011, 12:24 AM)Mr.Pingu Wrote: hahaaa pingu nyanyi almost everyday.. Oni nak dengar pingu nyanyi tak? jap buka thread baru hehee

td ad g taw muka lg ensem dr shahir kn?? ni suare sme cm shahir x? klu same nk jgk. uji bkat dlu.cpat2, amk nmbor.hekhek...
Reply
Mr.Pingu Online
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#8
04-05-2011, 12:37 AM
dah bukak thread.. opsss wakakaa
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
Mr.Pingu Online
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#9
04-06-2011, 07:02 PM
GENTING HIGHLANDS: Penyanyi Faizal Tahir enggan anak-anak menontonnya di televisyen tetapi mahu mereka menganggap dia berada di pejabat setiap kali mengadakan persembahan.

Sebab itu dia memberikan ucapan berbunyi, “terima kasih kepada anak-anak yang tidak menonton saya di televisyen kerana saya tak nak mereka tengok” ketika memenangi anugerah Penyanyi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular (ABP) 2010 di Arena of Stars, di sini, Ahad lalu.

“Saya memang fikir tidak mahu anak-anak saya menonton saya di televisyen kerana saya nak mereka membesar dalam keadaan normal dan merasakan bapa mereka bekerja di pejabat.

“Tapi suatu hari nanti saya pasti mereka akan tahu juga yang bapa mereka merupakan seorang penyanyi tetapi seboleh-bolehnya saya tak nak beri mereka tengok saya di televisyen,” tegas Faizal yang mempunyai empat orang anak yang berusia antara empat tahun hingga 18 hari.

Bukan sengaja tidak mahu berkongsi kejayaan dengan anak-anaknya, namun jelas Faizal biarlah mereka mencari album cakera padat yang dalam simpanannya kelak.

“Apabila mereka besar nanti, biarlah mereka mencari album saya dalam kotak,” katanya.

Menyentuh tentang kejayaan pertamanya dalam anugerah tersebut, penyanyi lagu Bencinta dan Selamat Malam ini agak terkedu kerana langsung tidak menjangkakan akan menang atas tiket popular.

“Saya rasa seperti tidak percaya dan mengambil masa setengah jam untuk mempercayai kemenangan itu.

“Saya berharap peminat mengundi saya disebabkan muzik dan kualiti. Saya bukan jenis yang akan keluar akhbar setiap masa.

“Peminat saya pun tahu yang saya bukan seorang yang gila publisiti. Saya tidak senang-senang nak muncul di muka depan akhbar dan majalah.

“Kalau ada hal dan perkara yang saya patut sebarkan, baru saya akan muncul. Saya juga tidak keluar dengan pihak media sewenang-wenangnya,” ujarnya yang lebih banyak menghabiskan masa bersama anak-anak dan isteri sambil mencari idea untuk membikin lagu terbaru.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Menang Anugerah Bintang Popular, Wany Hasrita dikecam Mr.Pingu 0 1,068 10-09-2018, 02:52 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Keputusan Penuh / Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian ABPBH 2016 Mr.Pingu 0 1,873 05-09-2016, 06:56 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Anugerah Bintang Popular 2011 Mr.Pingu 5 6,137 04-10-2012, 01:01 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Anugerah Bintang Popular 2010 - Calon-calonnya Mr.Pingu 0 1,979 01-17-2011, 10:43 AM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 09-29-2026, 10:44 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend