Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SeLiBRiTi v
« Previous 1 ... 20 21 22 23 24 Next »

Rezeki anak Ziana: jadi Duta AntaBax

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

KONGSI ARTIKEL INI
Facebook WhatsApp Telegram X Email
? Link artikel telah disalin
Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Rezeki anak Ziana: jadi Duta AntaBax
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-07-2010, 11:51 PM
Oleh AFIFI HAFIZ MOHD. NOR
afifihafiz.nor@kosmo.com.my

HARUS diakui, suku tahun pertama 2010 umpama tahun kebangkitan selebriti terkenal Ziana Zain. Jika sepanjang tahun lalu Ziana hampir tidak muncul dalam sebarang media kerana memberi fokus terhadap kehidupan peribadi terutama sewaktu mengandung, nampaknya tahun ini, Ziana muncul dengan pelbagai agenda.

Jika bulan lalu dia baru sahaja menolong Mohd. Izwan Mohd. Nor, atau Mohd. untuk muncul juara program realiti televisyen, Mentor, bulan ini lain pula kisahnya. Memang bukan satu hal yang asing bagi dirinya diangkat sebagai duta atau jurucakap sesuatu produk tempatan dan antarabangsa termasuk sebagai duta jam tangan Omega dan Slim World, lamaran menjadi dutaterbaru produk penjagaan diri, Antabax kali ini dianggap Ziana sebagai rezeki buat anak kembarnya yang kini berusia satu tahun, Muhammad ArrelArmin dan Siti Noor Kaseh.

Ziana yang mempunyai dua orang anak lagi bernama Muhammad Aiman, 10,dan Muhammad Ammar Amin, 7, ditawarkan menjadi duta kepada produk tersebut selepas kira-kira dua tahun menggunakannya.
Ternyata, bukan sembarangan Ziana yang hadir bersama suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri Armin pada majlis pengumuman tersebut berlangsung di 1 Utama, Damansara, Selangor, memberi kata setuju. Sebagai pengguna, dia terlebih dahulu mahu merasakan impak positif produk tersebut.

"Saya sentiasa memantau perbelanjaan rumah serta produk yang kami beli kerana sejak kecil saya diajar supaya berjimat dan berhati-hati. "Pemilihan produk ini kerana banyak manfaat dan nilai berbanding produk antibakteria lain," katanya yang turut memberitahu selain harus dipercayai, sesuatu produk yang digunakan perlu mempunyai jaminan kualiti yang baik buatnya satu keluarga. Tambahnya, antara faktor yang membuatkan dia memilih Antabax kerana produk itu halal dan mendapat akreditasi dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
"Sebagai seorang yang beragama Islam dan seorang pengguna yang prihatin, saya sentiasa mencari dan menggunakan produk halal kerana iamemberikan ketenangan dan keyakinan," ujarnya.
Menurut Pengurus pemasaran Lam Soon Edible Oils Sdn. Bhd., CarmenFoo, pihaknya berbangga memperkenalkan duta produknya, Ziana Zain.

Katanya, Ziana mewakili sebahagian daripada pengguna utama kami dikalangan wanita dan lelaki yang arif terhadap produk yang mereka perlukan.
"Apa yang mereka perlukan seperti, pentingkan penjagaan kesihatan serta kebahagiaan keluarga dan diri mereka, memberi fokus terhadap kualiti.
"Antara lainnya ialah manfaat yang dapat diraih dari pada produk serta apa yang lebih utama ialah perlindungan ke atas keluarga daripada jangkitan kuman," jelasnya.

Sumber:Kosmo!
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Faizal disuntik elak pancit
Faizal disuntik elak pancit
08-10-2010 1,535 Views 0 Replies
RM59.7 juta pinjaman PTPTN jadi biasiswa
RM59.7 juta pinjaman PTPTN jadi biasiswa
10-01-2010 1,201 Views 0 Replies
Jeritan Pontianak
Jeritan Pontianak
08-09-2010 1,776 Views 0 Replies
Kedatangan ku harap diterima
Kedatangan ku harap diterima
12-29-2010 3,472 Views 4 Replies
Do u like to blog/tweet via phone/laptop?
Do u like to blog/tweet via phone/laptop?
10-21-2012 4,937 Views 7 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Ryzal Duriankimci kesal anak jadi mangsa cacian netizen Mr.Pingu 0 760 05-28-2021, 01:54 AM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-28-2026, 07:11 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend