Agak hangat diperkatakan hari ini tentang tragedi yang menimpa ahli bomba penyelamat di satu kawasan perlombongan di selangor. Ahli bomba dikerah untuk aktiviti menyelamatkan seorang mangsa. Namun yang menjadi masalah ketika proses menyelamatkan mangsa adalah tali keselamatan mereka telah terbelit antara satu sama lain kerana air yang tersangat deras. Mereka cuba bertahan akhirnya tewas juga.
Kisah ini agak menyedihkan dan moga dapat dijadikan pedoman agar kita semua menjaga keselamatan diri dan keluarga. Elakkan berada di tempat tidak sepatutnya dan berbahaya. Kerana bukan sahaja diri anda malahan membahayakan orang lain.
Al-Fatihah buat semua mangsa yang terlibat.

