Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › KePeNGGuNaaN v
1 2 Next »

Cara Memohon Penyambungan Passport (Renew) secara atas talian (online)

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Cara Memohon Penyambungan Passport (Renew) secara atas talian (online)
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
06-18-2019, 01:11 AM (This post was last modified: 06-18-2019, 01:13 AM by Mr.Pingu.)
Disebabkan admin nak pergi Bandung bulan depan, Admin search pasal ini. Malas sebenarnya nak beratur membuat / renew pasport lepas tu bukan boleh siap serta merta. Maka, adalah lebih baik jika boleh dibuat secara online sahaja. Betul tak? seperti yang dikongsi oleh blog siraplimau, kita boleh renew passport secara atas talian seperti berikut:


Quote:
Cara-cara membuat permohonan pembaharuan pasport Malaysia di Jabatan Imigresen Malaysia secara online adalah seperti berikut:

1. BUKA MYIMMS E-SERVICES
Mula-mula, pergi ke myIMMs e-services di pautan https://eservices.imi.gov.my/myimms/myPassport
Setelah membaca terma dan syarat, klik butang ‘Agree’ untuk meneruskan proses pembaharuan pasport anda.

2. ISI MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN
Seterusnya, anda akan diminta untuk mengisi maklumat dan butiran peribadi yang diperlukan untuk melengkapkan pembaharuan pasport. Pastikan anda dah sediakan pasport lama di depan komputer supaya mudah nak buat rujukan nanti.

3. PILIH CAWANGAN KUTIPAN
Kemudian, anda boleh google cawangan pejabat imegresen yang paling dekat dengan rumah atau pejabat anda. So, senanglah nak pick up bila dah siap nanti.

4. Upload Gambar Mengikut Kriteria Yang Ditetapkan
Seterusnya upload softcopy gambar yang mengikut kriteria yang telah ditetapkan. Antaranya background gambar mesti warna putih, baju / tudung warna gelap. Boleh baca selanjutnya di laman web tersebut. Kalau nak selamat, scan gambar yang dah diambil dekat kedai gambar tu.

5. BUAT BAYARAN
Lepas dah upload gambar tadi, bolehlah buat pembayaran yang diperlukan secara online.
Kadar bayaran adalah seperti berikut:

i. Permohonan Biasa 13 – 59 tahun : RM 200

ii. Warga Emas (60 tahun keatas) : RM100


6. SIMPAN RESIT
Setelah semuanya selesai, anda akan mendapat maklumat transaksi seperti status, nombor resit, cawangan kutipan, tarikh kutipan dan masa kutipan.

PENTING: Sila bawa bersama-sama resit, kad pengenalan dan pasport asal. Bagi pemohon di bawah 18 tahun, sila bawa juga kad pengenalan penjaga dan surat beranak.
[Image: renew-pasport-online-2.jpg]
SIAP! BILA BOLEH DATANG AMBIL?
Waktu serahan pasport ni bergantung pada waktu kita lengkapkan permohonan tadi. Bagi permohonan yang dibuat sebelum jam 3 petang hari bekerja, pasport baru yang dah siap akan diserahkan pada hari yang sama, iaitu kira-kira 1 jam selepas permohonan lengkap dihantar beserta bayaran. Manakala bagi permohonan selepas jam 3 petang, ia akan diserahkan pada jam 10 pagi hari bekerja berikutnya. Mudah kan?
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
gambar Serangga kecil Atas Bunga Kepeningan
gambar Serangga kecil Atas Bunga Kepeningan
03-16-2013 1,864 Views 0 Replies
Hukuman SEBAT: Sivil vs Syarie
Hukuman SEBAT: Sivil vs Syarie
08-23-2010 2,197 Views 0 Replies
Menulis secara konsisten
Menulis secara konsisten
10-09-2018 861 Views 0 Replies
Hello semua
Hello semua
03-08-2012 1,516 Views 1 Replies
salam perkenalan
salam perkenalan
04-01-2012 2,958 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-14-2026, 03:29 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend