NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Pengarah Drama, Kru dan Pelakon Positive Covid-19
#1
Kisah ini berlaku apabila pengarah drama, crew, dan beberapa pelakon berlepas ke scotland bagi menjalani pengambaran drama. Sekembalinya ke Malaysia, mereka didapati positive covid-19 walaupun tidak menunjukkan sebarang gejala. Semoga mereka semua sembuh dan kepada yang lain terus berhati-hati dengan diri masing2. Kita perangi Covid-19 secukupnya.

Quote:
PENGARAH drama, Rahila Ali dan empat kru produksi drama Demi yang menjalani penggambaran di Inverness, Scotland disahkan positif Covid-19.

Rahila ketika dihubungi berkata, dia bersama kru dan pelakon yang tiba di tanah air pada 31 Mac lalu diarahkan menjalani kuarantin diri di tempat masing-masing tanpa membabitkan orang lain atau ahli keluarga.

Turut positif penyakit itu ialah salah seorang pelakonnya, Puteri Aishah.

“Buat masa sekarang, saya dan kru lain masih menunggu keputusan laporan penuh daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Apa boleh dikatakan, saya dan beberapa kru disahkan positif. Kami juga sedang menunggu untuk saringan kedua.

“Kami tidak ada simptom seperti demam dan sebagainya tapi kami tak bernasib baik. Apa yang penting sekarang, doakan kami segera sembuh.

“Terlalu banyak cerita dan fakta salah yang tersebar mengenai kami hingga menimbulkan kebimbangan ahli keluarga masing-masing. Apabila laporan penuh sudah keluar, saya akan kongsikan,” katanya kepada Harian Metro.

Rahila berkata, dia bersama kru seramai 18 orang termasuk pelakon berlepas ke Scotland pada 9 Mac lalu iaitu sebelum peningkatan kes Covid-19 kes dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Rahila juga terpaksa menghentikan penggambaran dan pulang selepas diarahkan berbuat sedemikian.

Selain Puteri Aishah, pelakon lain yang turut menyertai rombongan itu ialah Ashraf Muslim, Ben Amir, Hasnul Rahmat dan Puteri Rayyana Rayqa.

Drama Demi diadaptasi daripada novel yang diterbitkan 26 episod bagi siaran RTM.

Sumber: Harian Metro
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)