Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › LaYaR v
« Previous 1 2 3 4 5 ... 7 Next »

Siapakah yang bakal Memberi Saingan dalam Gegar Vaganza 7? 2020

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Siapakah yang bakal Memberi Saingan dalam Gegar Vaganza 7? 2020
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,499
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
10-14-2020, 04:25 PM (This post was last modified: 10-14-2020, 04:49 PM by Mr.Pingu.)
Hai semua! konsert Gegar Vaganza 7 telah bersiaran untuk kali pertama hari Ahad 11 Oktober 2020. Sebanyak 14 peserta dipilih untuk beraksi pada tahun ini. Juri pada tahun ini untuk tujuh tahun berturut-turut masih mengekalkan Datuk Ramli MS sebagai ketua juri. Ini juga memperlihatkan kembali Datuk khadijah Ibrahim kembali beraksi sebagai juri tetap. Untuk minggu pertama, juri jemputan dipilih dikalangan bekas juara Gegar Vaganza daripada musim pertama ke musim keenam.

Dan juga kita memperlihatkan Jihan Musa masih kekal sebagai pengacara Gegar Vaganza untuk tujuh musim berturut-turut. Beliau juga masih digandingkan dengan Nabil Ahmad. Malangnya Nabil Ahmad tidak beraksi pada minggu pertama. Beliau dikhabarkan tidak sihat. Menurut Jihan Musa, Datuk AC Mizal telah dijemput sebagai menggantikan Nabil Ahmad sejam sebelum acara berlangsung. Datuk AC Mizal dapat mengendalikan pertama ke tujuh dengan cemerlang.



Gegar Vaganza merupakan konsert hiburan yang cukup istimewa dan ditunggu-tunggu oleh peminat muzik tanah air pada setiap tahun kerana ia menampilkan satu konsert ataupun konsep yang sangat berbeza rancangan realiti hiburan lain. Gegar Vaganza umumnya disertai oleh artis yang pernah popular pada satu masa dahulu. Tidak hairanlah jika artis yang Legend seperti aishah juga turut menyertai gegar Vaganza. Selain Aishah, Gegar Vaganza juga pernah disertai oleh bekas vokalis Slam yang juga dilabel sebagai seorang Legend oleh peminat-peminat muzik tanah air.

Gegar Vaganza dilihat sebagai platform yang baik kerana berjaya untuk menaikkan kembali nama artis-artis yang mungkin telah dilupakan oleh peminat muzik tanah air. Ada juga artis veteran yang popular pada tahun 80-an yang beraksi di gegar vaganza yang mana mungkin nama mereka langsung tidak diketahui oleh generasi-generasi baru.


Pada pendapat saya, selain daripada bilangan peserta yang paling ramai pada musim kali ini, gegar Vaganza 7 menjanjikan persembahan daripada artis yang mempunyai latar belakang yang pelbagai dan pada generasi yang pelbagai. Artis hebat seperti Mus bekas vokalis kumpulan May akan memberi persaingan yang sengit untuk peserta pada tahun ini. Selain Mus, ratu irama malaysia, Noraniza Idris dijangka akan memberikan persembahan yang menarik berdasarkan pengalaman beliau dalam industri seni. Kita sedia maklum bahawa Noraniza Idris tidak pernah menghampakan penonton dari segi persembahan beliau di atas pentas.


Namun begitu kita jangan memperkecilkan bakat-bakat daripada peserta lain seperti Haslinda yang cukup popular dengan lagu Sehati Sejiwa yang mana saya lihat kualiti vokal beliau masih lagi mantap. Tu juga dengan Linda nanuwil yang pernah menjadi naib juara dalam Akademi Fantasia musim kedua. Dengan kemenangan beliau untuk anugerah khas Cucco undian peminat, beliau dilihat masih lagi popular dan dikenali.

Saya juga ingin melihat persembahan daripada kumpulan Eva yang terkenal dengan irama dangdut. Eva akan mendapat cabaran berbeza di pertandingan ini. Mereka akan menyanyikan lagu daripada genre selain selain dangdut. Kita lihat bakal bakal dipersembahkan oleh kumpulan Eva.


Saya juga percaya bahawa artis yang paling muda pada pengetahuan saya iaitu Nomad akan curi perhatian peminat Gegar Vaganza 7 terutamanya di kalangan generasi muda. Nomad juga memiliki kelebihan dari segi paras rupa yang menarik.


Bagaimana dengan Ayu Damit yang merupakan pemenang One in million musim kedua. Jangan lupa bahawa Ayu pernah menewaskan dua artis yang sangat hebat iaitu Shila Amzah yang pernah memenangi Asian Wave di China dan juga Siti Sarah Raissuddin yang dikenali sebagai artis berbokal hebat dan juga pernah menang banyak Anugerah di world championship of performing arts 2009 di Los Angeles. Siti Sarah juga merupakan pemenang tempat kedua Gegar Vaganza 4 tewas kepada saingan peribadinya iaitu Azharina Azhar. Mengikut rekod peribadi Sarah beliau juga pernah tewas dengan Azharina Azhar dalam pertandingan Bintang RTM 2001.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Dikala Siti Sarah bakal berkahwin,perkahwinan bapa siti Sarah,Raisuddin ingin dibubar
Dikala Siti Sarah bakal berkahwin,perkahwinan bapa siti Sarah,Raisuddin ingin dibubar
03-01-2011 24,506 Views 18 Replies
Kutipan Filem Estet memuaskan
Kutipan Filem Estet memuaskan
11-11-2010 2,464 Views 0 Replies
FILEM yang Korang baru jer tengok..(Jom Komen)
FILEM yang Korang baru jer tengok..(Jom Komen)
03-02-2011 91,082 Views 93 Replies
salam perkenalan..
salam perkenalan..
04-17-2012 2,663 Views 1 Replies
Sistem SSM dipertingkat, SBPA mansuh - Dr Seri Najib Tun Razak
Sistem SSM dipertingkat, SBPA mansuh - Dr Seri Najib Tun Razak
03-08-2012 2,595 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Ranking Minggu-9 dan Lagu Tugasan Separuh Akhir Gegar Vaganza 9 Mr.Pingu 0 5,026 11-13-2022, 11:59 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Ranking Kedudukan Minggu 8, Lagu Minggu 9 Konsert Gegar Vaganza 9 Mr.Pingu 0 2,816 11-06-2022, 11:39 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Ranking Minggu-6 Gegar Vaganza 9 dan Lagu Tugasan Konsert Minggu-7 GV9 Mr.Pingu 0 2,891 10-30-2022, 11:44 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Ranking Minggu 5 Gegar Vaganza 9: Jaclyn Victor & Aina Menyerlah Mr.Pingu 0 2,486 10-17-2022, 09:27 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Ranking dan Markah Peserta Minggu-4 Gegar Vaganza 9 2022 Mr.Pingu 0 2,404 10-10-2022, 01:52 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Ranking Minggu ke-4 dan Senarai Lagu Minggu-5 Gegar Vaganza 9 Mr.Pingu 0 2,227 10-09-2022, 11:36 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Komen Juri Konsert Minggu 3 Gegar Vaganza 9 2022 Mr.Pingu 0 1,287 10-03-2022, 10:57 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Markah Peserta Konsert Minggu 3 Gegar Vaganza 9 Mr.Pingu 0 1,287 10-03-2022, 01:47 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Senarai Lagu Konsert Minggu 4 Gegar Vaganza 9 Mr.Pingu 0 1,193 10-02-2022, 11:48 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Persembahan Mus Mantap di pentas Gegar Vaganza 7 Mr.Pingu 1 1,597 09-27-2022, 09:15 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Markah Penuh Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 9 (GV9) Mr.Pingu 0 1,519 09-26-2022, 09:15 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Senarai Lagu Konsert Minggu 3 Gegar Vaganza 9 Mr.Pingu 0 1,272 09-26-2022, 12:12 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Komen Konsert Gegar Vaganza 9 Minggu ke-2 Mr.Pingu 0 1,098 09-25-2022, 11:53 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Ranking dan Markah Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 9 2022 Mr.Pingu 0 1,349 09-19-2022, 09:50 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Senarai Lagu Gegar Vaganza 9 Minggu ke-2 Mr.Pingu 0 1,182 09-19-2022, 12:17 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Gegar Vaganza 9 Konsert Minggu Pertama (Komen Peribadi) Mr.Pingu 0 1,153 09-18-2022, 11:52 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Markah Penuh Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 8 GV8 Mr.Pingu 0 1,193 01-10-2022, 12:28 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Sekilas Gegar Vaganza 8 Mr.Pingu 0 1,057 01-06-2022, 12:28 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Akhirnya Nikki Palikat Ungguli Carta Gegar VAGANZA 8 Mr.Pingu 0 1,212 12-06-2021, 01:41 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Gegar Vaganza 8 Minggu kedua: Aliff Aziz Kekal Teratas Mr.Pingu 0 1,121 11-29-2021, 02:38 AM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 09-15-2026, 02:47 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend