Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 2 3 4 5 ... 40 Next »

Ulasan perkenaan Interview Live Caprice kepada Personaliti Medso Yahudi

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Ulasan perkenaan Interview Live Caprice kepada Personaliti Medso Yahudi
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
05-22-2021, 02:57 AM (This post was last modified: 05-22-2021, 02:58 AM by Mr.Pingu.)
Merujuk kepada catatan Historian dan pengkaji tentang Yahudi dan Zionist daripada tahun 1996 sehingga kini, MN Iman Ramli. Dia ada bgtau pasal tanah utk YAHUDI :

“Saya menonton video rapper Malaysia, Tuan Caprice dengan Cik Puan Shiraz, seorang influencer medsos dari Israel. Pertama sekali saya harus ucapkan syabas kepada Caprice kerana hujahan beliau disandarkan kepada fakta-fakta sejarah dan logik yang mudah difahami. Beliau tidak beremosi dan tenang, walau kadang-kadang memberi wajah stres kepada Shiraz - itu adalah teknik yang bijak.

Apa juga hujah atau fakta sejarah bagaimana pun ‘sukar difahami’ Zionis. Mereka merekacipta sejarah sendiri dan mereka percaya kepada kepalsuan ciptaan sendiri. Yang menyokong Zionis pula bukan tidak tahu sejarah versi Zionis itu tipu-tipu saja.

Ringkas cerita, setelah beremosi menjawab (dan tidak menjawab) soalan Tuan Caprice, pada minit ke 31 dan 49, Shiraz mengatakan bangsa Yahudi tidak punya negara atau tanah untuk bangsa mereka, berbanding Muslim yang punya lebih 50 negara di muka bumi ini, dan mereka tidak tahu hendak ke mana lagi kerana mereka akan dibenci dan dibunuh. Justeru mereka harus tetap bertahan di Israel.

Tiba-tiba saya rasa kasihan. Kasihan sebab Shiraz barangkali tak pernah tahu atau tak pernah dengar mengenai Birobidzhan atau Jewish Autonomous Oblast (JAO) di timur Rusia.

Kalau ada lagi rakyat Israel yang meratap dan mengeluh sebab tak tahu nak ke mana lagi selain ‘mempertahankan diri’ di Israel, suruh mereka pindah ke JAO. Contohnya, sekarang juga.

JAO 14,000 km persegi lebih besar dari Israel, jauh dari negara-negara Arab atau Islam yang benci Zionis. Di situ Yahudi tidak perlu berkonflik dengan siapa-siapa kerana Yahudi dialu-alukan untuk tinggal di sana. Bahkan presiden Rusia pada Januari 2016 pun mengalu-alukan kepulangan Yahudi ke Rusia setelah lama keluar dari negara tersebut semasa era Soviet Union.

Wilayah JAO memang dibina Lenin dan Stalin untuk kaum Yahudi. Dulu mungkin JAO tidak berapa menarik didiami, tetapi sekarang semuanya sudah berubah. JAO sedang berkembang, alam sekitarnya bersih, indah dan permai. Di JAO, masyarakat Yahudinya hanya 1% daripada hampir 200,000 keseluruhan populasinya. Boleh sangat kalau mahu tambah lagi. Dalam wilayah hampir sebesar negeri terbesar di Semenanjung Malaysia, iaitu Pahang Darul Makmur, kaum Yahudi, Kristian, Muslim dan atheis hidup aman sentosa.

Di Birobidzhan itu ada bangunan-bangunan dan arca-arca yang begitu indah, kuil-kuil, sekolah-sekolah dan kolej-kolej Yahudi bebas mengajar ajaran Judaisme dan bahasa Yiddish. Ramai juga penduduk JAO yang pernah pindah ke Israel, memilih untuk pulang ke JAO kerana merasakan Israel tidak selamat dan tidak mampu menjamin masa depan mereka.

Sememangnya wilayah JAO itu memang dibina untuk Yahudi. Masih lagi Yahudi macam Cik Puan Shiraz mahu berdolak-dalih menyabung nyawa duduk di Israel? Di Palestin, datangmu tak diundang, keluarmu tak ditahan.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Bersiar-siar naik kereta jenazah
Bersiar-siar naik kereta jenazah
08-10-2010 1,308 Views 0 Replies
MAS Rugi RM535 juta suku kedua tahun ini!
MAS Rugi RM535 juta suku kedua tahun ini!
08-19-2010 1,716 Views 0 Replies
Isu surat sokongan Selangor
Isu surat sokongan Selangor
08-21-2010 1,741 Views 0 Replies
Cincin..menarik dan pelik..
Cincin..menarik dan pelik..
04-17-2012 1,820 Views 1 Replies
Salam Dari Mr.PiNGU
Salam Dari Mr.PiNGU
08-04-2010 4,058 Views 5 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 11-13-2026, 10:50 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend