NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Fasa Umur / Zaman Umat Islam
#1
Seperti mana yang tercatit dalam sejarah bahawa Islam telah berkembang lebih 1400 tahun menempuh pelbagai era, sehinggalah ke era yang disebut oleh Rasulullah s.a.w sebagai era akhir zaman, era peralihan yang dipimpin oleh prmimpin Islam bertaraf khalifah.


FASA PERTAMA : ZAMAN RASULULLAH S.A.W.

Zaman ini berjalan selama 25 tahun. Zaman Rasulullah s.a.w terkenal dengan ” Zaman Ummah Pertama”. Islam berkembang hingga tiga suku dunia dan dianuti oleh semua bangsa di muka bumi ini. Dengan kemunculan Islam, dua gergasi besar iaitu Rom dan Parsi menjadi lemah dan tunduk dibawah kekuasaan Islam. Setelah nabi wafat, maka berakhirlah fasa pertama ini. Adakah zaman ini telah berlalu? Jawapannya iya, sudah berkahir lama dahulu.


FASA KEDUA : ZAMAN KHULAFA AL-RASYIDIN

Zaman ini ialah zaman pemerintahan para sahabat nabi empat orang, bermula dengan Saidina Abu Bakar Al-Siddiq, Saidina Umar Al-Khattab, Saidina Uthman Affan dan Saidina Ali bin Abi Talib. Zaman ini berlangsung selama 30 tahun, di mana kekuasaan Rom dan Parsi yang telah lemah itu terus tumbang di tangan para sahabat yang telah dibina iman oleh Rasulullah s.a.w dan kedua–dua gergasi itu dapat ditawan.

Sebelum itu Nabi SAW telah memberi isyarat dalam sabdanya bahawa kuasa timur dan barat akan dapat ditawan oleh Islam. Sabda Nabi SAW bermaksud “Timur dan Barat nanti akan terbuka kepada kamu.” (Riwayat Imam Ahmad).
Setelah itu dikuti oleh zaman Saidina Hasan bin Ali menjadi khalifah selama 6 bulan. Masa di antara Saidina Hasan hingga Khalifah Umar Abdul Aziz ialah selama 60 tahun. Dari zaman Rasulullah s.a.w. hingga zaman Khalifah Umar Abdul Aziz selama kira – kira 100 tahun. Selepas itu, dicampur dengan zaman selanjutnya, zaman Rasulullah s.a.w. masih lagi menjamin umat Islam baik ialah dalam lingkungan kira – kira tahun dan dicampur semua menjadi 300 tahun.

Sepertimana ditegaskan oleh Nabi SAW “Sebaik–baik kurun, ialah kurun aku dan kurun sesudah itu dan sesudah itu dan sesudah itu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Menurut perawi hadis ini, Rasulullah SAW menyebutnya tiga kali. Para ahli sejarah Islam mensifatkan tiga kali itu bererti tiga kurun. Setiap satu kurun 100 tahun. Tiga kali bermakna 300 tahun. Itu sahaja kurun yang Rasulullah SAW  menjamin baik yang berjalan di atas minhaj kenabian. Selepas zaman itu, dunia telah mula rosak hinggalah membawa kepada Zaman Fitnah. Adakah zaman ini telah berlalu? Jawapannya iya, telah berlalu.



FASA KETIGA : ZAMAN FITNAH @ ZAMAN KERAJAAN MENGGIGIT

Zaman ini ialah zaman pemerintahan raja–raja Islam yang menimbulkan fitnah, di mana memerintah secara menurut sistem turun temurun atau monarki / warisan. Walaupun mereka memerintah atas nama Islam, mewarisi kerajaan Islam tetapi bercampur dengan kezaliman dan pelbagai pengaruh luar yang bukan dari ajaran Islam tulen.

Pada zaman ini bermula dari Kerajaan Bani Umayyah, Kerajaan Bani Abbasiyah dan sehinggalah zaman Kerajaan Uthmaniyyah, di mana zaman Uthmaniyyah pengkhianat Islam iaitu Kamal Artatuk meruntuhkan institusi kekhalifahan di Turki, bermakna berakhir fasa ini. Lama masa era kuasa pemerintahan ini selama kira – kira 700 tahun. Adakah ia sudah berlalu? Jawapannya iya, sudah berkahir.


FASA KEEMPAT : ZAMAN DIKTATOR & DAJJAL

Selepas berakhirnya Zaman khalifah Uthmaniyyah pada tahun 1924, maka muncul la zaman pemerintahan ideologi–ideologi manusia yang garis panduan mereka adalah diambil dari hasil buah fikiran ahli fikir, sama ada ia bernama sosialis, komunis, kapitalis, demokrasi dan lain–lain lagi termasuk nasionalis.

Inilah fasa di mana kita hidup sekarang ini. Maka kita dapat simpulkan bahawa fasa keempat merupakan fasa kemenangan bagi kaum kafir dan kekalahan bagi orang–orang yang beriman kerana zaman ini dikatakan muncul kembali cara–cara kehidupan zaman jahiliah yang pernah berlaku semasa zaman Nabi SAW dahulu.

Dalam fasa inilah tertegaknya sistem dajjal. Setiap urusan dunia dikelolakan dengan nilai – nilai materialistik, liberisme dan sekularisme dalam semua bidang kehidupan termasuk politik, sosial, ekonomi, budaya, pendidikan, undang–undang, ketenteraan bahkan keagamaan. Zaman inilah zaman yang Nabi SAW paling risau terhadap umatnya kerana terlalu banyak fitnah yang membawa kepada kehancuran dan keadaan hura hara di negara Islam.
Di penghujung fasa ini, akan berlaku fitnah terbesar sepanjang peradaban manusia. Di fasa inilah dikatakan dajjal akan muncul keluar di mana dia akan mengaku sebagai nabi dan tuhan di merata tempat kecuali Mekah dan Madinah sebelum dia dibunuh oleh Nabi Isa AS.
Hanya kuasa iman dan zikir sahaja pada zaman ini kita dapat melawan fitnah dajjal yang begitu dashyat sekali yang pernah digambarkan oleh Rasulullah SAW sebelum munculnya era minhajunnubuwwah (Minhaj kenabian).

Di fasa ini akan terjadi peperangan akhir zaman paling dahsyat, iaitu peperangan dunia ketiga yang melibatkan kuasa Barat dan Timur Tengah termasuk Yahudi. Dalam siri peperangan ini, pada awalnya akan didominasi oleh kumpulan kafir dan Dajjal. Lalu Allah mendatangkan imam Al-mahdi untuk membantu mengalahkan mereka di tangan umat Islam yang dipimpin oleh pemimpin Islam bertaraf khalifah iaitu Imam Al-Mahdi dan oleh Nabi Isa a.s.


FASA KELIMA: ZAMAN KEKHALIFAHAN

Selepas berakhirnya fasa keempat, akhirnya muncul pula zaman kekhalifahan yang berjalan mengikut minhaj zaman kenabian. Atau dengan kata lain Zaman Kebangkitan Semula Islam. Islam akan agung kembali sepertimana zaman kenabian. Sewaktu kemuculan zaman kenabian, iaitu zaman ummah pertama, dua empayar gergasi dunia tumbang iaitu Rom dan Parsi.

Jadi sesuai dengan proses sunnatullah dan ini ditegaskan sendiri oleh Allah dan Rasul bahawa “Dan tidak sekali–kali kamu dapati sunnatullah itu berubah”. (Surah al-Ahzab ayat 62) dan “Ketahuilah bahawa pusingan Islam itu sentiasa berputar” (Hadis riwayat Abu Na’im dari Muaz bin Jabbal).

Maka kemunculan zaman Ummah Kedua pada akhir zaman ini pun akan berulang sejarah dua gergasi dunia akan tumbang juga, iaitu kuasa komunis (Eropah Timur) dan kristian (Eropah Barat dan Amerika) termasuk Yahudi, bahkan Yahudi akan terhapus terus bersama–sama kematian Dajjal laknatullah. Pemimpin Islam di zaman ini ialah pemimpin bertaraf khalifah.

Di samping itu, kita meyakini kebenaran hadis di atas, terdapat lagi beberapa hadis lain yang Rasulullah SAW menjelaskan bahawa menjelang kiamat nanti Islam akan kembali berkuasa dan muncul pemimpin bergelar khalifah.

Dari Said dan Jabir bahawa Nabi SAW. bersabda, maksudnya “Akan ada pada akhir nanti seorang khalifah yang akan membahagi–bahagikan harta kepada rakyat sehingga tidak terhitung banyaknya (makmur).” (Riwayat Muslim).
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Nasihat Adam Corrie buat umat Islam tentang dakwah Mr.Pingu 0 1,127 08-22-2019, 03:04 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Sebab Akidah Umat Islam Boleh Terbatal Mr.Pingu 0 2,027 01-17-2014, 05:16 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Aplikasi APP STORE yang menyesatkan umat islam Mr.Pingu 0 2,235 03-11-2013, 11:19 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Nasib Islam akhir zaman: Iblis cuba memecah belahkan umat islam Mr.Pingu 0 2,908 05-11-2012, 12:15 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Pesong Akidah umat Islam melalui Coca-Cola?? Mr.Pingu 0 2,921 12-30-2011, 03:10 AM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)