Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › ReaLiTi HiDuP v
1 2 3 Next »

Cerita Doraemon menggambarkan Negara Asean

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Cerita Doraemon menggambarkan Negara Asean
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
10-04-2022, 05:24 PM (This post was last modified: 10-04-2022, 05:24 PM by Mr.Pingu.)


JIRAN YANG BERPERANGAI SEPERTI SUNEO

Masa aku kecik, Doraemon adalah punca mengapa aku lalai untuk solat Maghrib. Aku percaya ramai yang macam tu masa kecik dulu. Atas apa agenda cerita kartun sesedap Doraemon diletak slot Maghrib selama hampir 20 tahun, aku tak pasti. Tapi Doraemon bercerita tentang stereotaip Asia, di mana Jepun yang walaupun sebuah negara maju, tapi perangai keasiaan tu tetap macam tu. Perangai mak ayah suka membanding-banding result peperiksaan anak, atau membanding-banding kekayaan dengan jiran sebelah, memang perangai sejati orang Asia.

Jadi yang kaya macam Suneo akan berlagak kat semua orang, yang badan besar macam Giant akan buli yang kecik, yang cantik macam Sizuka akan digilai para lelaki, dan yang loser macam Nobita akan diejek dan dikutuk.

Aku melihat negara-negara ASEAN adalah seperti cerita Doraemon. Indonesia berperangai macam Giant, benda sumbang pun dia nak bangga, lepas tu bila orang tak setuju dengan dia, dia nak pukul dan marah-marah.

Malaysia ni sebenarnya bukanlah macam Nobita, aku rasa kalau ASEAN yang sebenar sama ada Laos atau Myanmar, tapi ramai orang Malaysia merasakan Malaysia ni macam Nobita.
Golongan ini selalu suka komen di Facebook Malaysiakini, dan suka main Twitter dan suka filem Rise Ini Kalilah.

Dan aku rasa Singapura adalah macam Suneo. Kaya, matematik pandai dan berlagak. Tadi aku ke Johor Bahru, dan melepak di Stulang Laut sebab tunggu adik aku. Maka di hadapan KFC menghadap Selat Tebrau dan Woodlands, dengan berlatarbelakangkan pusat pembakaran sampah Senoko yang ikonik serombong warna belang-belang merah putih, aku memerhatikan perangai orang Singapura bila datang makan di Johor Bahru.

Sambil hisap rokok dan rambut ditiup angin bayu, aku dengar juga dialog Singlish yang sekali sekala campur dengan loghat Hokkien bercerita tentang betapa murahnya barang di sini. Macam biasalah, perangai suka banding membanding ni perangai orang Asia. Dan ah beng Mont Austin, Horizon Hill atau Johor Jaya pulak berjumpa saudara-mara seberang mengutuk negara sendiri.

Macam perangai mak Nobita yang nak bandingkan result matematik anak dengan anak orang lain. Bukannya aku tak faham pun apa yang mereka cakap. Mereka assume aku Melayu, maka mereka ingat aku tak faham Hokkien. Aku pernah berkata, 'kemalasan itu datang dari kekecewaan'. Aku pernah juga berfikir secara falsafah mendalam kenapa Nobita ni jadi balok liat bak kata orang utara. Sebab kalau aku la jadi Nobita, aku pun penat asyik nak kena compare dengan Suneo atau Dekisugi. Aku pun akan jadi malas nak berdepan dengan hidup. Jadi aku rasa kenapa sejak dua menjak ni aku rasa macam Malaysia ni selalu rasa down dengan negara sendiri ni, sebab kita ada ramai orang yang berperangai macam mak Nobita.

Buat filem sales sampai RM100 juta, kena kutuk. Kononnya mengarut dan tak menepati ciri-ciri piawaian antarabangsa. Tapi bila cerita Tamil hero tikam lawan dia dengan pisang, atau cerita Amerika boleh ada pedang laser rupa macam lampu tomyam, tak pulak nak pertikai. Panggung filem Melayu biasanya jadi port beromen sebab bukannya nak tengok sangat pun cerita tu.

Dan Dr Mahathir pula berperangai macam cikgu Nobita, asyik nak menghukum dan maki Nobita. Apa yang Nobita buat semua salah. Dan kita melihat Brunei macam Dekisugi yang kaya, bijak tapi tak merakbuih, tak macam Suneo, sebab tu ramai antara pemimpin kita jeles sebab rakyat Malaysia tak ada affection macam rakyat Brunei menyayangi Sultan Hassanal Bolkiah. Dan rakyat kita semua mengharapkan kerajaan berperangai macam Doraemon, bagi sahaja apa yang diminta, kalau tak nak bagi akan merengek menangis sampai Doraemon give up.

Pada aku, Nobita ni ada kelebihan dia. Walaupun dia penakut in most of his life, tapi kalau saat-saat genting melibatkan nyawa semua geng, dia yang paling boleh diharapkan sebenarnya. Dia juga paling skillful dalam bab-bab menembak atau melastik. Mungkin Malaysia ni memang ada bersifat macam Nobita, tapi kita ni ada ramai mak Nobita dan ada Mahathir yang berperangai macam cikgu dia - semua benda tak kena untuk negara ni.

Ada kelebihan tapi orang hanya memandang Suneo sebagai kayu pengukur kejayaan. Entahlah, mungkin sebab itulah cerita Doraemon ni dah bagi subliminal message kepada semua budak generasi baya aku tentang betapa cara kita melihat hubungan geopolitik ASEAN ni macam cerita Doraemon.

Kredit penulis: Nami Cob Nobbler (facebook)
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Cerita Musim Sejuk di Sweden
Cerita Musim Sejuk di Sweden
01-27-2013 2,340 Views 0 Replies
Misteri: Lelaki Sotong
Misteri: Lelaki Sotong
03-27-2012 15,251 Views 0 Replies
Bank Negara Malaysia nafi tanggung Kos kesilapan pencetakan wang kertas
Bank Negara Malaysia nafi tanggung Kos kesilapan pencetakan wang kertas
04-20-2011 1,754 Views 0 Replies
Malam ini saya tidak tidur
Malam ini saya tidak tidur
04-13-2011 7,053 Views 12 Replies
Maksud Sebenar I’m An Open Relationship di Facebook
Maksud Sebenar I’m An Open Relationship di Facebook
12-13-2010 2,248 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-27-2026, 04:17 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend