Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 36 37 38 39 40 Next »

'Saddam Hussein' minta maaf

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
'Saddam Hussein' minta maaf
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-08-2010, 08:55 PM
bhnews@bharian.com.my
2010/08/08

SALMA menunjukkan gambar Hafizullah yang lemas ketika menjalani latihan menyelam di Kem Terendak, kelmarin.

Askar lemas ketika latihan banyak kali hantar SMS minta didoakan selamat

PASIR PUTEH: Ayah seorang anggota 10 Briged PARA yang lemas ketika menjalani latihan ketenteraan di Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka, kelmarin, tidak menyangka khidmat pesanan ringkas (SMS) anaknya berulang kali memohon maaf diterimanya dua minggu lalu adalah petanda dia akan kehilangan anak lelaki sulungnya itu. Ishak Ibrahim, 47, berkata SMS yang dihantar Allahyarham Mohd Hafizullah, 19, itu sebelum memulakan kursus payung terjun di kem berkenaan menunjukkan seolah-olah arwah yang juga anak ketiga daripada lima beradik itu, tahu apa yang bakal berlaku. “SMS sama turut dihantar kepada kakaknya, Nur Zirahaidar, 21, selain meminta kami sekeluarga mendoakan keselamatannya.

“Kami agak pelik kerana dia berulang kali memohon maaf, seolah-olah hendak pergi jauh. Tetapi saya tidak mengesyaki apa-apa sehinggalah dimaklumkan mengenai kejadian lemas itu.

“Sepanjang hayatnya, Hafizullah seorang anak yang periang serta mesra dengan adik-beradiknya,” katanya i di rumahnya di Kampung Nara, dekat sini, semalam.

Jenazah Hafizullah selamat tiba di kampungnya dari Melaka jam 9 pagi semalam sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Baru Kampung Nara, dekat sini. Kejadian itu turut mengorbankan rakannya, Shahrul Nizam Salleh, 24, dari FELDA Palong, Negeri Sembilan.

Ishak berkata, anaknya menyertai Akademik Tentera Malaysia (ATMA) pada 2007 sebaik menamatkan persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Pak Amat. Beliau pernah melarang Allahyarham menyertai kursus payung terjun itu kerana bimbang keselamatannya, namun selepas Hafizullah memujuknya berulang kali, beliau terpaksa akur.

“Arwah seorang yang lasak dan sentiasa menerima pujian jurulatihnya menyebabkan mereka menggelarnya Saddam Hussein,” katanya.

Beliau berkata, kejadian dimaklumkan jam 2 petang kelmarin itu menyebabkan beliau hampir pengsan.

“Difahamkan arwah bersama rakan perlu menjalani latihan menyelam sedalam lima meter bagi peringkat pertama dan enam meter untuk peringkat kedua,” katanya.

Sementara itu, ibu Hafizullah, Salma Mohamad, 45, berkata, kali terakhir dia berjumpa anaknya kira-kira dua bulan lalu ketika pulang bercuti dua minggu.

“Hafizullah pernah menyuarakan hasratnya berbuka puasa bersama keluarga sebaik menamatkan kursus itu, tetapi kini hajatnya tidak kesampaian,” katanya.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Barangan Israel di pasaran
Barangan Israel di pasaran
08-08-2010 1,672 Views 0 Replies
Sabah & Sarawak: Denda 10 kali ganda
Sabah & Sarawak: Denda 10 kali ganda
08-08-2010 2,016 Views 0 Replies
Tun Dr Siti Hasmah tidak sibuk
Tun Dr Siti Hasmah tidak sibuk
08-04-2010 3,218 Views 4 Replies
Luahkan pelbagai Perasan anda dengan "Fuck"
Luahkan pelbagai Perasan anda dengan "Fuck"
09-21-2011 1,148 Views 0 Replies
Akhirnya Facebook tak jadi tutup tetapi makin diupgrade adalah
Akhirnya Facebook tak jadi tutup tetapi makin diupgrade adalah
03-16-2011 5,632 Views 8 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-27-2026, 07:17 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend