Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 23 24 25 26 27 ... 40 Next »

UUM diarah bayar cukai tanah

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
UUM diarah bayar cukai tanah
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
05-07-2011, 06:55 PM
UUM diarah bayar RM1.7 juta sebelum 2 Jun

Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
norlida.idros@kosmo.com.my

BALING – Kerajaan negeri Kedah semalam menolak rayuan Universiti Utara Malaysia (UUM) berhubung penyambungan pemberian rebat cukai tanah di kampus universiti itu di Sintok atas alasan ia masih rendah berbanding cukai di universiti-universiti lain. Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, UUM diberi masa sehingga 1 Jun ini untuk menjelaskan cukai sebanyak RM1.7 juta atau didenda RM91,000.

“Jika tidak bayar, kerajaan negeri boleh rampas tanah (kampus UUM),” katanya pada sidang akhbar selepas melawat tapak pembinaan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil di sini kelmarin.

Menurut Azizan, Pejabat Galian dan Tanah (PTG) tidak menyambung pemberian rebat cukai tanah untuk tempoh lima tahun lagi kerana ia akan menyebabkan kerajaan negeri kerugian kira-kira RM8 juta.

Menurut beliau, cukai yang dikenakan terhadap UUM iaitu 20 sen untuk satu meter persegi adalah rendah berbanding di Universiti Sains Malaysia iaitu RM2.50 dan 50 sen bagi Universiti Teknologi Mara di Merbok dekat sini. Kosmo! pada 19 April lalu melaporkan UUM terpaksa menanggung bayaran cukai tanah yang tinggi sejak tahun 2008 berikutan tindakan kerajaan negeri tidak melanjutkan rebat yang diberikan selama dua tahun mulai 2006.

Sementara itu, Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak kesal dan terkilan dengan keputusan tersebut kerana kerajaan negeri seolah-olah tidak menghargai segala pengorbanan UUM yang menyumbang ke arah pembangunan akademik dan sosioekonomi setempat. Namun pihaknya tiada pilihan selain menjelaskan bayaran dan jika boleh, ia dibuat secara ansuran.

“Kami terpaksa membayar jumlah itu sebab ini sudah kali kedua ditolak selepas 2009 dan kita tidak bercadang nak merayu lagi dalam tempoh terdekat.

“Nak rayu apa kalau kepada orang yang sama, tapi kalau tukar kerajaan mungkin kita akan rayu,’’ katanya.

PINGU: dah diarah bayar tu bayar jelah.. Universiti ni kadang2 buat duit pandai. bab2 nak keluar duit ni susah sket.. pastu siap nak bodek la tu.. tukar kerajaan la hapa.. Dah rakyat kedah pilih kerajaan pakatan.. terima ajelah Sleepy
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Ibu Bapa menghilangkan diri tinggalkan 9 orang anak
Ibu Bapa menghilangkan diri tinggalkan 9 orang anak
08-22-2010 1,859 Views 0 Replies
Cerai Lagi : Roslin Hashim Fail Penceraian Esok
Cerai Lagi : Roslin Hashim Fail Penceraian Esok
08-19-2010 1,131 Views 0 Replies
Beri ibu bersalin rehat secukupnya-90 hari
Beri ibu bersalin rehat secukupnya-90 hari
08-13-2010 1,087 Views 0 Replies
RM10k daily ...
RM10k daily ...
08-29-2012 4,582 Views 5 Replies
Luahkan pelbagai Perasan anda dengan "Fuck"
Luahkan pelbagai Perasan anda dengan "Fuck"
09-21-2011 1,230 Views 0 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
nad_dd257 Offline
Agent gempakZ
Posts: 1,014
Threads: 29
Joined: May 2011
Reputation: 0
#2
05-07-2011, 09:32 PM
hmm bayo jela.. jangan nyusahkan student da... den jugak yg ssh t.. hu.. Sad
Heart ~nad~
Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#3
08-17-2011, 05:53 PM
duit ada membazir ke arah lain.. cuki tak tau lak nak bayar.. Universiti ni byk buat duit tau.. erm.. cukai namoo bayar pulak..
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 09-30-2026, 04:10 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend