Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › KePeNGGuNaaN v
« Previous 1 2

AWAS! Pangillan Palsu bagi menjerat pemegang Kad Kredit

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

KONGSI ARTIKEL INI
Facebook WhatsApp Telegram X Email
? Link artikel telah disalin
Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
AWAS! Pangillan Palsu bagi menjerat pemegang Kad Kredit
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
05-26-2011, 01:46 PM
dapat dari emel.. untuk dikongsi bersama.

Panggilan telefon paling menyakitkan hati

Badan masih berpeluh, bukan kerana joging atau kerja, tapi kerana mendapat satu panggilan telefon dari seorang perempuan yang mengaku dari Maybank nak mintak pengesahan charge kat kredit aku untuk polisi insuran kemalangan sebanyak RM450.00.

Cantik punya ayat… “encik pemegang kad kredit VISA Maybank kan? Saya (nama tak ingat suara perempuan india). Maybank akan menghantar satu polisi insuran kemalangan(PA) pada semua pemegang kad kredit VISA Maybank, jadi saya nak minta pengesahan tentang kad kredit encik.

Aku kalu bab-bab insuran ni tak minat nak layan, tapi dia berkeras nak juga pengesahan untuk charge kad kredit aku RM450… hangin rasanya… terus saja kata tak minat!!

Wow… bijak minachi ni ugut aku, “kami ada detail kad kredit encik, dan kami dah charge kad encik !! marah le tu… Aku jerit le … tak mau!!! Eksyen lagi dia, “minta maaf kami dah caj kad encik…bye byayyyyy….. (gedik punya suara) sakitnya hati aku!

Engkau ingat aku bodoh sangat, mintak maap kalau engkau boleh charge kad aku… Selama ni aku pegang kad kredit CIMB tak adapun panggilan yang acam ni, kad VISA Maybank ni baru saja aku terima, dah terima panggilan phishing ni!.

Buat ingatan teman-teman sekalian jika korang terima call yang macam ni dan yang sewaktu dengannya:

1. Jangan sekali-kali setuju dengan apa yang ditawarkan

2. Jangan berikan apa-apa nombor, sama ada nombor akaun, nombor kad kredit, nombor kad pengenalan dan sebagainya.

3. Jangan sekali-kali beri nombor CVV kad kredit korang. Tak tahu nombor CVV?

4. Jangan berikan apa-apa maklumat peribadi anda, keluarga atau rakan-rakan korang!

Senang je, tengok sebelah belakang kad kredit VISA atau master Card korang, di situ ada 3 digit nombor. Itu adalah nombor keselamatan. Kalau orang dapat nombor CVV dan no kad kredit korang… bye-bye… korang akan membayar hutang yang dibuat oleh penyangak!!

Awas! mereka ni sangat licik mengunakan maklumat yang dia orang curi entah dari mana, jadi korang akan mudah percaya dengan apa yang mereka kata.

Apa yang korang perlu buat:

1. Relax dan tenangkan fikiran, tarik nafas dalam-dalam. Kalau korang tak beritahu apa-apa nombor tu, anda dah bertindak bijak! Wang anda selamat. Tapi kalau korang dah tersebut nombor-nombor tu, segera hubungi customer care centre bank korang.

Nak mudahkan kerja korang, simpan nombor ni!

1. Maybank – 1 300 88 6688

2. CIMB BANK - 1 300 880 900

3. Bank Islam - 1 300 88 8989

4. RHB Bank – 1 800 88 9922

5. AM Bank - 1800-181-262

6. Bank Muamalat -

Awas pemegang kad VISA Maybank anda diperhatikan penyangak! Angry
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Surat oleh penunggang Motorsikal buat Pemandu pancuan empat Roda [share]
Surat oleh penunggang Motorsikal buat Pemandu pancuan empat Roda [share]
04-08-2013 4,892 Views 4 Replies
Kad Kredit bank mana dapat reward point yg paling tinggi
Kad Kredit bank mana dapat reward point yg paling tinggi
06-24-2013 6,283 Views 5 Replies
Mamak Islam vs Mamak bukan Islam
Mamak Islam vs Mamak bukan Islam
08-23-2010 1,589 Views 0 Replies
Akhirnya Facebook tak jadi tutup tetapi makin diupgrade adalah
Akhirnya Facebook tak jadi tutup tetapi makin diupgrade adalah
03-16-2011 5,633 Views 8 Replies
siapa la aku..jika tidak di sapa...
siapa la aku..jika tidak di sapa...
12-08-2013 2,123 Views 2 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
nad_dd257 Offline
Agent gempakZ
Posts: 1,014
Threads: 29
Joined: May 2011
Reputation: 0
#2
05-26-2011, 03:00 PM
uik?? spe2 yg ade guna kad kredit tu hati2 la ye.. nad ade kad marik je.. gelak_kecil
Heart ~nad~
Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#3
08-18-2011, 12:18 AM
saya ada kat debit.. huhu takut nak pakai kat kredit... huhu... takut la kalau2 kene charge tanpa disedari
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-27-2026, 11:58 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend