Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › GEMPAKZ SANTAI › MoMoK v
« Previous 1 2 3 4

Mengusir Gangguan Makhluk Halus

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Mengusir Gangguan Makhluk Halus
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-09-2010, 05:56 PM
Gangguan sihir dengan perantara makhluk ghaib dapat menyerang sesiapa sahaja. Bila usaha medikal tidak dapat menemukan gejala klinikal yang kita atau kerabat kita deritai, ada baiknya anda berkikhtiar, baik untuk diri sendiri ataupun menolong orang lain dengan kaedah berikut ini.

Untuk diri sendiri.

1.Biasakan menjaga wudhu, setiap ada hal yang membatalkan wudhu segera ulangi kembali berwudhu. Gangguan makhluk ghaib enggan kepada sesuatu yang suci.

2. Habiskan waktu lapang dengan berzikir, mengingat-ingat Allah SWT. Sesuaikan kaedah zikir dengan suasana hati kita. Bila sedang senang, maka berzikir Hamdallah (Alhamdulillah). Bila hati sedang sedih/kecewa atau yang sejenisnya, maka berzikirlah Istighfar (Astaghfirullah). Bila hati sedang tenteram maka berzikirlah "Lailahaillallah". Semua zikiran dibaca sekuatnya, sampai ada kegiatan lain. Dengan sentiasa mengingat Allah, maka sulit bagi gangguan ghaib untuk dapat menembus kita.

3. Hindari mengerjakan hal-hal yang dapat menjurus kepada maksiat, seperti membuka halaman cabul dalam internet dan sejenisnya. Kerana, dari situlah pengaruh kekuatan yang terbesar, semakin kita mengerjakan dosa dan menjauh dari Allah SWT. Semakin mudah mereka menguasai diri kita dengan pengaruhnya.

4. Jangan menunda solat wajib. Bila mendengar panggilan azan, segera solat dan usahakan untuk solat berjemaah dimasjid. Solat adalah cara kita untuk berkomunikasi dengan Allah SWT. Doa diwaktu solat adalah salah satu doa yang makbul dan Insya Allah segera diijabah oleh Allah SWT. Mintalah perlindunganNya dari segala gangguan ghaib mahupun perbuatan zalim yang nyata.

5. Bila gangguan muncul dan dapat anda rasakan, bacalah Ayat Kursi sebanyak-banyaknya. Bila dirasa gangguan tidak berhenti atau berkurang, ganti dengan membaca ayat 115-116 Surah AlMukminun

Untuk orang lain.

Bila ada orang lain yang kita yakini terkena gangguan sihir dari makhluk ghaib, maka lakukan perkara yang berikut:

1. Diri kita, si penyembuh harus dalam keadaan suci dari segala macam hadas.

2. Solat sunat hajat 2 rakaat, dengan niat Taqallah (meningkatkan iman dan taqwa kita kepada Allah SWT.) dan memohon pertolongan kepada Allah agar sipesakit dapat segera sembuh dari segala jenis gangguan.

3. Selesai solat, lengkapi diri kita dengan membaca zikir Allah Allah... sekurangnya 5 minit, hingga kita dapat merasakan keberadaan Allah SWT dekat dengan kita.

4. Sediakan air segelas, dan zikirkan dengan ayat Kursi sekurangnya 33x, tiupkan ke air setiap habis bacaan.

5. Gunakan air tersebut untuk membasuh wajah si pesakit.

6. Bisikkan ayat 115-116 Surah Al Mukminun ketelinga pesakit di kiri dan kanan bergantian, hingga pesakit sedar.

InsyaAllah, dengan segala niat baik kita. Kaedah tersebut dapat menyembuhkan diri kita sendiri mahupun orang lain. Semua tentu kerana pertolongan dari Allah SWT. Amin.

PUSAT RAWATAN QALBUN SALIM
Prof. Dr. Hj. Shahrin Abd. Rahman PhD (AM)
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Sejarah Seram Bukit Putus & Asal Usulnya
Sejarah Seram Bukit Putus & Asal Usulnya
12-01-2022 11,565 Views 1 Replies
Pocong Berdiri atas helmet
Pocong Berdiri atas helmet
08-18-2019 1,339 Views 0 Replies
Hantu Takda Kepala
Hantu Takda Kepala
08-11-2010 15,388 Views 20 Replies
hello
hello
04-01-2012 1,972 Views 1 Replies
RM10k daily ...
RM10k daily ...
08-29-2012 4,624 Views 5 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Diganggu Makhluk Halus: Amalan yang boleh dibuat untuk menghalau Mr.Pingu 1 1,424 11-24-2022, 09:31 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Kepercayaan orang melayu: Syaitan Iblis hantu Jembalang makhluk halus ghaib air jampi Mr.Pingu 0 2,303 01-05-2014, 01:00 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Pengalaman Diganggu makhluk halus Mr.Pingu 0 3,670 06-30-2012, 12:26 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-13-2026, 03:10 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend