Please Log-in or Register to get full access to the forums.

Lost Password?

| HOME | | KOMUNITI BLOGGER| | GEMPAKZ SANTAI | | ISU SERIUS | | HIBURAN | | HOBI | | PENDIDIKAN | | AKADEMIK | | PELBAGAI | | ADMIN | *BLOG*

>>>PERHATIAN SEMUA! BACA INI DULU: ADMIN DECLARATION <<<

Post Reply 
 
Thread Rating:
  • 0 Votes - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Ikan Sepat - Spesis yang tahan lasak
08-09-2010, 07:18 PM (This post was last modified: 08-09-2010 07:20 PM by Mr.Pingu.)
Post: #1
Ikan Sepat - Spesis yang tahan lasak
[Image: 3696039593_59b7c8544a.jpg]

haha.. nak berbicara tentang ikan sepat lak. dulu masa kecik-kecik suka tangkap ikan ni kat sawah. ada yang kaler merah ada yang hitam.. ada yang besar ada yang kecil. pernah tangkat sepat harimau kat sawah dapat dalam 200 ekor.. meriah sangat masa tu.. hehee...

sedikit cerita tentang ikan sepat:

IKAN sepat (Gourami) dianggap antara spesies yang jarang dipelihara oleh pemilik akuarium. Ini kerana ramai yang menyifatkan spesies itu sukar dipelihara. Dan ada juga berpendapat spesies itu yang tidak ada nilai komersil.

IKAN sepat (Gourami) dianggap antara spesies yang jarang dipelihara oleh pemilik akuarium. Ini kerana ramai yang menyifatkan spesies itu sukar dipelihara. Dan ada juga berpendapat spesies itu yang tidak ada nilai komersil. Bagaimanapun tidak kurang juga pemilik akuarium yang memelihara spesies ini kerana keunikannya selain semakin sukar ditemui di parit atau kolam yang sebelum ini menjadi habitat utamanya.

Perlu diingat terdapat empat jenis ikan sepat - Honey Gourami (Colisa chuna), Dwarf Gourami (Colisa lalia), Pearl Gourami (Trichogaster leeri) dan Blue Gourami (Trichogaster trichopterus). Setiap spesies menampilkan sifat fizikal berlainan dan memiliki daya tertarik sendiri kerana sudah ramai pemilik ikan mula untuk mengumpul spesies ini yang dianggap semakin pupus.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui memelihara spesies ini dianggap mudah berbanding spesies lain. Ini kerana ia dianggap lasak dan tidak memerlukan penjagaan terlalu rapi serta mudah hidup. Harga jualan kurang RM5 seekor serta variasi jenis sepat ini menyebabkan sudah ramai pemilik kedai akuarium mula menjualnya kerana ia semakin mendapat tempat di kalangan pemilik akuarium.

Empat jenis ikan sepat ini memiliki tabiat pemakanan, pembiakan, kesesuaian pencahayaan dan penyediaan akuarium serta tabiat renangan yang hampir sama dan hanya memerlukan penjagaan minimum. Spesies ini menggemari makanan kering sama ada dalam bentuk butiran atau kepingan tipis. Ia disifatkan tidak terlalu memilih dalam pemilihan makanan.

Sepat membiak secara bertelur. Ia cukup selesa dengan akuarium yang terang tanpa pencahayaan matahari. Ikan ini bukan jenis pemangsa. Justeru, ia mesra dengan ikan lain. Lanskap akuarium yang sesuai ialah dengan memasukkan tumbuhan air secara padat.

Tabiat renangan ialah gemar berlegar-legar di bawah permukaan air. Bagaimanapun dari segi air, Honey Gourami serasi dengan air pH6.8, keliatan air H7, suhu air 28 darjah Celsius, membesar sehingga 6 sentimeter dan takungan air 80 liter. Dwarf Gourami (pH6, H7, 28 darjah Celsius, 6cm, 80 liter), Pearl Gourami (pH7, H8, 10cm, 26 darjah Celsius dan 100 liter) dan Blue Gourami (pH6.8, H6, 27 darjah Celsius, 15cm dan 200 liter).

dari >> http://www1.bharian.com.my

Sepat rawa


Sepat rawa, Trichogaster trichopterus, atau sering disebut sepat (biasa) adalah sejenis ikan anggota suku gurami (Osphronemidae). Seperti kerabatnya yang bertubuh lebih besar, sepat siam (T. pectoralis), ikan ini merupakan ikan konsumsi yang disukai orang, meski umumnya hanya bernilai lokal. Namun di samping itu terdapat pula varian-varian hiasnya yang berwarna menarik, yang populer sebagai ikan akuarium.

Ikan ini banyak dikenal dengan nama-nama lokal seperti sepat sawah, sepat jawa, sepat biru, sepat ronggeng (Mly.), sapek (Min.) dan lain-lain. Dalam perdagangan ikan hias, bergantung pada varietasnya, ikan ini dikenal dengan nama-nama (Ingg.) seperti Three spot gourami, Blue gourami, Cosby gourami, Gold gourami, Golden gourami, serta Opaline gourami

gambar-gambar ikan sepat:
[Image: Sepat+003.jpg] [Image: sepat2.bmp] [Image: 3774513400_23233647eb.jpg] [Image: sepat1.jpg]

Mari rakan-rakan mendaftar sebagai seorang ahli Komuniti gempakZ~ Shy
Quote
JOM JOIN KOMUNITI GEMPAKZ. Klik: REGISTER
05-24-2011, 08:57 PM
Post: #2
RE: Ikan Sepat - Spesis yang tahan lasak
uik, tu kale biru ke?? :o

Heart ~nad~
Quote
05-24-2011, 10:34 PM
Post: #3
RE: Ikan Sepat - Spesis yang tahan lasak
(05-24-2011 08:57 PM)nad_dd257 Wrote:  uik, tu kale biru ke?? :o

haah biru la.. ikan sepat ni dlu kalau nak tangkap kene sauk. sb dia xmakan umpan.. mulut dia kecik

Mari rakan-rakan mendaftar sebagai seorang ahli Komuniti gempakZ~ Shy
Quote
05-24-2011, 10:56 PM
Post: #4
RE: Ikan Sepat - Spesis yang tahan lasak
uik a'ah la.. mulut die kecik.. he3.. pakcik nad slalu dapat ikan ape ntah.. sedap.. Tongue

Heart ~nad~
Quote
Post Reply 


Possibly Related Threads...
Thread: Author Replies Views: Last Post
  Ikan Toman - Ikan Air Tawar yang digilai ramai Mr.Pingu 0 6,264 08-09-2010 07:22 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Ikan Seluang - Ikan kecil yang pengacau umpan Mr.Pingu 0 2,170 08-09-2010 07:14 PM
Last Post: Mr.Pingu

Forum Jump:


User(s) browsing this thread: 1 Guest(s)

Website Submission Optimization Search Engine Submission - AddMe

Free PageRank Checker My Ping in TotalPing.com Malaysian Free Auto Backlink Exchange Ping your blog, website, or RSS feed for Free Personal blogs
Blogged.my Text Backlink Exchanges free web site traffic and promotion

Welcome, Guest
You have to register before you can post on our site.


  

Password
  





Website Hit Counter
Hit from: 29-3-12  
KoMuNiTi gempakZ on Facebook
Latest Threads
Nak tanya sikit
Last Post: abraham205
Today 01:06 AM
» Replies: 7
» Views: 243
Melayu Bangsa Paling raci...
Last Post: Mr.Pingu
Yesterday 11:04 AM
» Replies: 2
» Views: 131
Isu Campur tangan Tun Dr ...
Last Post: Mr.Pingu
Yesterday 11:02 AM
» Replies: 2
» Views: 146
Faedah Menyimpan Emas ber...
Last Post: Mr.Pingu
05-21-2013 09:41 AM
» Replies: 9
» Views: 608
VIGRX FOR MEN - untuk mer...
Last Post: notrexdame
05-20-2013 06:01 PM
» Replies: 0
» Views: 143