NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
BAYI BERKAPAN DI TEMPAT PEMBUANGAN SAMPAH
#1
Bayi berkafan di tapak pelupusan

BERCHAM – Seorang mayat bayi lelaki cukup sifat ditemui dalam keadaan mayatnya ‘dikafankan’ dalam longgokan sampah di Tapak Pelupusan Sampah Jalan Bercham–Tanjung Rambutan di sini, semalam

Mayat bayi lelaki malang itu ditemui berbalut dengan kain lampin putih, kemudian dibalut pula dengan tudung dan kain batik, dibungkus dengan plastik serta dibuang ke dalam tong sampah sebelum dibawa ke tapak berkenaan. Mayat bayi itu ditemui oleh pemungut barangan lusuh di sini kira-kira pada jam 1.50 petang.

Ahmad Sufian Zulkifli, 30, berkata, dia terkejut dengan penemuan itu dan berasa sedih kerana ada manusia sanggup buang bayi berkenaan dalam keadaan demikian.

“Apabila lori sampah tiba, biasanya kami akan memunggah sampah untuk mencari barang terpakai dan ketika pegang beg plastik berkenaan ia berasa lembik.

"Saya tergerak untuk memeriksa kerana berasa curiga dengan isi kandungannya. Saya melihat ada kain batik berwarna merah.

"Saya panggil rakan-rakan untuk membukanya kerana saya tidak sanggup melihat rupa bayi berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Rohimah Asidah Bani Amin, 25, berkata, ini merupakan kejadian kedua berlaku di kawasan itu.

“Saya nekad buka ikatan balutan dan melihat wajah bayi yang kebiruan, mata tersembul dan hidungnya disumbat dengan kapas.

"Mayat bayi itu tidak busuk sebaliknya berbau seperti kapur barus. Kemudian, saya segera menghubungi polis,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof mengesahkan penemuan mayat bayi yang dipercayai berjantina lelaki itu.

“Mayat bayi yang hampir busuk itu dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) bagi mengenal pasti punca kematian dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kematian.

“Polis sedang berusaha mengesan ibu bayi berkenaan dan mengharap bantuan orang ramai untuk menyalurkan maklumat di talian 05-2451222 bagi membantu siasatan,” kata Zakaria.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#2
kisah lain: Janin lelaki dicampak dalam tong sampah

JANIN lelaki dijumpai dalam sebuah tong sampah di Kompleks Pulau Mutiara, Lebuh Macallum, Georgetown, semalam.

PULAU PINANG 9 Ogos - Hanya manusia bersifat binatang dan tidak takut dosa sahaja yang sanggup membuang bayinya yang dilahirkan tidak cukup bulan dan masih berlumuran darah ke dalam tong sampah. Hakikatnya, manusia seperti itu memang wujud di kalangan kita. Ia terbukti apabila mayat janin lelaki yang masih mempunyai tali pusat ditemui di tempat pembuangan sampah di Kompleks Pulau Mutiara di sini hari ini.

Lebih menyayat hati, janin itu dipercayai dicampak dari ketinggian kira-kira 5 meter menyebabkan bahagian kepalanya luka teruk dipercayai akibat terkena serpihan tulang di dalam timbunan sampah sarap. Janin yang berusia antara lima hingga enam bulan itu ditemui seorang wanita warga emas yang kebetulan sedang mencari barang lusuh di tempat buangan sampah itu kira-kira pukul 11.50 pagi. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata, janin itu dipercayai telah dibuang dalam tempoh 24 jam.

"Ia ditemui dalam timbunan sampah selepas kita menerima maklumat daripada orang awam. Hasil siasatan awal, ia dipercayai dilahirkan tidak cukup bulan iaitu baru berusia antara lima hingga enam bulan," katanya.
Tambahnya, mayat janin itu dihantar ke Bilik Mayat Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil ke mana-mana balai berdekatan atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di talian 04-2181822 membantu siasatan.

tembak
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Ibu lahir bayi kembar 7 perlu memilih seorang bayi sahaja untuk hidup lainnya dibunuh Mr.Pingu 0 2,870 08-01-2012, 12:54 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Amah dibunuh kejam dan dibuang di tempat pembuangan sampah Mr.Pingu 0 1,579 11-20-2010, 09:14 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)