NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Robot Yang Mempunyai Emosi - Kobian
#1
Satu Robot yang boleh mempamerkan tujuh emosi, termasuk kegirangan dan rasa meluat dipamerkan di Universiti Waseda, Tokyo baru-baru ini. Robot yang mempunyai ciri-ciri manusia itu dinamakan Kobian, menggunakan seluruh tubuh bagi mengambarkan setiap perasaan.

Ia memiliki kening dan kelopak mata yang boleh bergerak, di samping bibir merah jambu yang berkilat. Ia juga memiliki ciri dua leher yang membolehkannya mencapai tahap terbaik untuk mempamerkan setiap aksi. Untuk menunjukkan perasaan sedih, Kobian diprogramkan untuk menutup kelopak matanya dan tunduk sambil tangannya diangkat pada dahinya.

Untuk meluahkan kegembiraannya, robot itu akan membuka mulut dan matanya secara meluas sambil mengangkat kedua-dua tangannya ke atas. Untuk menunjukkan rasa meluat pula, Kobian akan mengherotkan bibirnya sambit menarik tangannya dengan gaya kewanitaan.

Kobian dihasilkan oleh penyelidik yang diketuai oleh Professor Atsuo Takanashi dari Universiti Waseda dengan kerjasama Syarikat pembuat robot, TMSUK yang berpejabat di selatan Jepun.

Kobian mulanya dipamerkan pada satu persidangan mengenai komunikasi komputer pada 2008 dengan matlamat untuk dijadikan teman bagi golongan tua. Pada mulanya, ekspresi robot itu hanya diluahkan dengan pergerakan kepala. Namun penyelidik mengambil keputusan menggerakkan semua tubuhnya selepas pengguna mendapati sukar utnuk mentafsirkannya.

Selain mempamerkan gaya emosi, Kobian boleh berjalan, bertindak balas terhadap sekeliling dan melakukan tugas. Ia dilengkapi tangan getah untuk meyakannya dengan kelembutan tangan manusia.

Lebih menarik lagi, penciptanya percaya robot itu boleh dijadikan jururawat. Big Grin
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)