Please Log-in or Register to get full access to the forums.

Lost Password?

>>> REGISTER | LOG-IN | PROFILE | LOG-OUT | INBOX <<<

| HOME | | KOMUNITI BLOGGER| | GEMPAKZ SANTAI | | ISU SERIUS | | HIBURAN | | HOBI | | PENDIDIKAN | | AKADEMIK | | PELBAGAI | | ADMIN | *BLOG*

>>>PERHATIAN SEMUA! BACA INI DULU: ADMIN DECLARATION <<<

Post Reply 
 
Thread Rating:
  • 0 Votes - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Tentang Perut Buncit, Cara kempiskan perut, pemakanan sihat
09-07-2011, 02:22 PM
Post: #1
Tentang Perut Buncit, Cara kempiskan perut, pemakanan sihat
[Image: perut_buncit.jpg]

Salam..

Masalah perut buncit memang satu perkara yang cukup merisaukan. Banyak cara dilakukan untuk mengempiskan perut namun sukar untuk melihat hasil yang memuaskan. Sebenarnya, lemak berlebihan pada bahagian perut memang cukup sukar untuk dihapuskan. faktor pemakanan dan cara hidup mendorong kepada perut yang buncit dan tidak sihat.

Mr.PiNGu juga mula mengalami masalah ini sejak 3 tahun lalu, iaitu setelah tamat belajar. Jika dahulu perut kurus and slim now memang dah besar. Nak kata makan banyak tak juga tapi mungkin kerana sudah kurang bergerak dan lebih banyak duduk di atas kerusi. Keje pejabat katakan.

Daripada pembacaan, sebenarnya banyak faktor yang menyumbang kepada perut buncit ini dan banyak juga petua disyorkan untuk mengatasi masalah ini. So, disini saya kumpulkanlah sebahagian daripada info tersebut. Semoga dapat membantu anda juga~ Blush

Mari rakan-rakan mendaftar sebagai seorang ahli Komuniti gempakZ~ Shy
Quote
JOM JOIN KOMUNITI GEMPAKZ. Klik: >>> REGISTER <<<
09-07-2011, 02:24 PM (This post was last modified: 09-07-2011 04:39 PM by Mr.Pingu.)
Post: #2
Kenapa Lelaki Perut Buncit..??? Cara Terbaik nak kempiskan perut
Selalunya orang akan cakap, kalau dah kahwin, memang xsah kalau "badan tak naik"... Namun begitu, fikiran masyarakat kita menyatakan istilah "badan naik" itu kerana selepas kahwin, makan minum suami dijaga dengan baik...
Errr...(ye ke??)

Para pengkaji mengatakan lelaki memang akan mudah buncit selepas berumah tangga atas faktor hubungan seks. Air zat isteri yang mengalir masuk melalui zakar semasa proses hubungan kelamin akan membuatkan perubahan hormon dalaman dan sekali gus akan mudah membuatkan mereka buncit. Semua lelaki tidak dapat lari dari permasalahan ini.

Faktor ini juga menyebabkan zakar lelaki yang berkahwin akan lebih mengembang dan besar berbanding lelaki bujang. Namun jika aktiviti seks tidak dilakukan dalam waktu tempoh yang lama buat seseorang lelaki yang pernah berkahwin, perut mereka akan kembali kendur manakala zakar pula akan mula mengecut malah kulit zakar akan mengering. Ini banyak berlaku kepada lelaki yang telah bercerai, mereka yang telah lama menduda ataupun mereka yang sudah lama tidak melakukan hubungan seks bersama pasangan.

Berlainan dengan wanita. Wanita yang sudah berkahwin dikatakan akan mempunyai kulit yang lebih lembut dan punya mood yang lebih baik. Kulit isteri yang lebih lembut dikatakan berlaku hasil daripada pancutan sperma suami yang mengandungi banyak protein dan khasiat yang terhasil dari pundi couper lelaki. Air mani yang dipancut ke dalam rahim isteri bukan sekadar boleh mendatangkan zuriat ianya juga akan Bersatu dengan darah dan segala kebaikan air mani suami akan diserap kedalam tubuh isteri.

Oleh itu wanita yang telah berumah tangga dan kerap menerima pancutan sperma suami cenderung mempunyai kulit yang lebih gebu dan lembab. Dalam Islam juga tempoh edah itu diberi kerana air mani bekas suami masih berada dalam tubuh isteri untuk diserap dalam tempoh beberapa minggu selepas hubungan kelamin yang terakhir sebelum penceraian berlaku.

Ini untuk memastikan tidak berlaku percampuran air mani jika wanita itu terus berkahwin lain dan terus melakukan hubungan seks dengan lelaki lain sebaik sahaja bercerai. Ada juga pendapat bahawa kebaikan air mani itu juga dapat dilihat pada rambut isteri yang semakin hitam dan berkilat. Campuran sperma suami di dalam tubuh isteri juga akan menghasilkan berjuta-juta hormon yang akan membuat wanita lebih ceria dan gembira. Berbanding wanita bujang atau yang menjanda, mereka dikatakan lebih mudah marah,kurang mood dan selalu tertekan, huhuhu

Ada lagi..

Ramai lelaki yang mengeluh dengan masalah perut buncit ini...

Tidak hanya dialami lelaki gemuk, keluhan ini juga dapat terjadi pada lelaki berpostur kurus, terutama yang memiliki hobi makan yang tidak sihat. Biasanya terjadi saat lelaki memasuki usia berumur dengan beban kerja yang tidak menentu masa.

"Umumnya, perut buncit itu terjadi karena polar permakanan yang tidak teratur. Permakanan sihat antara lain adalah cereal atau buah-buahan, serat sangat baik untuk kesihatan. Dengan tips yang diberikannya, polar permakanan sihat juga harus diimbangkan dengan olahraga yang teratur.

**SUMBER**

Mari rakan-rakan mendaftar sebagai seorang ahli Komuniti gempakZ~ Shy
Quote
09-07-2011, 02:26 PM
Post: #3
6 Petua mengempiskan perut dan melangsingkan badan
1. Penjagaan makanan adalah mustahak untuk memiliki bahagian perut yang cantik. Elakkan makanan berminyak dan mengandungi garam/gula yang tinggi. Begitu juga elakkan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG dan bahan pewarna yang terlalu tinggi kandungannya.

2. Minum banyak air dan kajian menunjukkan segelas air kosong boleh menghilangkan kelaparan di tengah malam dan berita baiknya, air tidak mengandungi kalori. Jadi isu pengumpulan tenaga berlebihan yang akhirnya disimpan sebagai lemak tidak timbul. Pakar pemakanan juga menyarankan supaya kita minum dulu sebelum makan tetapi jangan minum air sejurus selepas makan.

3. Pastikan makanan/tenaga yang masuk tidak melebihi tenaga keluar. Jika makan banyak maka aktiviti yang dilakukan juga perlu banyak. Mengambil makanan tambahan untuk membantu meningkatkan metabolisme yang dapat membantu mempercepatkan pembakaran kalori.

4. Apakata kita kurangkan pengambilan nasi. Ambil sekali sehari sudah memadai. Tak pun untuk mendapat berkat dan menambah pahala, cubalah kita berpuasa isnin dan khamis dalam tempoh seminggu sekaligus merehatkan badan, perut dan minda.

5. Kuatkan perut anda semasa berjalan-jalan atau semasa berdiri. Tarik nafas untuk merapatkan pusat dengan tulang belakang.

6. Rajin-rajinlah melakukan aktiviti riadah. Kualiti lebih penting berbanding kuantiti. Anda tidak perlu melakukan sit up beratus-ratus kali setiap hari sebaliknya satu atau dua sessi seminggu dengan latihan berkualiti sudah memadai.

**SUMBER**

Mari rakan-rakan mendaftar sebagai seorang ahli Komuniti gempakZ~ Shy
Quote
09-07-2011, 02:28 PM
Post: #4
10 Tips Untuk Kempiskan Perut
1. Penting kualiti daripada kuantiti! Tidak perlu melaku beratus-ratus sit ups setiap hari! 1 ataupun 2 sessi seminggu dengan latihan berkualiti adalah lebih baik. Don’t overtrain.

2. Untuk merangsangkan otot abs anda setiap sessi, pelbagaikan latihan abs ! Gunakan latihan yang berbeza untuk latih abs daripada sudut yang berbeza. Bahagian abs termasuk, upper, mid, lower dan obliques.

3. Fokus kepada contraction otot abs semasa latihan! Make sure its your abs that is doing the work dan bukan bahagian otot yang lain (back, leher dll).

4. Fokus kepada pernafasan. Hembus nafas ketika “exertion” (ataupun ketika melakukan “crunch”). Ini akan membolehkan anda contract otot abs dengan sebaik mungkin

5. Untuk sessi workout abs, lakukan 2-3 latihan yang berbeza. Sebagai panduan, stick to 3 set bagi setiap exercise dan 15-20 ulangan (reps) bagi setiap set!

6. Latihan abs yang terbaik tidak akan menolong anda untuk kempiskan perut selagi adanya lapisan lemak antara otot dan kulit!

7. Penjagaan makanan adalah mustahak untuk memeliki bahagian perut yang cantik! Elakkan makanan berminyak, garam. Minum banyak air dan pastikan anda mengamalkan diet yang seimbang.

8. Look after your calories. Seperti mana yang saya katakana dahulu, anda harus create calorie deficit untuk membakar lemak berlebihan!

9. Latihan cardio ataupun bersukan adalah cara yang sesuai untuk membakar calorie berlebihan! It also makes dieting easier as kita tidak perlu jaga pemakanan dengan terlalu rapat!

10. Jika anda telahpun kurangkan lemak badan tetapi tidak lagi nampak abs yang cantik, kurangkan pengambilan sodium (yang takung air badan) dan make sure semasa latihan, abs are fatigued. Tingkatkan ulangan ataupun beban jika perlu!

**SUMBER**

Mari rakan-rakan mendaftar sebagai seorang ahli Komuniti gempakZ~ Shy
Quote
09-07-2011, 02:31 PM
Post: #5
Petua Kempiskan Perut
Memiliki perut yang kempis atau kurang berlemak memang menjadi idaman kebanyakan anda. Sebab ada di antara anda yang dah pun berjaya kempiskan perut setelah mengamalkan petua-petua tertentu. Mesti seronok bila usaha anda tu berhasil, kan?

Tapi, ada gak yang masih belum berjaya mencapai matlamat tersebut. Mungkin anda patut kaji semula mengapa perut anda masih tak kempis-kempis lagi. Mesti ada yang tak kena ni.

Adakah kerana anda tak serasi atau tak mengamalkan sesuatu petua tu secara konsisten? Kalau tak serasi, cuba anda praktikkan pula satu lagi petua kempiskan perut ni.

[Image: kempiskanperut.jpg]

1. Mula-mula, anda bancuhlah segelas air teh tanpa gula. Ya, teh TANPA gula tau.

[Image: Teh%2BO%2BLimau.jpg]
Teh O Limau tanpa Gula

2. Kemudian, perahkan sebiji limau nipis ke dalam segelas teh tadi.

3. Amalkan meminum air tersebut setiap hari sehinggalah perut anda yang buncit tu kempis.

Selamat Mencuba!

**SUMBER**

Mari rakan-rakan mendaftar sebagai seorang ahli Komuniti gempakZ~ Shy
Quote
09-07-2011, 04:41 PM (This post was last modified: 09-07-2011 04:41 PM by Mr.Pingu.)
Post: #6
Cara Kempiskan Perut Buncit
KATA DARKBATMAN

Bila dah raya aidiladha ini, mesti ramai yang pulun makan habis – habiskan sampai tersandar kat dinding. Apa pun, saya nak berkongsi sedikit cara kempiskan perut buncit supaya lebih flat sedikit. Sebenarnya, lemak bahagian perut paling sukar untuk dikikis dengan jayanya tetapi dengan usaha, semua itu tidak mustahil.

Niat dan usaha merupakan kombinasi yang penting supaya perut kelihatan flat. Perut yang gendut disebabkan oleh lemak yang menutupinya jadi di sini, langkah pertama semestinya kena menjaga pola makanan. Diet ini bukanlah paling bagus untuk kecilkan perut tetapi membantu perut supaya tidak lagi buncit.hehe! Cara mantap untuk kempiskan perut adalah dengan membakar lemak secara teratur.

Selain itu, cara yang paling sesuai untuk kempiskan perut adalah dengan olahraga, aerobik, berlari atas treadmill dan juga beberapa latihan kardio untuk mempercepatkan proses kempiskan perut. Tetapi bagaimana dengan sit up? Sit up sememangnya penting tapi sebenarnya fungsi utama sit up adalah untuk mengencangkan otot di bahagian perut.

Setiap kali melakukan exercise, latihan perlulah konsisten iaitu contohnya 3 set bagi setiap latihan dengan 20 ulangan bagi 1 set. Kalau larat, jangan hanya tumpu pada satu latihan saja dan perlu saya ingatkan, jangan mudah mengalah apabila badan mula terasa sengal-sengal. Semakin terasa perit, semakin kencang otot anda bekerja.

P/s: Jangan lupa untuk memantau keperluan kalori harian anda bagi result yang maximum plus sewaktu latihan banyakkan minum air mineral daripada sport drinks! Dah follow step ini, then silalah proceed untuk senaman perut six pack.

NASIHAT DARI ZULDARKBATMAN

Mari rakan-rakan mendaftar sebagai seorang ahli Komuniti gempakZ~ Shy
Quote
02-13-2012, 01:42 PM (This post was last modified: 02-13-2012 01:43 PM by Mr.Pingu.)
Post: #7
RE: Tentang Perut Buncit, Cara kempiskan perut, pemakanan sihat
From Darkbatman

Bagi penggemar komik Marvel, pasti kenal dengan Chris Evan yang membawa watak Captain America. Dalam filem ini, badan Chris Evan yang kurus kering ditukar menjadi badan yang sempurna. Namun dalam kehidupan nyata, dia telah bekerja keras dengan dedikasi tinggi untuk membentuk tubuhnya.

Di bawah bimbingan trainer Waterson, Evans berjaya menambah berat badannya dari 77 kg ke 82 kg dan berjaya mengurangkan lemak tubuhnya dari 12,5% menjadi hanya 8%. Untuk membantu Evans menambah otot dengan cepat, Waterson memberikan pola latihan yang juga banyak melibatkan latihan bodyweight. Latihan Evans memiliki prinsip high-weight/low-rep dari gerakan compound klasik, khususnya squat, deadlift, incline bench press, weighted dips, dan chin-up. Selain itu, Waterson juga menekankan agar Evans selalu berlatih dengan gerakan yang baik dan juga cukup istirehat untuk mengelakkan kecederaan dan mempercepatkan pemulihan selepas latihan.

Selain latihan, masalah terbesar bagi Evans adalah diet atau pola makan. Evans harus makan dalam jumlah cukup untuk menambah otot secara optimal, tetapi menghindari penyimpanan kalori berlebih sebagai lemak. Untuk itu, Evans mengambil protein shake rendah karbohidrat di antara waktu makan utama ditambah dengan snack seperti buah-buahan dan kacang.Waterson juga memberikan Evans tambahan suplemen BCAA untuk mengurangkan kerosakan jaringan otot dan mendorong pertumbuhan otot yang lebih maksimum.

[Image: before-after.jpg]

kredit tu darkbatman

Mari rakan-rakan mendaftar sebagai seorang ahli Komuniti gempakZ~ Shy
Quote
12-17-2012, 02:04 AM
Post: #8
RE: Tentang Perut Buncit, Cara kempiskan perut, pemakanan sihat
Penampilan seseorang wanita akan kelihatan menawan jika mempunyai perut yang kempis. Perut yang kempis akan menampakkan susuk badan yang cantik serta mudah untuk mengayakan pelbagai fesyen. Terdapat beberapa petua yang boleh dicuba bagi wanita yang mengalami masalah perut buncit dan kulit perut berkedut selepas melahirkan anak.

A. Mengempiskan Perut

• Elakkan minum air semasa makan makanan berat seperti nasi, mee dan lain-lain. Sebaiknya minum air paling kurang 30 minit selepas habis makan.

• Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.

• Bancuh sedikit asam jawa dengan segelas air panas dan garam. Kemudian embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.

• Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.
Kebanyakkan wanita mengalami masalah perut buncit selepas melahirkan anak. Terdapat beberapa cara untuk menangani masalah ini.

• Campurkan sedikit kapur makan, 5 helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis. Kemudian sapukan ramuan ini pada perut dan ikat dengan bengkung. Lakukan setiap hari semasa dalam pantang sehingga menampakkan perubahan.

B. Masalah Kulit Perut Berkedut

Campurkan 1 sudu kecil jus limau nipis, 1 sudu air kapur sirih dan 20 titik minyak kayu putih. Gaul sehingga sebati dan sapu pada kesan-kesan pecah dalam masa 2 minggu.

Mari rakan-rakan mendaftar sebagai seorang ahli Komuniti gempakZ~ Shy
Quote
Post Reply 


Forum Jump:


User(s) browsing this thread: 1 Guest(s)

Website Submission Optimization Search Engine Submission - AddMe

Free PageRank Checker My Ping in TotalPing.com Malaysian Free Auto Backlink Exchange Ping your blog, website, or RSS feed for Free Blogged.my Text Backlink Exchanges free web site traffic and promotion

Welcome, Guest
You have to register before you can post on our site.


  

Password
  





Website Hit Counter
Hit from: 29-3-12  
KoMuNiTi gempakZ on Facebook