Please Log-in or Register to get full access to the forums.

Lost Password?

>>> REGISTER | LOG-IN | PROFILE | LOG-OUT | INBOX <<<

| HOME | | KOMUNITI BLOGGER| | GEMPAKZ SANTAI | | ISU SERIUS | | HIBURAN | | HOBI | | PENDIDIKAN | | AKADEMIK | | PELBAGAI | | ADMIN |

>>> PERHATIAN SEMUA! BACA INI DULU: ADMIN DECLARATION <<<

BLOGLIST: | GEMPAKZ |  | LIRIK |  | KARAOKE |  | PROMOSI | | MR.PINGU |

Post Reply 
 
Thread Rating:
  • 0 Votes - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Segalanya tentang Jeragat, Punca dan Kaedah Rawatan
09-14-2011, 01:09 AM (This post was last modified: 09-14-2011 01:10 AM by Mr.Pingu.)
Post: #1
Segalanya tentang Jeragat, Punca dan Kaedah Rawatan
Salam..

Kecantikan merupakan sesuatu yang sering kali didambakan oleh setiap orang. Apabila kulit cantik dan bersih, ia akan menambahkan keyakinan apabila berhadapan dengan orang lain. Kulit yang kusam, berjerawat, berparut dan berjeragat sanngat merunsingkan mengidapnya dan menurunkan keyakinan mereka untuk berhadapan dengan orang lain. Apabila rasa rendah dan malu menguasai diri, ia akan merendahkan motivasi seseorang dan menyebabkan produktiviti mereka terhadap sesuatu kerja merosot.

Sebenarnya jika kita baca di internet, banyak orang telah mebincangkan masalah jeragat ini. Saya cukup suka mencari info tentang penjagaan diri walaupun saya seorang lelaki. Kerana bagi saya penampilan amat penting di khalayak ramai.

menurut pinggou dalam blognya (ni kerabat Mr.PiNGu ker? hehe), Jeragat ialah tompok-tompok hitam yang disebabkan melanin yang terkumpul dan menjadi warna coklat muda atau coklat tua. Kadang kala ia hitam yang terkumpul di muka biasanya berkelompok, baik di pipi mahupun di dahi atau dagu. Jeragat boleh dipudarkan atau dikurangkan, tetapi tidak boleh dipulihkan sama sekali. Mungkin anda tidak ada jeragat, tetapi mencegah lebih baik sebelum ditimpa masalah ini.

beliau menambah ada lima penyebab utama masalah jeragat ini iaitu,
1. Ia disebabkan oleh pancaran UV matahari yang menjadikan kelebihan pigmen.
2. Hormon yang tidak seimbang disebabkan mengandung atau menopaus.
3. Gelisah dan tidak cukup tidur.
4. Menggunakan makeup yang tidak berkualiti dan bermutu rendah.
5. Disebabkan oleh masalah pada limpa.

Anda boleh mengurangkan dan memerangi jeragat sama ada dengan menggunakan rawatan moden dengan mengambil tindakan seperti berikut;

a. Lindungi kulit anda daripada matahari dengan menggunakan “skin care” dan barangan makeup yang mengandungi “sunscreen” iaitu bahan pelindung matahari. Tidur dengan cukup dan jauhi daripada kegelisahan.

b. Pastikan barangan makeup yang anda pakai bermutu tinggi. Urutan pada muka anda boleh merangsang peredaran darah dan mempercepatkan pemulihan.

Jika anda sangat meminati rawatan tradisional, anda boleh amalkan seperti dibawah;

Petua 1 : Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat. Biarkannya selama 5 minit dan bersihkan muka anda dengan air bersih.

Petua 2: Ambil putih telur, rendam tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka anda sehingga tisu menjadi kering. Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih.

Petua 3: Kutip beberapa helai sireh muda dan simpan dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai dan terus gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.

Petua 4: Ambil 2 inci daun betik, 1 genggam beras, air dan 1 inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah ia kembang, kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air bersama daun betik dan kulit kayu manis. Setelah siap, sapukan di seluruh muka anda dan biarkan ia kering lebih kurang 20 – 30 minit. Kemudian, lembabkan muka anda, gosok (seperti scrub) dan cuci. Bagi mendapatkan kesegaran, cuci muka anda dengan air suam.

Petua 5: Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh muka anda. Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu. Jeragat anda akan hilang dan kulit muka menjadi halus dan gebu.

selamat mencuba~

Mari rakan-rakan mendaftar sebagai seorang ahli Komuniti gempakZ~ Shy
Quote

JOM JOIN KOMUNITI GEMPAKZ. Klik: >>> REGISTER <<<

09-14-2011, 01:11 AM (This post was last modified: 09-14-2011 01:16 AM by Mr.Pingu.)
Post: #2
menghilangkan jeragat
Quote:BLOG ZULIZA
Jeragat sering kali terjadi kepada mereka yang sudah menginjak usaha 30 an. Terutamanya bagi mereka yang menghadapi masalah kekurangan nutrien kulit dan kurang penjagaan kulit terutamanya kulit muka.Penggunaan produk yang berasaskan bahan kimia yang terdiri daripada pelbagai bahan kimia yang memudaratkan kulit muka.

Jeragat juga berlaku kerana kulit kekurangan collagen dan juga disebabkan faktor persekitaran dan cuaca.Pendedahan kulit yang terlalu kerap di bawah pancaran matahari juga menyebabkan kulit kadangkala terkena pancaran sinar UV yang tidak baik untuk kulit.

Cara terbaik adalah mencegah dengan pengambilan collagen semulajadi seperti collagen daripada garam tisu mineral yang dikenali sebagai biochemic.Jeragat juga boleh di rawati dengan scar removal seperti produk BIO T3. Bio T3 ini adalah rumusan kosmetik yang menggunakan teknologi pemprosesan homebotanical homeopathy yang bukan sahaja merawat masalah jeragat tetapi juga memperbaiki struktur kulit dan memberi nutrisi tambahan unutk kesihatan kulit.

Jeragat sebenarnya memerlukan masa untuk pulih dan bukan semua orang akan dapat kesan yang begitu cepat.Ini bergantung kepada kebolehan sel unit untuk mebina semuala sel-sel kulit yang telah mati.

Bukan semua penggunaan krim jeragat dipasaran sesuai dengan kulit.kebanyakan orang silap apabila mereka menggunakan krim berasaskan kimia terutama krim pemutih yang terdiri daripada hydoquinin dan sebagainya. Krim ini membantu hanya sementara sahaja dan kesan sampingan yang akan diterima dalam jangkamasa panjang akan menambah sengsara kepada mereka seperti laipsan kulit mula menipis dan kanser kulit.

Mari rakan-rakan mendaftar sebagai seorang ahli Komuniti gempakZ~ Shy
Quote
09-14-2011, 01:13 AM
Post: #3
Hilangkan Jeragat MUka dengan Berkesan
Quote:Blog ZULIZA

Jegarat disebabkan kulit tidak mendapatkan bekalan nutrien yang diperlukan. Jergat juga berpunca daripada kulit yang tidak sihat,faktor persekitaran dan juga faktor genetik.

Merawat jeragat memerlukan kecekalan dan istiqamah ini kerana jeragat memerlukan masa berbanding masalah lain yang berkaitan kulit.Bagi merawat jeragat dengan lebih berkesan dua cara perlu digunakan seperti cream dan juga ubat makan yang terdiri daripada nutrien tambahan yang baik untuk perkembangan sel kulit. Anda boleh menggunakan cream complexion cream , bc04 dan etrienol. Kombinasi ketiga-tiga produk ini akan dapat memulihkan dan merawat masalah jeragat.

Penggunaan cream luaran sahaja akan mengambil masa yang lama tanpa sususlan atau dibantu oleh nutrien tambahan.Kulit memerlukan rawatan luaran dan dalaman. Oleh itu adalah lebih baik diamalkan mengambil bc04 berterusan kerana bc04 adalah persediaan biochemic yang sungguh berkesan merawat pelabagai masalah kulit dan menjaga kulit supaya cantik berseri-seri.

Mari rakan-rakan mendaftar sebagai seorang ahli Komuniti gempakZ~ Shy
Quote
09-14-2011, 01:15 AM
Post: #4
RE: Segalanya tentang Jeragat, Punca dan Kaedah Rawatan
Quote:BLOG PETUASEJAGAT

Masalah jerawat agak mendapat perhatian ramai sejak akhir-akhir ini. Justeru, saya cuba sedaya-upaya untuk berkongsikan pelbagai alternatif untuk menghilangkan jerawat terutamanya di bahagian muka. Cuma saya berharap agar anda tak mudah menyerah dalam menangani masalah ini. Sebaliknya, berusahalah secara berterusan (istiqamah). Smile

Sehubungan itu, di sini saya kongsikan satu lagi petua menghilangkan jerawat dan jeragat. Bahan yang anda perlukan adalah daun pokok tea.

pokok tea (malaleuca alternifolia)
Pokok Tea (Malaleuca Alternifolia) - http://www.aroma-pure.com

Apa yang perlu anda lakukan ialah:

1. Ambil beberapa helai daun pokok tea dan bersihkannya terlebih dulu.
2. Kemudian, gosokkan daun pokok tea tadi pada kawasan jerawat di muka anda dengan lembut.
3. Lakukan proses di atas lebih kurang selama 30 saat hingga 1 minit.
4. Anda boleh ulangi petua ni beberapa kali sehari. Sebagai contoh, anda boleh lakukannya pada setiap pagi dan malam.

Sebagai langkah keselamatan, pastikan anda menggosok atau menyental daun pokok tea ke muka secara lembut. Ini kerana jika anda menyental dengan terlalu kuat, ia boleh merosakkan tisu muka anda.

Mudah-mudahan dengan mengamalkan petua ini, ia boleh menghilangkan jeragat dan jerawat di muka anda ya.

Mari rakan-rakan mendaftar sebagai seorang ahli Komuniti gempakZ~ Shy
Quote
07-21-2012, 02:51 PM (This post was last modified: 07-21-2012 02:52 PM by Mr.Pingu.)
Post: #5
RE: Segalanya tentang Jeragat, Punca dan Kaedah Rawatan
PETUA DARIPADA KAK BED (forum.cari.com.my):

Quote:Petua ke 6: Sagat muka yg berjerawat, jeragat serta kerak2 degil atas jalan tar tgh hari panas 12pm.. insya-Allah terus hilang segala kotoran...

erkkkkk.. jgn diikut yer!~ haha nanti dgn muka2 sekali ilang Big Grin

Mari rakan-rakan mendaftar sebagai seorang ahli Komuniti gempakZ~ Shy
Quote
Post Reply 


Forum Jump:


User(s) browsing this thread: 1 Guest(s)
Welcome, Guest
You have to register before you can post on our site.


  

Password
  





Website Hit Counter
Hit from: 29-3-12  
KoMuNiTi gempakZ on Facebook