NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Ibu Mengandung: Fakta, Mitos, pantang larang
#1
Shocked 
Salam..

Hari ni nak bukak topik pasal Ibu mengandung. Actually ada someone minta tolong saya cari info tentang ini. I try my best to gain as much information as I can about this topic. By the way, the original topic is human development (about myths n taboos) - pregnancy. Saya tau la serba sedikit tentang pantang larang semasa ibu mengandung. Tapi macam tajuk topik ni, ada yg hanya mitos dan bukan fakta. Ia merupakan penceritaan dari generasi ke generasi seterusnya. So, ada yang berlaku kejadian tak baik. Ada yang dikaitkan dengan pelanggaran pantang larang tersebut. Ok lah. Kalau ada sesiapa yang sudi nak berkongsi atau tambah info sangatlah dialu-alukan. Tqvm~

Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#2
Dipetik daripada mengandung.com

Tempoh pantang memang suatu jangkamasa yang membosankan. Banyak perkara-perkara yang sebelum ini menjadi kebiasaan terpaksa ditinggalkan dan pada masa yang sama amalan-amalan baru terpaksa diikuti kerana bimbang akan menjadi bentan dan sebagainya.

Karenah sewaktu hamil juga kadangkala boleh mememningkan kepala. Kerap yang berlaku adalah mengidam. Dalam keadaan ini, ahli keluarga yang terdekat akan menjadi "mangsa" dan biasanya si suamilah. Seboleh-bolehnya suami perlu memahami keadaan isteri dan bersedia mendapat apa yang dihajati selagi ia tidak melanggar syariat agama.

Mengidam berlaku kerana perubahan hormon pada awal waktu mengandung., menjadikan selera ibu menurun. Jadi pada ketika ini, ibu akan teringin untuk makan apa yang terlintas dibenaknya. Mengidam juga dikaitkan dengan nafsu. Adakalanya apa yang diidamkan itu bersalahan dengan syariat dan keterlaluan, maka di sini ibu perlu banyak bersabar. Anggaplah ini merupakan ujian Allah s.w.t kepada hambaNya yang akan bergelar seorang ibu. Ibu-ibu perlulah bersabar, jangan terlalu mengikut nafsu.

Tabiat terlalu mengikut hati ini akan memberi kesan kepada anak-anak apabila dilahirkan kelak. Ibu yang sabar dan tabah akan melahirkan zuriat yang tingi jatidirinya. Manakala sikap ibu yang terlalu "memanjakan" diri dikhuatiri kelak anaknya menjadi "spoil".

Dalam membicarakan tentang pantang larang dan adat istiadat sewaktu mengandung ini, terdapat beberapa amalan yang masih dipraktikkan walaupun sudah tidak banyak seperti dahulu. Sebagai contohnya seperti adat melenggang perut untuk mengetahui jantina bayi. Buah kelapa akan diletakkan di atas perut ibu, dan selepas itu kelapa itu dibiarkan jatuh. Sekiranya jatuh ke kiri ibu itu dikatakan akan melahirkan anak lelaki dan sekiranya jatuh ke kanan akan melahirkan anak perempuan.

Dalam masyarakat Melayu terdapat beberapa pantang larang yang masih lagi menjadi ikutan. Wanita-wanita hamil dilarang dari melakukan perkara-perkara berikut:

* Ibu dilarang mencaci atau mengumpat, membuat fitnah, iri hati juga bergaduh terutamanya dengan ibu mertua. Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak. Yang sebenarnya, tujuannya larangan di sini adalah untuk melahirkan rasa hormat kepada orang tua da selalunya ibu mertua turut menjaga dan membantu sewaktu dalam pantang.

* Ibu dilarang memaku, memahat dan menggali lubang. Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak yang bakal lahir cacat anggota badan.

* Ibu dilarang keluar rumah pada waktu petang atau senja kerana dikhuatiri hantu akan menggusiknya.
Hendaklah menjauhi pergaulan dengan orang yang tidak jujur atau rendah maruahnya, kerana dipercayai ini akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir.

* Ibu dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir akan cacat atau berkulit gelap.

* Ibu dilarang duduk di anak tangga kerana dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan kecelakaan kepada ibu sewaktu hendak melahirkan anak.

* Ibu juga dilarang memikul batu kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lumpuh. Tidak boleh menanam pokok pisang kerana dikatakan perbuatan ini boleh menyebabkan anak berkepala besar yang luar biasa.

* Ibu ditegah menyusun tempurung kerana dikhuatiri anak yang dilahirkan akan botak kepalanya.

* Ibu mengandung juga tidak boleh membiarkan anak-anak melangkah perut kerana dikhuatiri anak akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan. Dilarang tidur pada waktu tengah hari kerana dikhuatiri kepala anak yang bakal lahir akan menjadi besar.

Selain pantang larang yang dinyatakan di atas terdapat beberapa pantang larang lagi yang bersangkut dengan suami kepada ibu mengandung:

* Suami kepada ibu mengandung pula dilarang meniup seruling atau alat bunyi bunyian kerana dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sentiasa menangis.

* Suami juga dilarang menyembelih ataupun pergi memburu binatang kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir cacat anggota badannya.

* Suami juga dilarang memukul, membunuh binatang seperti ular dan sebagainya kerana dipercayai anak yang lahir akan cacat atau kenan binatang tersebut.

Diharapkan perkongsian ini dapat dimanfaatkan untuk perkongsian bersama.. sama-samalah kita sentiasa berdoa semoga sentiasa dijaukan dari musibah didunia ini dan dipermudahkan dalam segala urusan didunia ini.

Pantang larang orang tua-tua jangan dibangkang.. mungkin ada yang betul dan mungkin juga ada yg kebetulan.. selagi tak menyalahi hukum hakam agama tak salah kita menghormati pantang larang ni.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#3
Quote:forum.Cari.com.my

Soalan:

Pasti ada yang bakal menjadi ibu atau mengandung anak pertama tertanya-tanya apa makanan yang sesuai dimakan dan tak sesuai dimakan waktu sedang hamil. Yerlah kadangkala doktor kata boleh makan ini tapi orang tua2 kata tak boleh makan ini. Kalau yang tinggal dengan ibubapa atau dekat dengan keluarga senang ler kan sebab ada juga yang boleh tengok2kan. Bagaimana pula kalau hidup sendiri? Bagaimana pula dengan pantang larang semasa hamil?

Respond:

1) pantang yg i tau...JGN DUDUK DEPAN PINTU... nanti anak nk kuar susah.... duk je kat pintu, tapi x kuar2...itu la ibarat nye.

2) org tua kata jgn makan nenas/tapai sebab tajam. kalo kandungan xkuat, boleh sebabkan keguguran. org tua kata jgn melilit kain tuala kat leher(kdg2 kiter kan suker letak kat bahu/lilit kat leher sebelum masuk bilik air). boleh sebabkan anak nanti lahir lemas dgn tali pusat terbelit kat leher.

3) ader lg satu nak kongsi, jangan menjahit, ada yg kata pantang... mesti ada yg di awal kandungan rasa kurang selera makan.

4) satu lg... time mkn jgn suka guna pinggan kecik @ mangkuk kecik.. dikuatiri laluan x bukak penuh... adehhhhh.. teringat masa pegnen 1st.. moyang aku nampak aku guna mangkuk kecik mkn mee hoon sup.. mjerit dier.

5) jgn minum air soya,nanti kulit anak sensitif..ini doktor aku cakap

6) jangan minum teh ada akak tu cakap ler nanti angin n baby takut kuning... boleh minum tapi jarang2kan... kata org mkn pedas pun tak boleh tapi nk gak makan pedas, makan durian tak bleh tp mcm mana klu mengidam... mama dyg lak ckp jgn mkn ketam takut baby tu asik berliur jer...

7) x elok mkn sayur yg sejuk2 cam kobis..

8) katanya tebu pun tak leh makan ye..nanti masa nak bersalin rasa sakit yang amat sangat.. ada yg kata tebu tu tajam...takut gugur je..tp klu da besar ble kot xde masalah.

9) jangan makan koci nanti kulit jadi gatal-gatal

10) kalau sape2 jenis byk angin time peknen, jgn mkn kekacang.

11) masa ngandung, jangan potong kaki2 ketam. pantang betul kalau mak aku. tah la nape. sumting like takut terkenan kat baby kot... pastu hubby/kita jangan gi mancing, memburu. yg ni mesti korang pun tau nape. kalau MIL aku, laki aku nak pegi tolong org sembelih / korban @ sekadar pegi tengok pun dia tak bagi. pastu pantang dia kalau basuh kain mencangkung sebab takot peranakan jatuh.

12) jgn makan or minum di pinggan atau cawan atau gelas yang dah sompek, takut nanti baby lahir mulut sumbing.

13) Makan kurma baik untuk ibu mengandung. Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang.

14) Jangan rendam baju,kalu nak cuci rendam jap pastu cuci jangan biar semalaman.taku masa bersalin sakit lama. tapi haku buat gak. lagi orang kata kalau guna lesung batu cuci bersih2 takut kepala baby nanti berkudis. jangan duduk kat tangga,sebab ape tak ingat la,tapi haku duk jugak,ye la umah mil tak de kerusi kat hall tengok tv,duk kat lantai kang nak bangun susah.duduk je lah kat tangga..hehhehe jangan mandi malam tak tau la napa maybe peparu baby berair kots. menjahit tue ade dengar gak tak leh katanya takut tali pusat anak bersimpul. jangan minum soya dengan kelapa wakatu kandungan muda takut lemah..
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#4
Selit sikit info tentang kehamilan =)

Perkembangan Bayi Dalam Kandungan (0-12 minggu)
Telur akan mula terbentuk sebaik sahaja disenyawakan. Perkembangan bayi dlm kandungan memberi kesan kepada perubahan bentuk badan anda dr masa ke semasa.

Minggu pertama:
Sebaik saja telur disenyawakan, anda tidak lagi mengalami datang bulan/haid. Hormon-hormon dalam badan akan bersiap sedia untuk melepaskan sel telur tersebut.

Minggu kedua:
Dinding rahim/uterus akan mula menebal dan telah bersedia untuk proses ovulasi.

Minggu ketiga:
Minggu ini adalah proses pelepasan telur. Telur dan sperma yg telah disenyawakan di tiub falopio akan mula terbentuk. Di sinilah kehamilan anda bermula. Proses ini mengambil masa 4 hari dan zigot kemudiannya terbentuk.

Minggu keempat:
Zigot yg tlh terbentuk akan mula mencari tmpt (dinding rahim) untuk membesar. Ada sesetengah wanita akan mengalami pendarahan pd minggu ini. Jgn risau, pendarahan itu adalah krn proses zigot menempel di dinding rahim anda. Jika pendarahan terlalu byk, sila berjumpa doktor anda.

Minggu kelima:
Ukuran bayi anda sekarang spt sebiji buah epal & pd minggu ini ia disebut sebagai embrio. Bayi anda sudah mempunyai degup jantung sendiri, plasenta dan tali pusat sudah berkerja sepenuhnya. Sel-sel otak & sistem saraf juga mula terbentuk.

Minggu keenam:
Embrio akan kelihatan seperti berudu. Pd minggu ini anda dapat melihat kepala & badan mula terbentuk. Begitu juga dengan hati, pankreas, paru-paru, kelenjar tiroid dan jantung.

Minggu ketujuh:
Jantung sudah terbentuk lengkap. Saraf dan otot bekerja bersamaan utk pertama kalinya. Bayi mempunyai reflek dan bergerak spontan tetapi anda tidak dapat merasakannya lagi. Pd akhir minggu ke ini otak pula akan terbentuk lengkap.

Minggu kelapan:
Panjang embrio sekarang adalah sekitar 25-30 mm. Lengan dan kaki sudah terbagi menjadi komponen paha, kaki, tangan, lengan & bahu. Organ reproduksinya juga mulai terbentuk tulang2. Bahagian telinga luar sudah terbentuk sempurna, mata membentuk pigmen. Jantung sudah berfungsi dgn sempurna.

Minggu kesembilan:
Pergerakan pertama fetus dapat dikesan dengan USG. Pd minggu ini perut dan rongga dada sudah terpisah dan otot mata dan bibir atas terbentuk.

Minggu ke-10:
Tulang terbentuk. Diafragma memisahkan jantung dan paru2 dari perut. Otot leher terbentuk. Otak berkembang dgn cepat, sehingga saiz kepala lebih besar dr tubuh.

Minggu ke-11:
Organ seks luar sudah terbentuk, begitu juga dengan rambut dan gigi. Bayi sudah dapat menelan cairan amnion dan mengeluarkan kembali(kencing).

Minggu ke-12:
Ukuran fetus anda sekarang sekitar 8 cm. Semua organnya telah terbentuk dgn sempurna. Otot2nya akan mula memberikan tindak balas.

Akhir trimester pertama,organ-organ tubuh bayi sudah terbentuk. Rasa mual dan lelah pada anda sudah hilang. (Namun masih ada sebahagian wanita hamil akan mengalami rasa mual hingga ke bulan2 berikutnya.)

SUMBER: KEHAMILAN.BLOGSPOT
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#5
Quote:danitamaternity

Salam semua,

Semasa kehamilan kalau mengikut orang tua-tua,banyak pantang larang yg kita kena ikuti, almaklumlah kalau x ikut kang membebel sampai ke mlm heheh. manakan tidak sbb kekdg mcm x masuk akal pun ada, tp kena ikut gaklah sbb kalau jd apa2 sbb x ikut cakap naya je Smile

OK di bawah ni adalah antara pantang larang yg biasa diamalkan

1.Tidak digalakkan minum air kelapa dan makan nenas pada trimester pertama kerana dikhuatiri bayi akan gugur

2.Jangan menyeksa atau mebunuh binatang dikhuatiri terkenan

3.Jangan banyak minum ais dikhuatiri baby besar dan susah nak dilahirkan dan juga senang dijangkiti demam kuning

4.Jangan lilit towel kat kepala dan rambut lepas mandi takut tali pusat melilit leher bayi

5.jangan ikat mati benang atau tali dikhuatiri susah nak bersalin

6.jangan mandi malam nanti air ketuban berlebihan memudaratkan bayi dalam perut

7.tidak digalakkan suami pegi memburu atau memancing takut terkenan

8. kalau nampak benda2 yg x sepatutnya digalakkan berishtigfar banyak2

9.Kurangkan makan pisang takut rambut bayi lebat sangat ehhehe

10.Jangan gali lubang pastu timbus balik takut x leh bersalin ikut saluran betul so kena caesarean

11. jangan banyak sangat minum air kelapa dikhuatiri anak banyak angin dibadan

12.tidak boleh makan atau minum menggunakan bekas sumbing takut anak sumbing bibir

Setakat ni sahaja yg dapat listkan , sebenarnya seribu macam lagi pantang larang yg ada, lain tempat lain caranya, berbeza2 pendapat terpulanglah samada kita nak ikut, tp yg penting jangan terlalu taksub sehingga melanggar akidah kita ye.Kita boleh pikir mana yg elok dan x elok dan yg penting kita sendiri memastikan setiap tingkah laku dan percakapan kita dijaga selalu
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#6
Quote:lelabu.com

Pantang larang orang Melayu, semasa mengandung:
Dilarang mencaci atau mengumpat, membuat fitnah, iri hati juga bergaduh terutamanya dengan ibu mertua. Perbuatan tersebut dipercayai akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir. Ibu mengandung juga akan mengalami kesulitan semasa melahirkan anak.

Dilarang memaku, memahat dan menggali lubang. Tidak boleh memukul atau mencederakan binatang kerana dikhuatiri akan menyebabkan anak yang bakal lahir cacat anggota badan.

Dilarang keluar rumah pada waktu petang atau senja kerana dikhuatiri hantu akan menggusiknya.

Hendaklah menjauhi pergaulan dengan orang yang tidak jujur atau rendah maruahnya, kerana dipercayai ini akan mempengaruhi perangai anak yang bakal lahir

Dilarang melihat gerhana bulan ataupun matahari kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir akan cacat atau berkulit gelap.

Dilarang duduk di anak tangga kerana dipercayai perbuatan ini akan mendatangkan kecelakaan kepada ibu sewaktu hendak melahirkan anak.

Ibu juga dilarang memikul batu kerana dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lumpuh. Tidak boleh menanam pokok pisang kerana dikatakan perbuatan ini boleh menyebabkan anak berkepala besar yang luar biasa.

Ditegah menyusun tempurung kerana dikhuatiri anak yang dilahirkan akan botak kepalanya.

Ibu mengandung juga tidak boleh membiarkan anak-anak melangkah perut kerana dikhuatiri anak akan lahir cacat atau dilahirkan tidak cukup bulan.

Dilarang tidur pada waktu tengah hari kerana dikhuatiri kepala anak yang bakal lahir akan menjadi besar.

Selain pantang larang yang dinyatakan di atas terdapat beberapa pantang larang lagi yang bersangkut dengan suami kepada ibu mengandung:

Suami kepada ibu mengandung pula dilarang meniup seruling atau alat bunyi bunyian kerana dikhuatiri anak yang akan dilahirkan sentiasa menangis.

Suami juga dilarang menyembelih ataupun pergi memburu binatang kerana dikhuatiri anak yang bakal lahir cacat anggota badannya.

Suami juga dilarang memukul, membunuh binatang seperti ular dan sebagainya kerana dipercayai anak yang lahir akan cacat atau kenan binatang tersebut.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#7
ADD: wikipedia

Ibu hamil tidak boleh melintas bawah ampaian, nanti anak gagap.

Sebab: Disebabkan penyidai biasa rendah, dikhuatiri ibu hamil akan tersendung dan jatuh, dan boleh membahayakan kandungan
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#8
Quote:mysuperkids

Benarkah amalan ibu semasa mengandung menberikan kesan kepada anak? Lalu anak jadi begini begini. Terutama bab yang buruk2. Benarkah adanya kenan?

Kenan (kecacatan) dalam masyarakat Melayu dikenali juga sebagai badi, berkait rapat dengan perkara2 yang dilakukan semasa mengandung yang bersangkutan dengan objek lain, contohnya kenan monyet, kenan Ultraman (lawak la ni) dan sebagainya. Kerana itu masyarakat Melayu ada banyak pantang-larang semasa mengandung, supaya si bayi tidak terkena kenan atau kecacatan ni.

Contoh pantang larang yang menjadi amalan semasa mengandung bagi orang dulu-dulu (sekarang pun ada kot):

Tak boleh potong binatang nanti anak lahir tak cukup anggota (terpotong2 macam binatang tu?).

Tak boleh bunuh binatang nanti anak bakal meninggal macam keadaan binatang tu mati.

Tak boleh keluar rumah waktu senja/malam nanti kena usik hantu.
Jangan biarkan anak2 lain melangkah perut nanti bayi lahir tak cukup bulan.

Jangan mandi waktu malam nanti bersalin tumpah darah.

Jangan duduk di tangga nanti bersalin susah.

Jangan siang ikan nanti anak sumbing.

Jangan tanam pokok pisang nanti anak lahir berkepala besar.

------------------------------------

BACA JUGA:
- CALON ISTERI TERBAIK
- PETUA RUMAHTANGGA BAHAGIA
- PETUA MELAYAN ISTERI
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)