Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › KePeNGGuNaaN v
1 2 Next »

Belajar patuhi Lampu Isyarat Jalan - Pandu cermat Jiwa selamat

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Belajar patuhi Lampu Isyarat Jalan - Pandu cermat Jiwa selamat
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
12-19-2011, 05:30 PM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

hi! Korang tau tak apa itu lampu Isyarat? Hehee soalan ni rasanya budak sekolah tadika pun boleh jawab kan? Akan tetapi, tahu sahaja tidak cukup jika tidak tahu nak ikut peraturan lampu isyarat. Disini nak kongsi sedikit cerita jika tidak mahu mengikut peraturan lampu isyarat.

Lampu isyarat terdiri daripada 3 warna asas iaitu, Merah, Kuning dan Hijau. Apakah maksud ketiga-tiga warna tersebut? Saya yakin ramai yang faham akan warna hijau dan merah akan tetapi mungkin ada yang confuse apa erti lampu kuning.

Sebagai mengingatkan, lampu hijau bererti jalan maka anda janganlah berhenti di hadapan lampu isyarat jika paparan lampu isyarat berwarna hijau. Kemungkinan anda akan diberi HON yang kuat oleh kenderaan-kenderaan di belakang anda dan dimaki hamun kerana mereka ingin segera melepasi lampu isyarat tersebut. Kalau tak bernasib baik, kenderaan anda akan dibaling dengan segala macam barang yang ada dalam kenderaan awam lain. Kemudian, Bagaimana pula dengan lampu merah?

Lampu merah fungsinya adalah untuk berhenti. Anda dilarang melepasi simpang jika lampu isyarat memaparkan warna merah. Ini dikira melanggar peraturan lampu isyarat. namun begitu masih ramai yang berdegil dan melanggar lampu isyarat merah kerana tidak sabar menunggu seketika. Anda sebenarnya bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri malahan nyawa pengguna jalan raya yang lain. Melanggar lampu merah juga boleh mengakibatkan anda disaman. maka wang anda juga dalam bahaya.

lampu yang terakhir sekali adalah lampu Kuning. Warna kuning akan dinyalakan seketika selepas nyalaan lampu hijau dan sebelum lampu merah. Justeru apakah fungsi lampu kuning? Lampu kuning pada dasarnya berfungsi untuk memberi peringatan kepada pengguna jalan raya agar bersedia untuk berhenti. maka apabila lampu merah menyala, anda sudah berhenti. namun begitu, sebahagian besar masyarakat kita mentafsirkan bahawa lampu kuning merupakan isyarat untuk MEMECUT SEBERAPA MAMPU sebelum lampu isyarat bertukar merah. dakah anda juga begitu?

memecut ketika lampu kuning juga amat berbahaya kerana anda mungkin boleh menyumbang kepada kemalangan jalan raya jika kenderaan anda gagal dikawal atau ada rempuhan daripada kenderaan lain. maka berhati-hatilah dan ikuti peraturan lampu siarat kuning seperti yang dikehendaki.

sekadar nak berkongsi, gambar dibawah menunjukkan akibat sebuah kereta yang melanggar lampu isyarat merah. maka keretanya dirempuh okleh kenderaan lain yang dipandu laju. Akibatnya, seorang pejalan kaki yang tidak berdosa menjadi mangsa! dan juga nasib pemandu dan penumpang kenderaan yang terhumban tidak diketahui. dengan rempuhan sekuat itu saya percaya pejalan kaki terbabit maut! jadikan gambar ini sebagai pengajaran.



Sekian.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Ajinamoto Bukan di Buat Dari Babi
Ajinamoto Bukan di Buat Dari Babi
08-25-2026 1,028 Views 0 Replies
Cara Memohon Penyambungan Passport (Renew) secara atas talian (online)
Cara Memohon Penyambungan Passport (Renew) secara atas talian (online)
06-18-2019 1,290 Views 0 Replies
Hukuman SEBAT: Sivil vs Syarie
Hukuman SEBAT: Sivil vs Syarie
08-23-2010 2,202 Views 0 Replies
Salam 1 MALAYSIA
Salam 1 MALAYSIA
03-11-2012 1,890 Views 2 Replies
Whatchuwant ?? What is this ??
Whatchuwant ?? What is this ??
07-25-2012 10,251 Views 14 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-15-2026, 06:41 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend