NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Adam Adli - Mahasiswa turunkan bendera datuk Seri Najib
#1
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

"Mahasiswa turunkan bendera, pemuda umno ancam tampar dan ludah". Itu merupakan satu lagi isu yang cukup panas baru-baru ini ekoran tindakan seorang mahasiswa, Adam Adli, 22, dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) yang dilihat menurunkan bendera yang tertera wajah Najib selama 5 minit sebelum menaikkan semula sebagai protes. Tindakan beliau memang berani. Namun, adakah ia memberi satu implikasi yang baik kepada negara kita?

Saya tidak menafikan politik memang sudah menjadi darah daging kita. Dalam Islam sendiri, politik sudah menjadi salah satu daripada elemen penting dalam Dunia Islam dimana Rasullah S.A.W merupakan contoh ahli politik terbaik sepanjang zaman yang perlu dijadikan ikutan semua khususnya Negara Islam. Namun begitu sebagai seorang mahasiswa, perlukah anda memperjudikan masa depan anda semata-mata hal politik seperti ini?

Saya tidak menyalahkan mahasiswa jika mereka mengambil tahu akan hal politik kerana mengambil tahu hal politik itu bagi saya sesuatu yang cukup penting. Namun begitu, untuk bergerak aktif di dalam politik bagi saya lebih afdal dilakukan selepas tamat pengajian. Sebagai seorang mahasiswa, anda mesti ingat bahawa PELAJARAN merupakan perkara paling penting yang perlu diambil perhatian. melakukan hal seperti menurunkan bendera perdana menteri merupakan tindakan yang mungkin membawa padah kepada diri sendiri. Saya rasa mungkin beliau akan dikenakan amaran ataupun tindakan tata tertib oleh pihak universiti atau lebih malang lagi diancam oleh pihak-pihak yang pro-kerajaan. Saya juga pernah menjadi mahasiswa dan saya juga mengambil tahu pasal politik. Namun, tidak pernah terdetik untuk melakukan sesuatu yang merugikan diri sendiri.

Walaubagaimanapun anda tidak berpuashati dengan kerajaan dan perdana menteri khususnya, setidak-tidaknya guna saluran yang lebih selamat dan betul. Saya tidak ada cadangan dan itu anda perlu fikirkan sendiri. Tindakan yang beliau lakukan telah menggamatkan negara seketika. Mana tidaknya, saya lihat disana sini orang duk berkelahi tentang hal ini. Yang pro-kerajaan berkata sekian manakala yang pro-pembangkang sekian. Silap-silap kawan boleh jadi lawan kerana hal politik ini.

Pada awalnya saya mendapat info ini juga daripada laman facebook dimana seorang rakan telah mengirimkan video daripada youtube berhubung ketidakpuashatian pemuda umno akan tindakan "biadap" mahsiswa terbabit. Saya lihat pun gerun. Mana tidaknya, bahasa yang digunakan cukup tak elok siap mahu tampar dan ludah. saya mengerti akan marahnya pemuda umno tersebut akan tetapi dari satu sisi saya kurang bersetuju dengan ucapan yang dilihat kurang bijak menggunakan bahasa yang agak kasar. saya harap keadaan ini akan kembali reda. Saya tak sanggup melihat kawan-kawan saya bergaduh semata-mata hal ini. Dah dapat lihat pun hari ini.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Datuk Seri Anwar Ibrahim PM-10 yang diharapkan Mr.Pingu 0 12,079 12-14-2022, 12:45 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Cuti Khas Pilihan Raya 2022 Mr.Pingu 0 9,031 11-15-2022, 03:26 PM
Last Post: Mr.Pingu
  DATUK SERI TAJUDDIN dilucutkan jawatan Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd Netizen Happy Mr.Pingu 0 806 05-28-2021, 12:13 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Rumah Dato Seri Najib Tun Razak Kena Geledah Mr.Pingu 0 1,384 05-20-2018, 06:06 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Datuk Seri Anwar Ibrahim dituduh meliwat lagi?? Mr.Pingu 0 2,186 01-12-2012, 02:37 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Pembebasan datuk Seri Anwar Ibrahim: Wartawan kelas A serbu Mr.Pingu 0 2,629 01-09-2012, 07:16 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Exclusive: Temubual datuk Seri Anwar Ibrahim dan wakil Al-Jazeera Mr.Pingu 0 2,210 01-09-2012, 05:28 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Keputusan Mahkamah Tinggi: Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan Mr.Pingu 0 2,868 01-09-2012, 12:16 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Surat daripada Remaja berumur 19 tahun buat Datuk Seri Najib Tun Razak Mr.Pingu 6 8,480 05-04-2011, 11:43 PM
Last Post: mongek_toncet
  Benarkah polis mengesahkan pelakon video sbg bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim? Mr.Pingu 0 2,088 04-20-2011, 11:29 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Video Lucah Datuk Seri Anuar Ibrahim dengan Pelacur?? Mr.Pingu 1 5,737 04-09-2011, 11:44 AM
Last Post: encik albert
  Ulasan Video Lucah Datuk Seri Anwar Ibrahim Mr.Pingu 9 11,913 04-05-2011, 12:16 AM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)