01-10-2012, 12:30 AM
Sampel B diketahui dua minggu: Naim
NASIB dua atlit negara yang didakwa positif dalam ujian doping ketika Sukan SEA Indonesia baru-baru ini, akan diketahui dalam tempoh dua minggu lagi.
Ketua Kontinjen negara, Datuk Naim Mohamad berkata, dia sudah menghantar surat permohonan rasmi supaya menguji segera sampel B kedua-dua atlit berkenaan. “Kesemuanya ada tiga atlit yang didakwa positif selepas ujian sampel A dilakukan dan dua daripadanya membabitkan atlit negara. “Ujian itu akan dihantar ke makmal di India dan kita berharap semoga keputusan itu negatif dan tidak memberi sebarang implikasi pada kedua-dua atlit negara,” katanya.
Naim bersama Pengurus Besar Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Fong Wan Hor menyerahkan surat permohonan rasmi itu kepada wakil Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Indonesia (INASOC), Indra Kartasasmita di Jakarta, semalam.
Selepas kejayaan cemerlang kontinjen negara di Sukan SEA baru-baru ini, sukan negara dikejutkan apabila dua atlit membabitkan seorang pemenang pingat emas dan seorang pemenang gangsa daripada acara olahraga dan angkat berat, didapati positif dalam ujian sampel A.
Kedua-dua atlit itu dipercayai menggunakan dadah perangsang jenis steroid dan badan induk masing-masing meminta MOM memohon ujian sampel B dilakukan bagi ‘mencabar’ keputusan terdahulu.