NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
asteroid & Planet Nibiru X melanggar bumi 2012?
#1
ASAL USUL PLANET NIBIRU ATAU PLANET X

Ini bermula dengan khabar angin Bumi akan musnah pada tahun 2012 disebabkan tamatnya kalendar kaum Maya iaitu suatu kaum yang bertamadun tinggi yang wujud sekitar 2500 tahun sebelum Masihi di bahagian tengah Benua Amerika yang meliputi Honduras, Guatemala, El Salvador Utara sehingga ke tengah Mexico.

Ramalan Nostradamus (Michel de Nostredame (1503 – 1566), seorang ahli ramal Perancis yang tersohor dengan ramalan-ramalan beliau
melalui bukunya Les Propheties ("The Prophecies") (1555). Ramalan beliau menyatakan bahawa planet Bumi akan binasa disebabkan perlanggaran dengan planet Nibiru pada 21 Disember 2012. Dakwaan ini berasaskan kepada berakhirnya kalendar kaum Maya.

Ingin saya tegaskan di sini bahawa tiada maklumat dan data yang telah direkodkan mengenai kewujudan planet ini. Pihak NASA juga telah
menyatakan bahawa tiada bukti yang sahih mengenai kewujudan planet Nibiru atau planet X tersebut oleh mana-mana data pencerapan. Berkenaan dengan dakwaan sesetengah pihak mengenai Planet X atau planet Nibiru ini tidak dapat dilihat dan dipantau kerana ianya berada dekat dengan Matahari adalah tidak benar. Ini adalah kerana setiap objek mempunyai orbitnya sendiri. Oleh itu, sekiranya orbit planet X ini berdekatan dengan sistem suria kita, sudah tentu ahli astronomi dan penyelidik sudah dapat menemui planet ini dan ianya dapat dilihat dengan mata kasar kerana ianya semakin menghampiri Bumi.

Pelbagai pemantauan secara berterusan mengenai objek-objek samawi seperti komet dan asteroid yang mengorbit berdekatan dengan Bumi yang berpotensi untuk berlanggar dengan Bumi (Near Earth Objects, NEO) telah dijalankan oleh beberapa inisiatif global seperti Safeguard Survey dan NASA NEO Programme Office. Pemantauan juga dijalankan dengan menggunakan teleskop di angkasa lepas seperti Infrared Astronomy Satellite (IRAS) untuk memantau sebarang ancaman dari angkasa.

Sehubungan dengan itu, ANGKASA turut bekerjasama dengan pihak agensi angkasa lepas antarabangsa lain seperti NASA, Pejabat Hal Ehwal Angkasa Lepas, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNOOSA) dalam isu ancaman dari Angkasa seperti ini. Sehingga kini, tiada objek angkasa lepas yang akan memberikan ancaman kepada Bumi secara langsung.

KESAN ANCAMAN DARI ANGKASA
Sebenarnya planet Bumi sentiasa terdedah kepada perlanggaran dengan jasad-jasad samawi seperti komet dan asteroid yang berdekatan dengan Bumi ataupun mempunyai orbit yang akan melintas hampir dengan Bumi (Near Earth Objects, NEO). Saiz NEO ini pula berbezabeza, yang kecil seperti tahi bintang (shooting stars) yang kita boleh lihat hampir setiap malam, dan yang terbesar antaranya berlaku 65 juta tahun yang lepas, yang telah memusnahkan kehidupan dinosaur di atas muka Bumi. Walaupun demikian, kebarangkalian untuk perlanggaran NEO bersaiz besar ini adalah amat rendah, dan antara perlanggaran asteroid bersaiz sederhana pula adalah seperti di USA yang menghasilkan Barringer Crater pada 50,000 tahun lepas dan di Argentina yang menghasilkan Rio Cuarto Crater (10,000 tahun lepas).

OBSERVATORI NEGARA LANGKAWI

Di dalam peruntukan Rancangan Malaysia ke Lapan (RMK-8), Kerajaan telah bersetuju supaya Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) membina
sebuah observatori dengan sistem teleskop robotik yang boleh dikawal secara remote melalui talian internet dan membolehkan penyelidikan
astronomi dijalankan oleh pakar-pakar astronomi tempatan, serantau dan antarabangsa. ONL terletak di Empangan Bukit Malut, Pulau Langkawi, Kedah.

Selaras dengan keperluan saintifik penyelidikan astronomi, ONL telah dibangunkan di sebuah kawasan hutan simpan di Empangan Bukit Malut, Langkawi, Kedah memandangkan ciri-ciri fizikalnya yang menepati kehendak dan keperluan penyelidikan astronomi. Projek pembinaan ONL ini bermula pada 1 Februari 2005 dan telah siap pada 2 Mei 2006. Program pemasangan instrumentasi dan pencerapan secara rasmi bermula pada awal 2007

Peranan dan Tanggungjawab

Dasar pembangunan ONL adalah untuk membangunkan keupayaan sains angkasa di kalangan saintis tempatan serta menyumbang kepada
perkembangan ilmu sains angkasa di Malaysia. Objektif ONL ialah seperti berikut:

i) Untuk memperkembangkan dan mempertingkatkan lagi kefahaman sains angkasa kepada rakyat Malaysia;

ii) Merupakan kemudahan untuk para penyelidik Malaysia khususnya
dan rakyat Malaysia amnya untuk menjalankan penyelidikan astronomi/ astrofizik secara lebih mendalam dan sistematik dengan kemudahan infrastruktur yang lengkap;

iii) Meningkatkan kesedaran sains, teknologi dan inovasi bagi menyumbang ke arah memupuk budaya kreatif dan inovasi; dan

iv) Untuk menjadikan ONL sebagai sebahagian daripada jaringan kerjasama antarabangsa dalam bidang penyelidikan astronomi dan fizik suria.

Instrumentasi

ONL telah dilengkapkan dengan peralatan canggih dan moden setaraf dengan balai cerap-balai cerap utama dunia seperti: Teleskop utama ialah jenis Ritchey-Chrétien Cassegrainian Reflector yang berdiameter 508 mm (kategori teleskop kecil). Saiz cermin primernya membolehkan teleskop ini untuk mencerap objek-objek astronomi yang malap. Dudukan robotik (robotic mounting) ialah jenis Advanced German Equatorial Robotic Mounting yang mempunyai keupayaan untuk menjejak pelbagai objek astronomi dan dilengkapi dengan aksesori pengimejan seperti kamera CCD dan spektrograf untuk pengkajian spektroskopi bintang(unsur/komponen objek angkasa tersebut).ANGKASA telah menambah nilai sistem ONL dengan melengkapkannya dengan sistem teleskop Matahari. Dengan adanya sistem tersebut, pencerapan Matahari yang konsisten dapat dijalankan dan data-datanya termasuk imej pencerapan Matahari akan dipaparkan di internet untuk kegunaan pakar-pakar yang berminat di Malaysia. Objektif sistem teleskop matahari ini adalah untuk memonitor aktiviti permukaan Matahari (fotosfera dan kromosfera) dan sebagai platform untuk negara meneroka penyelidikan matahari terutamanya melalui kerjasama antarabangsa.

KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya, walaupun teleskop di ONL ini dikategorikan kecil tetapi ia adalah permulaan yang baik untuk negara kerana:

i) Ia membolehkan pertama kalinya saintis negara menjalankan penyelidikan astronomi di Malaysia dengan suatu kemudahan observatori yang lengkap;

ii) Melengkapkan pengalaman saintis negara dalam pengoperasian dan penggunaan observatori yang mana pengalaman mereka ini merupakan merit untuk mereka menggunakan observatoriobservatori utama dunia;

iii) Platform untuk melatih pelajar Paska-siswazah dan saintis muda iaitu pembangunan sumber manusia dalam bidang sains angkasa;

iv) ONL mempunyai niche area atau bidang keutamaan iaitu penyelidikan khusus untuk langit khatulistiwa dan penyelidikan fizik suria (matahari). Ini adalah dengan mengambil kira kedudukan Malaysia yang unik di Khatulistiwa. Ia memberi peluang untuk negara mendalami dalam bidang penyelidikan angkasa khusus untuk kawasan khatulistiwa

sumber: http://www.angkasa.gov.my/langkawi_obser...anet-x.pdf
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#2
Belumpun reda kisah Suara Aneh dari Langit dan Ribut Solar Terbesar yang menjadi fenomena global masa ini, masyarakat dunia mungkin bakal dikejutkan pula dengan berita yang planet Bumi akan berhadapan dengan ancaman astroid tahun 2012 ini.

Asteroid (juga dikenali sebagai planetoid) merupakan benda berbatu dan mengorbit Matahari di antara planet Marikh dan Musytari. Secara relatif, asteroid lebih kecil daripada planet, tetapi lebih besar daripada meteoroid. Asteroid terbesar yang pernah ditemui dikenali sebagai Ceres. Ceres dianggarkan mempunyai diameter 579 batu.

Hentaman asteroid ke atas bumi bukan perkara baru. Terdapat banyak bukti menunjukkan kesan hentaman tersebut. Misalnya pada 65 juta tahun yang lalu, asteroid bersaiz 10 kilometer menghentam Utara Semenanjung Yucatan, menyebabkan pemanasan global yang menyebabkan kepupusan dinosaur.

Saintis dunia menjangkakan pada tahun 2012 ini akan berlaku banyak pergerakan asteroid yang hampir dengan Bumi. Pada hari Jumaat lepas, lebih kurang jam 3:30 pm GMT, asteroid yang dinamakan 2012 BX34, berukuran pada diameter 11 meter lebar bergerak pada jarak 36,750 kilometer dari Bumi. Pada jarak ini, ia sebenarnya lima kali ganda lebih dekat berbanding jarak bulan dari Bumi. Mujurlah Asteroid 2012 BX34 tidak memberi sebarang ancaman kepada Bumi.


Asteroid 433 Eros terletak berhampiran dengan Bumi dan ditemui pada tahun 1898
Namun begitu, masyarakat dunia dan saintis khususnya belum boleh lega sepenuhnya kerana dijangkakan pada 31 Januari 2012, asteroid yang dinamakan ‘(433) Eros’ akan bergerak pada kedudukan hampir dengan Bumi, iaitu kira-kira 26,800,000 kilometer atau kira-kira 70 kali ganda jarak antara Bumi dan Bulan. Eros adalah dianggarkan berukuran 33x13x13 kilometer, julat suhu dari -150 darjah Celsius dan 100 darjah Celsius. Ia tidak bulat, tetapi sebaliknya bentuk yang ganjil seperti kacang, dan berputar sekali setiap 5.27 jam. Eros mengorbit antara Bumi dan Marikh kira-kira 172,800,000 kilometer jauhnya dari Matahari.

Eros pernah dikunjungi oleh kapal angkasa yang dipanggil NEAR-Shoemaker yang dilancarkan 17 Februari 1996. NEAR-Shoemaker pernah diletakkan di orbit untuk mengelilingi Eros pada 13 Februari 2000 dan mendarat di asteroid ini pada 12 Februari 2001. NEAR-Shoemaker adalah kapal angkasa pertama yang pernah mendarat di atas asteroid.

Sehingga kini saintis masih mencari kaedah terbaik untuk menghalang pelanggaran asteroid ke atas Bumi. Beberapa cara yang dicadangkan termasuklah menggunakan bahan letupan dan menggunakan graviti untuk menukar haluan.

Bagi kita pula, tiada kaedah lain untuk kita menghalang asteroid daripada melanggar Bumi melainkan berdoa supaya masih selamat sekiranya asteroid ini tiba-tiba berubah hala dan menghentam Bumi. Cuma janganlah sampai percaya yang semua ini ada kena-mengena dengan ramalan Kiamat tahun 2012. Hari kiamat itu pasti, tapi mempercayai ramalan bila tarikh kiamat itu hukumnya haram dan berdosa. Hanya Allah SWT sahaja yang maha mengetahui bila tarikh kiamat akan berlaku.

Kemaskini: Asteroid 433 Eros kekal pada orbitnya dan pelanggaran dengan Bumi tidak berlaku.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Gempa Bumi: Tsunami di lautan Hindi ( Aceh-Indonesia) 2012 Mr.Pingu 0 3,202 04-11-2012, 06:05 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Mirip Bumi! Planet baru ditemui! Mr.Pingu 0 3,768 12-18-2011, 11:33 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Lima Planet Mirip Bumi Ditemui - update: ada berbillion bumi di galaksi Mr.Pingu 0 3,307 09-07-2010, 06:09 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Planet baru ditemui 200 juta tahun cahaya dari Bumi Mr.Pingu 0 2,497 08-11-2010, 02:58 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Asteroid 1999 RQ36 bakal melanggar Bumi, 160 tahun dari sekarang Mr.Pingu 0 2,653 08-11-2010, 02:48 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Planet Seperti Bumi Ditemui Mr.Pingu 0 2,438 08-11-2010, 02:25 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Prob Angkasa STEREO mencari tinggalan planet purba berhampiran Bumi Mr.Pingu 0 3,063 08-11-2010, 02:22 AM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)