Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 15 16 17 18 19 ... 40 Next »

Halal Jadi Isu di Perancis

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Halal Jadi Isu di Perancis
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
02-24-2012, 12:44 AM
PARIS - Pendedahan dokumentari televisyen bahawa pusat penyembelihan sekitar Paris menyembelih haiwan menggunakan kaedah dikatakan serupa seperti ajaran Islam mencetuskan perdebatan politik yang hebat di Perancis.

Stesen televisyen France 2 menyiarkan dokumentari itu, minggu lalu, yang menunjukkan semua pusat penyembelihan di kawasan Paris hanya menghasilkan daging yang disembelih dan bukan dimatikan menggunakan aliran elektrik. Namun, kaedah itu dipercayai tetap tidak menepati peraturan Islam yang memerlukan penyembelihan dilakukan oleh orang Islam dengan bacaan Bismillah.

Pemimpin Perancis yang dilihat kurang pengetahuan mengenai kaedah sebenar penyembelihan dalam Islam pula segera menggunakan isu itu bagi menaikkan sentimen anti-Islam semasa berkempen untuk pilihan raya umum negara itu, April depan.

Calon presiden, Marine Le Pen dalam usaha merampas jawatan tertinggi negara itu daripada Presiden Nicolas Sarkozy, mengeluarkan kenyataan biadap dan bersifat perkauman berhubung isu itu.

“Semua pusat penyembelihan di Paris terpaksa tunduk kepada peraturan golongan minoriti (Islam). Ini sesuatu yang tidak boleh diterima,” katanya sambil berjanji akan memfailkan perkara itu di mahkamah.

Daging haiwan yang disembelih semakin diminati di Perancis dan permintaan terhadap produk itu semakin meningkat terutama dari sekolah, hospital dan syarikat swasta.

Perancis adalah negara sekular dan kerajaan negara itu sebelum ini beberapa kali campur tangan bagi menghalang budaya Islam berkembang di negara itu, termasuk mengharamkan pemakaian purdah di tempat awam.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Aerotrain kat KLIA dihentikan start 1 nov!!
Aerotrain kat KLIA dihentikan start 1 nov!!
08-08-2010 1,421 Views 0 Replies
Lan kristal dah jadi ayah.
Lan kristal dah jadi ayah.
08-08-2010 1,592 Views 0 Replies
Ibu Bapa menghilangkan diri tinggalkan 9 orang anak
Ibu Bapa menghilangkan diri tinggalkan 9 orang anak
08-22-2010 1,964 Views 0 Replies
Social Networking selain Facebook?
Social Networking selain Facebook?
01-09-2011 13,167 Views 18 Replies
newbie
newbie
04-24-2016 2,078 Views 3 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 11-29-2026, 11:38 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend