Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › GEMPAKZ SANTAI › MaLaYSia
Mampukah Kuala Lumpur tersenarai 20 Bandaraya terbaik Dunia menjelang 2020?

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Mampukah Kuala Lumpur tersenarai 20 Bandaraya terbaik Dunia menjelang 2020?
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
Smile  02-24-2012, 02:33 AM
Oleh Fauziah Arof

BOLEHKAH Kuala Lumpur (KL) menjadi antara 20 bandar raya terbaik dunia pada tahun 2020? Sebagai anak kelahiran ibu kota dan dibesarkan di sini, saya begitu tertarik dengan apa yang disasarkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dalam tempoh kira-kira lapan tahun lagi.

KL sememangnya telah melalui pembangunan yang bukan sedikit. Itu perlu diakui. Saya masih ingat ketika berada di sekolah rendah dulu, bangunan Bank Negara yang berdepan dengan sekolah saya, Sekolah Rendah Kebangsaan Hishamuddin ketika itu, saya lihat sudah cukup gah dan tinggi.

Dan tanpa menggunakan pengangkutan awam, saya berjalan kaki dari kuarters kerajaan di Jalan Dato Onn ke sekolah dengan rasa selamat, walaupun jalan berkenaan ketika itu agak sunyi pada awal pagi dan lewat petang, iaitu ketika pulang tamat latihan rumah sukan.

Waktu itu juga Bangunan United Malayan Banking Corporation Berhad (UMBC) yang terletak di Jalan Sultan Sulaiman, berdekatan dengan Bangunan Koperasi Polis sudah dikira paling tinggi dan menjadi mercu tanda KL. Apabila bersekolah menengah pula, saya bersekolah di Sekolah Menengah Methodist Girls berdekatan dengan bangunan Kompleks Daya Bumi. Bangunan yang bercirikan rekabentuk Islam moden ini cukup dibanggakan ketika itu tetapi kini nampak suram.

Ketika itu juga, tempat menyaksikan persembahan hiburan percuma tidak banyak. Tetapi boleh dikatakan setiap minggu ada saja acara hiburan di Panggung Anniversary, yang terletak di Taman Tasik Perdana dan paling tidak di Padang Merbuk berhampiran dengan Tugu Negara. Semasa itu pun, kita boleh saksikan penggiat seni membaca puisi di perkarangan Daya Bumi atau Central Market (Pasar Seni). Sekarang ada lagikah?

Semasa berada di sekolah menengah, saya mula menggunakan pengangkutan awam, bas berwarna biru (Bas Sri Jaya) setelah berpindah ke kuarters kerajaan di Brickfields.

Saya melintas landasan keretapi ke perhentian bas di Jalan Bangsar untuk ke sekolah bersebelahan dengan Masjid Negara itu, yang mana basnya pergi atau balik memang sentiasa penuh macam ‘tin sardin’. Kalau boleh semua penumpang mahu dimuatkan dan kadang-kalanya ada yang tercicir ketika menurunkan penumpang lain dek kerana pemandu tidak sedar ada yang belum sempat naik.

Pusat membeli-belah juga tidak banyak, yang menjadi tumpuan adalah di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman, Kompleks Pertama, Kompleks Campbell, Globe Silk Store dan Emporium Selangor.

Kini bandar raya KL sudah ada begitu banyak bangunan pencakar langit - Menara berkembar Petronas ketinggiannya diiktiraf rekod dunia. Pusat membeli-belah ada di mana-mana saja untuk kemudahan warga kota.

Pengangkutan awamnya pun sudah melalui banyak penambahbaikan. Tidak ada lagi pemandangan bas termasuk bas mini yang hampir senget di jalan raya kerana terlebih muatan. Bas-bas pun sudah banyak dan keadaannya selesa. Dan pengangkutan utama warga kota kini adalah LRT.

Berbalik kepada soal bolehkah Kuala Lumpur menjadi antara bandar raya terbaik dunia pada 2020? Perkembangan dan pembangunan yang pesat tidak bererti KL boleh mencapai status itu dalam masa yang singkat.

Melihat kepada ciri-ciri bandar raya terbaik dunia, KL masih jauh untuk menepatinya. Tetapi ia tidak boleh dikatakan mustahil jika giat berusaha memperbaiki apa yang kurang, bermula sekarang.

Antara ciri-ciri itu adalah mewujudkan sistem politik stabil, kadar jenayah rendah, pengangkutan awam efisien perbankan efisien, tiada tapisan yang melampau terhadap aktiviti sosiobudaya, sistem kesihatan terbaik, tiada penyakit berjangkit, bebas pencemaran udara, sistem pendidikan terbaik termasuk banyak sekolah antarabangsa, bekalan air dan elektrik sempurna, banyak kemudahan restoran, panggung wayang, sukan dan bebas bencana alam.

Perkhidmatan pengangkutan awam masih menjadi rungutan warga kota. Terutamanya teksi. Banyak lagi aduan mengenai pemandu teksi tidak mahu menghantar penumpang, memilih lokasi tertentu, meminta bayaran yang tinggi dan tidak kurang juga bersikap kasar.

Sikap segelintir pemandu teksi yang sebegini bukan sahaja tidak memberi keselesaan dan kesenangan kepada warga kota, malah mengagalkan usaha-usaha lain pihak kementerian terbabit dalam mengangkat taraf KL sebagai bandar raya serba baik.

Mana tidaknya, bila lain-lain kemudahan dan perkhidmatan sudah okey, teksi pula tidak okey.

Kes ragut juga terus berlaku. Golongan wanita terutamanya perlu sentiasa berhati-hati bukan sahaja berjalan di tempat yang lengang tetapi di lokasi yang penuh dengan orang awam. Jenayah ragut turut membabitkan pelancong asing.

Pernah dalam satu kejadian tahun lalu, semasa kereta saya memasuki perkarangan sebuah hotel di Jalan Ampang, saya menyaksikan sendiri seorang pelancong asing wanita yang sedang berjalan di situ direntap begnya oleh pembonceng motosikal. Sudah tentu kedatangan pelancong itu ke bandar raya ini memberi satu igauan buruk kepadanya.

Selain itu, beberapa kawasan di KL akan mengalami banjir kilat yang teruk walaupun hujan tak sampai 20 minit dan ini membuatkan jalan raya di bandar raya ini sesak. Dan kita akan terperangkap berjam-jam lamanya di situ. Sampai hendak berasap kepala dibuatnya.

Maka untuk mencapai impian bandar raya terbaik, semua perkhidmatan dan perkara-perkara asas ini, termasuk keselamatan sewajarnya dijadikan cabaran untuk diperbaiki dan pengukur dalam mengejar status antara bandar raya terbaik dunia. Positif lah, tidak mustahil untuk mencapainya.

Selain itu, sikap warga kota - dalam mengharapkan semua kemudahan dan perkhidmatan yang baik-baik semuanya, tiada maknanya jika kita sendiri yang menjadi ‘tukang’ rosaknya.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
KL sasar 10 terbaik dunia - sekarang baru no 70
KL sasar 10 terbaik dunia - sekarang baru no 70
11-09-2011 1,466 Views 0 Replies
Doa mohon Jodoh terbaik
Doa mohon Jodoh terbaik
04-19-2012 6,596 Views 0 Replies
Pelaburan Emas Terbaik
Pelaburan Emas Terbaik
10-05-2018 876 Views 0 Replies
Salam/Hai Komuniti Gempakz
Salam/Hai Komuniti Gempakz
05-04-2013 2,228 Views 1 Replies
PTPTN - Bayarlah wahai peminjam
PTPTN - Bayarlah wahai peminjam
04-11-2012 1,660 Views 0 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Kuala Lumpur adalah Bandaraya Sangat Maju dan Cantik! Mr.Pingu 0 1,776 10-04-2022, 09:53 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Bendera Palestin dan Malaysia di Menara Berkembar Petronas KLCC Kuala Lumpur Mr.Pingu 0 922 05-24-2021, 09:16 AM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-12-2026, 11:38 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend