Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SeLiBRiTi v
« Previous 1 ... 8 9 10 11 12 ... 24 Next »

Cincin Emas jadi nama gerai

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Cincin Emas jadi nama gerai
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
02-26-2012, 01:43 PM
Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar NURFADHILA ROSLEI (Pelatih Unisel)

KALAU tidak kerana lagu berjudul Cincin Emas, mungkin nama A. Rahman Onn tidak dikenali dalam persada seni suara tanah air. Cincin Emas popular pada tahun 1960-an, malah sehingga kini pun lagu itu masih diminati ramai termasuklah para pendengar generasi muda hari ini.

Penyanyi pop yeh yeh berasal dari Johor Bahru, Johor ini tidak menafikan kerana lagu itulah, dia terus mendapat tawaran menyanyi di merata-rata tempat di seluruh negara. Para peminat seakan-akan tidak pernah jemu menghayati lagu yang dikategorikan sebagai malar segar itu.

Ekoran populariti Cincin Emas, A. Rahman berkata, sejak enam tahun lalu dia juga telah menggunakan judul lagu itu sebagai nama gerai makanan yang diusahakannya di Johor Bahru. Ternyata sambutan gerainya itu sama hebat dengan populariti lagu tersebut.

“Saya mula mengusahakan gerai Cincin Emas milik sendiri di Plaza Larkin dan Hutan Bandar di Johor Bahru sejak enam tahun lalu.

“Judul lagu itu diguna bagi memudahkan para peminat atau pelanggan mengingati saya. Sebut sahaja nama A. Rahman Onn, ia ada kaitan dengan Cincin Emas.

“Ramai pelanggan yang datang ke dua gerai ini pada mulanya tidak tahu ia milik saya. Tetapi lama kelamaan ramai juga yang tahu dan datang ke bukan setakat mahu membeli makanan, tetapi kerana mahu berjumpa saya,” katanya kepada S3 baru-baru ini.

Gerai Cincin Emas milik A. Rahman Onn atau nama sebenarnya Abdul Rahman Mohd. Onn itu antaranya menjual makanan seperti tauhu goreng, sotong rebus dan bubur nasi dengan dibantu empat orang pekerja menjadi tumpuan ramai peminat termasuklah dari Singapura.

Kata bapa kepada dua orang anak dan dua cucu ini, dia akan selalu menjengah ke gerai-gerainya itu jika tiada undangan menyanyi. Baginya, gerai Cincin Emas adalah sumber pendapatan utamanya sekarang ini, selain masih menjadi penyanyi sejak tahun 1966.

“Sebelum menjalankan perniagaan makanan, saya memang menjadikan bidang nyanyian sebagai salah satu kerjaya. Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini saya kurang aktif bersama kumpulan The Strangers yang selalu bersama-sama pada tahun-tahun 1960-an.

“Ini kerana ramai anggota kumpulan kami yang telah meninggal dunia. Contohnya, abang saya iaitu Samad Onn yang bermain gitar telah meninggal dunia pada 7 Januari 1989. Sementara pemain gitar kami, Mat Atan pula hilang tidak dapat dikesan sejak enam tahun lalu.

“Sebab itu sejak kebelakangan ini kalau menerima tawaran menyanyi saya biasanya hanya akan muncul di atas pentas sendirian. Kalau tiada undangan menyanyi, saya akan menguruskan dua gerai saya itu, selain menghabiskan masa di rumah bersama dua cucu,” ujarnya.

Dia yang juga popular dengan lagu Peracun Kalbu dan Aku Nak Pulang menganggap bidang nyanyian serta perniagaan sama penting dalam kehidupan sehariannya kini, selain memberi tumpuan kepada dua cucunya, Nur Hazani, 10, dan Nur Haznini, 9, yang kini di bawah jagaannya.

Anak kedua daripada 14 beradik ini misalnya, sanggup meluangkan banyak masa bersama dua cucunya itu yang dianggap seperti anaknya sendiri. Jelasnya, apabila anak-anak sudah dewasa maka cucu-cucu menjadi tempatnya untuk mencurahkan kasih sayang.

“Apatah lagi anak saya, Nurhalina yang menjadi ibu kepada dua cucu saya itu telah meninggal dunia. Jadi, saya sanggup mengambil tanggungjawab bagi membesarkan dua orang cucu saya itu. Malah saya rasa sayang pada cucu lebih daripada anak sendiri.

“Pada 11 Mac ini anak kedua saya Mohd. Saiful Affendi, 30, pula akan mendirikan rumah tangga. Saya bersyukur kerana semua anak saya telah berkahwin. Semua ini melengkapkan kehidupan saya dalam berkeluarga dan juga sebagai penyanyi dan ahli perniagaan,” katanya.

Sewaktu ditanya tentang lagu dan album barunya, penyanyi berusia 64 tahun ini berkata, dia mempunyai perancangan untuk merakamkannya pada masa depan. Irama pop yeh yeh merupakan konsep muzik yang akan diterapkan dalam lagu-lagu atau pun album terbarunya kelak.

A. Rahman Onn yang mula menyanyi pada usia 20 tahun menambah, dia sedang meneliti komposer yang sesuai berkolaborasi dengannya kelak. Eddie Hamid jelasnya, antara komposer era masakini yang dirasakan memahami lagu-lagu yang sesuai dinyanyikan oleh penyanyi veteran ini.

“Eddie Hamid tahu citarasa muzik yang sesuai dengan diri saya. Tahun lalu saya muncul dengan sebuah lagu terbaru berjudul Semua Jadi Kenangan ciptaan Eddie. Lagu itu ada pengaruh irama pop yeh yeh seperti era tahun 1960-an tetapi ia diberi nafas yang baru,” ujarnya lagi.


GAYA persembahan A. Rahman Onn sewaktu berlatih menyanyi bersama kumpulan The Strangers di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada Januari lalu.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
baju dalam artis bersepah dalam hotel
baju dalam artis bersepah dalam hotel
11-03-2010 3,582 Views 2 Replies
Azwan Ali tekad bersara tulis blog!
Azwan Ali tekad bersara tulis blog!
09-22-2010 2,265 Views 1 Replies
Bekas Isteri Akhil Hayy Nikah Chef 9 Ogos
Bekas Isteri Akhil Hayy Nikah Chef 9 Ogos
08-08-2010 1,786 Views 0 Replies
Social Networking selain Facebook?
Social Networking selain Facebook?
01-09-2011 12,642 Views 18 Replies
salam
salam
12-10-2018 1,618 Views 3 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 2 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-14-2026, 10:06 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend