Please Log-in or Register to get full access to the forums.

Lost Password?

>>> REGISTER | LOG-IN | PROFILE | LOG-OUT | INBOX <<<

| HOME | | KOMUNITI BLOGGER| | GEMPAKZ SANTAI | | ISU SERIUS | | HIBURAN | | HOBI | | PENDIDIKAN | | AKADEMIK | | PELBAGAI | | ADMIN | *BLOG*

>>>PERHATIAN SEMUA! BACA INI DULU: ADMIN DECLARATION <<<

Post Reply 
 
Thread Rating:
  • 0 Votes - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Apa Itu Kejuruteraan
03-21-2012, 09:22 PM
Post: #1
Apa Itu Kejuruteraan
[Image: Desktop3.jpg]
Kejuruteraan adalah disiplin, seni, skill, kerjaya dan teknologi yang mempergunakan saintifik, matematik, ekonomi, sosial dan ilmu amali bagi merekabentuk dan membina struktur, mesin, peralatan, sistem, bahan dan proses. Kejuruteraan merangkumi pelbagai aspek kegunaan harian kita dari kasut yang kita pakai, rumah yang kita diami, telivesyen yang kita tonton, telefon yang kita gunakan, kereta yang kita naiki, jalanraya dan jambatan yang kita lalui dan bermacam-macam lagi dalam kehidupan kita.

Kejuruteraan sebenarnya telah wujud sejak dari era purba lagi tatkala manusia merekacipta peralatan asas seperti takal, baji dan roda. Setiap dari rekaan tersebut adalah selari dengan pengertian moden kejuruteraan, mempergunakan prinsip asas mekanikal bagi membentuk peralatan dan objek yang berguna.

Jurutera

Seorang yang mempergunakan ilmu kejuruteraan bagi melaksanakan kerja mereka terdiri dari pelbagai kategori orang seperti Jurutukang, Jurugegas, Jurukimpal, Jurulukis, Juruteknik, Pembantu Teknik sehinggalah ke peringkat Jurutera. Asas kejuruteraan dipergunakan bagi merancang, mereka dan membentuk sesuatu tugasan sehingga menjadi apa yang diinginkan.

Untuk menjadi seorang Jurutera kelulusan yang diperlukan adalah bermula dari peringkat Diploma hinggalah ke peringkat Ijazah bidang kejuruteraan. Seseorang yang mahu digelar Jurutera Profesional perlulah mempunyai Ijazah Kejuruteraan yang berkaitan dan menjadi ahli Institute of Engineers Malaysia sebelum boleh mendaftar dengan Board of Engineers Malaysia. Tiga tahun pengalaman pekerjaan yang diiktiraf di dalam bidang-bidang berkaitan sebelum layak ditemuduga bagi mendapat tauliah Jurutera Profesional.

Seorang Jurutera tidaklah semestinya melakukan kerja membaikpulih mesin atau mempergunakan tangannya sendiri bagi membuat sesuatu tetapi skop Jurutera adalah amat luas. Jurutera mestilah seorang yang mahir dalam aspek pengurusan, pandai membuat perancangan, bijak dalam pelaksanaan strategi dan cekap menyelesaikan permasalahan dalam melaksanakan tugasan yang dipertanggungjawabkan.

Bidang Kejuruteraan

Pada awalnya, bidang kejuruteraan dibahagikan kepada empat bidang utama iaitu kejuruteraan mekanikal, civil, elektrikal dan kimia, dengan dipecahkan kepada beberapa cabang yang lain.

Tetapi kini, banyak bidang baru kejuruteraan yang dibentuk seperti

Kejuruteraan Marin
Kejuruteraan Aeroangkasa
Kejuruteraan Aeronautik
Kejuruteraan Elektronik
Kejuruteraan Galian
Kejuruteraan Bahan
Kejuruteraan Industri
Kejuruteraan Pembuatan
Kejuruteraan Metalugi
Kejuruteraan Biomedik
Kejuruteraan Robotik
Kejuruteraan Pertanian
Kejuruteraan Petroleum & Petrokimia
dan bermacam-macam lagi

Ciri-Ciri Seorang Jurutera

Berilmu
Seorang Jurutera mestilah seorang yang mempunyai ilmu di dalam bidang kejuruteraan berdasarkan pengkhususan bidang yang diambil. Ilmu yang diperolehi dari proses pembelajaran di Universiti. latihan amali yang dilalui dan pengalaman yang diharungi menjadi asas penting dalam perbezaan keilmuan Jurutera tersebut.

Berkemahiran
Perlulah mempunyai kemahiran bagi melaksanakan tugasan yang dipertanggungjawabkan. Sekiranya Jurutera Elektrik, sudah semestinya mempunyai kemahiran dalam bidang Elektrik, Jurutera Mekanikal pula berkemahiran dalam bidang Mekanikal dan begitulah juga yang lainnya. Tetapi yang perlunya seorang Jurutera itu mestilah tahu merancang, mengurus dan memastikan kerja yang dipertanggungjawabkan berjalan dengan lancar.

Berwibawa
Mestilah berwibawa yang mempunyai kesungguhan dan jatidiri yang kukuh dan tidak mudah putusasa. Boleh menghadapi tekanan dalam kerja dan tidak mudah kecewa.

Cekap
Apabila dilanda masalah, kecekapan dalam mencari penyelesaian amatlah penting. Mengetahui tindakan yang perlu diambil, bijak mencari jalan keluar serta cekap dalam membuat keputusan.

Beretika
Mempunyai etika diri yang mulia. Tidak mudah goyah akan pujuk rayu atas perkara yang tidak harus diluluskan. Sekiranya mengetahui bahawa sesuatu perkara itu tidak mengikut spesifikasi yang dikehendaki maka pastikan ianya diperbetulkan dahulu sebelum ianya diluluskan.

Keazaman dan ketekunan
Mempunyai keazaman dan ketekunan diri yang kuat. Sentiasa berazam untuk meningkatkan diri ketahap yang lebih baik lagi dan tekun dalam melaksanakan kerja.

Cita-cita
Mempunyai cita-cita untuk berjaya.

Di era cyber kini kerjaya Jurutera menjadi semakin mencabar, semakin canggihnya teknologi maka semakin banyak cabang kejuruteraan yang diwujudkan maka semakin banyak Jurutera yang diperlukan. Kerjaya Jurutera amatlah penting bagi negara berada pada tahap kemajuan yang boleh dibanggakan. Negara yang tiada kemajuan akan ketinggalan di era cyber ini.
[/align]
Rolleyes

Salam mesra

Alzahri

Website : http://www.ilmuasasjurutera.com
Webblog : http://www.ilmucyber.com

p/s : sudi-sudikanlah berkunjung ke teratak hamba, sekiranya suka berikanlah "Like" tanda sokongan...Big Grin
Quote
JOM JOIN KOMUNITI GEMPAKZ. Klik: >>> REGISTER <<<
03-22-2012, 02:20 PM
Post: #2
RE: Apa Itu Kejuruteraan
Terbaik lah info yang bro beri.. saya dalam bidang kejuruteraan elektrik - elektronik.. sekarang masih menimba ilmu.. sedar xsedar dh 9 tahun berada dalam bidang ini =)

Mari rakan-rakan mendaftar sebagai seorang ahli Komuniti gempakZ~ Shy
Quote
03-23-2012, 03:44 PM
Post: #3
RE: Apa Itu Kejuruteraan
Wah bagus tu dan tahniah ...elektrik-elektronik ni bukan senang nak belajar tu...bermacam-macam jenis litar elektrik dan elektronik. Pada mereka yang mengambil bidang ini banyak peluang kerjaya sebab semua industri pasti memerlukan orang yang mahir dalam bidang ini. seba semua mesin dan peralatan mestilah menggunakan elektrik dan elektronik. Kalau pejabat tu tiada mesin pun, mereka mesti gunakan lampu, kipas ataupun aircondition...kena tahu elektrik juga tu..

Mereka yang mahir dalam bidang ni tiada masalah pun hendak membaiki apa-apa peralatan di rumah sekiranya terdapat kerosakan yang kecil seperti radio, tv, perkakas elektrik dan bermacam2 lagi...hehe...tapi kerosakan yang besar kena hantar kedailah sebab ketiadaan spare part...betul tak Mr Pingu. Kalau rajin beli spare part kira okaylah...baiki terus sendiri.

Syabas buat Mr Pingu kerena seorang yang bekerjaya dan mempunyai laman web secanggih Gempakz ni...tolong ajar kan saya...tunjuk ajarku sifu!

Buat adik2 sekelian...contohilah seperti Mr Pingu ini...

Salam mesra

Alzahri

Website : http://www.ilmuasasjurutera.com
Webblog : http://www.ilmucyber.com

p/s : sudi-sudikanlah berkunjung ke teratak hamba, sekiranya suka berikanlah "Like" tanda sokongan...Big Grin
Quote
03-24-2012, 12:51 PM
Post: #4
RE: Apa Itu Kejuruteraan
hehehee xde la biasa2 je.. walaupun sy ni bidang kejuruteraan elektrik-elektronik namun end up sy jd pensyarah je.. Sbb lebih suke keje2 dlm bidang pendidikan ni. Tapi still skil22 kejuruteraan itu sy ada.. Kalau ada kesempatan nak pergi industri selama beebrapa bulan untuk merasai kerja2 sbg seorang jurutera

p/s: bro sy dh like blog brolah.. tp of course la nama di facebook bukan Mr.PiNGu ahah

Mari rakan-rakan mendaftar sebagai seorang ahli Komuniti gempakZ~ Shy
Quote
03-24-2012, 08:01 PM
Post: #5
RE: Apa Itu Kejuruteraan
Arigatokhonzaimas to u pingu...oooooooooo..patutlh....tomato pulak...nape x hbak mai awai2 chek oiii... Barulah nmpk kelibat orgnye...Big Grin
Quote
03-25-2012, 05:33 PM
Post: #6
RE: Apa Itu Kejuruteraan
hahaa... rahsia.. =p ahakss.. nanti dentiti terdedah =p

Mari rakan-rakan mendaftar sebagai seorang ahli Komuniti gempakZ~ Shy
Quote
03-26-2012, 01:51 AM
Post: #7
RE: Apa Itu Kejuruteraan
bro alzahri tu keje u ke? nampak cam gempakz je design tu siap transfer ke komputer.. macam rumit gler keje kamu tu.. hebat2
Quote
04-04-2012, 08:52 PM
Post: #8
RE: Apa Itu Kejuruteraan
Emmm...kalau kita belajar maka kita boleh lakukannya.. Guna Autocad.

Salam mesra

Alzahri

Website : http://www.ilmuasasjurutera.com
Webblog : http://www.ilmucyber.com

p/s : sudi-sudikanlah berkunjung ke teratak hamba, sekiranya suka berikanlah "Like" tanda sokongan...Big Grin
Quote
04-05-2012, 01:13 AM
Post: #9
RE: Apa Itu Kejuruteraan
hehe sy juga guna autocad tp just nak buat layout simple2 je.. hehee

Mari rakan-rakan mendaftar sebagai seorang ahli Komuniti gempakZ~ Shy
Quote
04-08-2012, 07:55 PM
Post: #10
RE: Apa Itu Kejuruteraan
Buat mereka yg mengambil bidang kejuruteraan pasti ada yang belajar Autocad. Tetapi yg dipelajari kebanyakannya hanyalah asas sahaja. Di dalam resume permohonan kerja pasti dicatitkan tahu menggunakan Autocad. Bila diberikan tugasan untuk melukis sesuatu barang atau projek kebanyakannya kurang mahir.

Tugasan yang selalu saya berikan adalah melukis sesuatu alat ganti jentera sebelum boleh membuat tempahan di woksyop untuk dibuat. Pertamanya, sebelum boleh melukis alat ganti tersebut, perlulah mengambil ukuran-ukuran yang perlu dengan menggunakan Pembaris dan Vernier Caliper atau lain-lain alat pengukur yang perlu. Kemudiannya barulah boleh melukiskannya ke dalam komputer menggunkan perisian Autocad.

Oleh itu saya ingin menasihatkan adik-adik, yang sebaiknya mahirkan diri dengan Autocad tersebut. Cuba bermain-main dengan perisian tersebut dengan melukis-lukis sesuatu barang. Seorang Jurutera yang mengambil bidang Mekanikal dan Civil haruslah mahir menggunakan Autocad.

Salam mesra

Alzahri

Website : http://www.ilmuasasjurutera.com
Webblog : http://www.ilmucyber.com

p/s : sudi-sudikanlah berkunjung ke teratak hamba, sekiranya suka berikanlah "Like" tanda sokongan...Big Grin
Quote
Post Reply 


Forum Jump:


User(s) browsing this thread: 1 Guest(s)

Website Submission Optimization Search Engine Submission - AddMe

Free PageRank Checker My Ping in TotalPing.com Malaysian Free Auto Backlink Exchange Ping your blog, website, or RSS feed for Free Blogged.my Text Backlink Exchanges free web site traffic and promotion

Welcome, Guest
You have to register before you can post on our site.


  

Password
  





Website Hit Counter
Hit from: 29-3-12  
KoMuNiTi gempakZ on Facebook