NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Rumah Mawi dimasuki perompak, mawi diikat
#1
penyanyi Asmawi Ani atau Mawi menerima nasib malang apabila rumahnya di Bangi dekat sini dimasuki perompak awal pagi semalam.

Menurut pengurus peribadinya iaitu Mohd Nasir Ismail, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 4 pagi apabila beberapa perompak memecah masuk ke rumah banglo milik Mawi dan melarikan beberapa barang berharga termasuk telefon bimbit.

Nasir berkata, kejadian itu berlaku ketika Mawi yang baru tiba di rumahnya kira-kira pukul 2 pagi selepas selesai siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) di Johor Baru.

“Saya difahamkan kejadian itu berlaku kira-kira pukul 4 pagi selepas dua jam Mawi tiba di rumahnya dari Johor kerana menyertai siri jelajah ABPBH.

“Semasa kejadian terdapat ibu Mawi, nenek serta isteri dan anaknya. Kesemua mereka selamat dan tidak diapa-apakan,” jelas Nasir.

Bagaimanapun dia tidak mengetahui apa sebenarnya yang berlaku kerana masih dalam perjalanan pulang dari Johor ke Kuala Lumpur. Sementara itu Mawi dan isterinya, Nora’Asikin Rahmat (Ekin) tidak dapat dihubungi kerana dipercayai telefon bimbit mereka dilarikan perompak.

Bagaimanapun difahamkan, dalam kejadian itu Mawi turut diikat sementara perompak telah melarikan barang berharga dan wang tunai yang dianggarkan bernilai RM10,000.

PiNGu: siap diikat mawi ni seram la. Nasib tak diapa-apakan.. kalau ditikam ke apa dah naya. Kalau bertemu perompak jangan melawan. Biarlah mereka ambil barang kerana nyawa lebih bernilai
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#2
Aku bukanlah peminat mawi tapi suka gak la dengar sebahagian lagu-lagu dia ni. Apabila membaca kisah mawi yang mana rumahnya dimasuki perompak aku cukup kesian la mendengarnya. Dikatakan mawi sendiri diikat oleh perompak tersebut. Sungguh tak berhati perut la orang sekarang yang ambil jalan mudah melakukan rompakan untuk hidup senang.



Dalam kejadian tersebut, isteri dan ibunya berada dirumah. Mujur semua selamat dan tidak diapa-apakan. Kerugian dianggarkan melebihi RM 10,000. Kejadian pecah rumah ni patut dijadikan iktibar. Kita diminta berhati-hati walaupun berada dirumah. Saya yakin perompak-perompak ini akan menyasarkan mereka yang memiliki rumah mewah kerana mereka sudah pasti mempunyai harta yang banyak. namun begitu, rumah yang kecil pula jangan pandang ringan hal ini. kemungkinan rumah anda dimasuki perompak juga besar. Perompak ni tak kisah asalkan mereka dapat merompak.

Merompak satu hal kalau melibatkan jenayah lain iaitu merogol mangsa rompakan dan membunuh mangsa lagi teruk. Apa-apapun sentiasa memastikan keselamatan di rumah anda terjamin untuk mengelakkan kejadian tidak diingini seperti ini terjadi ke atas anda. Sekian sahaja.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Mawi berkahwin lagi dengan orang Temerloh? Mr.Pingu 0 1,821 08-03-2010, 11:45 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)