NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Teknik memancing Udang galah
#1

Udang galah? dari kecik lagi pingu dah ada pengalaman memancing udang galah ni. dulu2 mancing kat sungai bawah jambatan besar.. hehe.. seronok sbb pernah dapat udang galah yang besar.. even sy hanya menggunakan pancing yang saya buat sendiri guna kayu nipah.. hehe.. ramai juga masa tu memancing menggunakan pancing mahal yang dibeli tapi itu tak menjamin untuk mendapat udang yang besar dan banyak.. hehe saya sendiri mengalaminya.. Ok disini saya nak berkongsi serba sedikit teknik untuk memancing udang.

Ok semasa saya memancing dahulu, saya menggunakan mata kail khas untuk memancing udang. ia berbatang halus tetapi agak lebar cangkuknya. then saya menggunakan tali tangsi yang agak halus.. kerana udang bukanlah berat.

Ok dari segi umpan.. saya menggunakan cacing tanah. actually cacing tanah mudah diperolehi dan digunakan kerana bentuk badannya boleh disesuaikan dengan mata kail. cacing juga berbau dan mudah mengumpan udang dan ikan.

ok.. kalau nak memancing udang, kita perlukan kesabaran yang tinggi. bukan mudah udang nak lekat kat umpan.. sebab fizikalnya yang lembut tu. kalau udang sudah makan umpan, anda xboleh serta merta menariknya dgn keras.. anda perlu "foreplay" dahulu.. layan .. kalau udang tersebut menarik, anda perlu melepaskan tali... jika ia berhenti menarik barulah anda tarik.. kita kena bermain-main sehinggalah udang tersebut penat.. hehe..
Big Grin

pe yg saya nak kata, memancing udang ada keseronokannya tersendiri. sebab ia memerlukan skill yang berbeza dengan memancing ikan. dahulu saya mmg raja pancing hehe ramai kenal saya.. tp bila dah besar ni minat dah berubah.. sy suke memancing gak.. tp memancing awek je.. opss hehe Big Grin
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#2
1.Habitat
Udang galah amat gemar mendiami habitat sampah sarap dan air sedikit berarus kerana di situ dikatakan banyak makanan. Bagaimanapun, ada pendapat mengatakan di mana ada buaya di situ akan udang.
Bersampan semasa memancing udang galah dikatakan lebih mendatangkan hasil berbanding memancing dari tebing. Jika bersampan............ akan memudahkan pergerakan untuk mencari lubuk udang.

2.Tabiat
Udang juga mempunyai tabiat gemar berkumpul. Apabila pemancing melabuhkan umpan hampir setengah jam tidak mendatangkan hasil, bererti kena beralih ke lubuk lain. Biasanya udang aktif mencari makanan selepas musim hujan dan panas terik dalam masa seminggu. Itulah masa terbaik untuk memancingnya. Ada juga pemancing yang mengguna pakai petunjuk daun getah gugur menandakan bermulanya musim udang galah. Memancing udang galah memerlukan kepakaran tersendiri. Pada masa yang sama udang galah juga bijak melepaskan diri daripada mata kail.

3.Joran
Joran antara faktor utama kejayaan memancing udang galah. Anda tidak perlu joran sepanjang 5 hingga 6 kaki. Sebaliknya hanya sekadar 1 hingga 1.1 meter. Pastikan hujung joran halus bagi memudahkan pemancing mengesan udang menarik atau memakan umpan.

4.Tali utama
Kalau boleh gunakan tali yang berdiameter halus supaya kita dapat merasai kenikmatan memancing udang galah. Kita hanya perlukan tali yang berkekuatan 10 hingga 15 paun sahaja untuk udang galah. Bagi yang sering mengalami putus perambut akibat gigitan buntal, anda dinasihatkan menggunakan perambut tali benang.

5.Mata kail
Mata kail udang terbahagi kepada 2 jenis iaitu berduri pandan dan tidak berduri. Bagi yang mempunyai, peluang udang untuk melepaskan diri adalah tipis dan sebaliknya bagi mata yang tidak berduri. Bagi memancing udang galah di sungai, mata kail berduri perlu bersaiz 1/0,1 dan 2. Bagi mata kail biasa adalah bersaiz 5 hingga 8.

6.Batu ladung
Penggunaan batu ladung amat penting apabila memancing di sungai kerana kebiasaan udang galah menghuni di dasar yang sedikit berarus. Jika lubuk itu tenang batu bersaiz 2, 3 dan 4 sudah mamadai. Jika sungai berarus, batu bersaiz 5 hingga 8 amat sesuai.

7.Teknik memancing udang
Sudah menjadi tabiat udang galah memakan umpan sekadar mencuit-cuit seperti anak ikan mengacau umpan (ngutis - dialek Kelantan). Untuk menarik mangsa joran diangkat perlahan-lahan. Jangan sesekali kita menyentap seperti memancing ikan. Begitu juga........ jangan menarik terlalu perlahan kerana udang akan terlepas. Ada juga udang galah agresif yang menarik umpan seperti ikan.

8.Umpan
Pemilihan umpan yang sesuai antara faktor yang menghasilkan tangkapan yang lumayan. Kebanyakan pemancing menggunakan perumpun kerana ianya amat efektif. Ada juga pemancing yang menggunakan umpan cacing, anak udang dan hati ayam yang hiris kecil.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#3
Peralatan

1. Joran dan Kekili untuk memancing udang biarlah jenis ringan. Joran halus sebaiknya dalam 4 1/2 kaki panjang dan Kekili tidaklah perlu besar.
2. Tali Utama seeloknya antara 10 - 15 paun manakala perambut pula antara 6 - 8 paun.
3. Saiz batu ladung kebiasaannya antara no: 5 � 6. Saiz batu ladung yang kecil boleh digunakan ketika arus sungai bergerak perlahan.
4. Beberapa jenama mata kail kecil boleh digunakan tetapi biasanya ialah antara no: 7 - 10 menjadi pilihan utama. Adakalanya pemancing suka menggunakan mata kail buatan sendiri.

Umpan

Udang sebenarnya tidak memilih makanan/umpan, tetapi pemancing mesti juga memikirkan ketahanan umpan dimata kail, antaranya cacing, perumpun, udang kecil, isi ikan. Namun pilihan utama tetap cacing tanah kerana berkaitan rapat dengan bentuk badannya dimata kail dan kesesuaian satu-satu lubuk udang tersebut.

Cara Memancing (dari atas sampan)

1. Untuk memancing diatas sampan, paling sesuai dan selesa ialah 2 orang untuk sebuah sampan sepanjang 12 - 16 kaki.

2. Lima batang joran seorang adalah bertepatan dan jika ada yang baru belajar mereka bolehlah bermula dengan 2 - 3 batang dulu. Tidak menghairankan ada yang menggunakan lebih dari itu jika ia mampu mengawal kesemuanya.

3. Susunan joran diatas sampan semasa memancing juga penting mengikut aturan yang betul seperti joran 1 dilontar jauh, diikuti joran 2 dekat sedikit dan begitulah seterusnya hingga joran terakhir dihulur saja bawah sampan. Ini semua dapat mengelakkan dari berbelit sesama sendiri.

4. Melontar umpan sehingga umpan/batu ladung menjejaki dasar sungai, kemudian mengarau tali ibu dikekili sehingga tegang. Seterusnya diletakkan joran ditepi sampan tanpa dipegang dengan tangan dan tunggu.

5. Jika sudah pasti udang telah menelan umpan(dgn. Melihat henjutan dihujung joran) lakukan sentapan yang lembut atau terus mengarau tali. Disinilah debaran dada si pemancing udang dapat dirasai dengan henjutan udang samada berjaya atau sebaliknya untuk didaratkan.

Makluman

1. Isyarat udang memakan umpan adalah tidak sama mengikut keadaan.
2. Kadang kala udang memakan umpan tanpa menunjukkan sebarang gerakan.
3. Ada pula yang menyambar dengan kasar seperti ikan.
4. Ada yang menarik umpan dengan keadaan separuh malu.
5. Sambaran yang kecil dan perlahan tidak semestinya udang kecil dan sambaran yang kasar dan kuat tidak semestinya udang besar. (jangan terkejut) jawapan akan diketahui diseparuh perjalanan udang semasa hendak dinaikkan.

Mencari Lubuk

1. Perhatikan kawasan yang mempunyai banyak makanan (buangan) serta kawasan yang senang udang bersembunyi.
2. Kawasan berteluk berarus sederhana laju.
3. Kawasan yang mudah tersangkut yang terdapat banyak ranting-ranting pokok serta akar-akar pokok didalam air.
4. Memandangkan jadual air berubah setiap hari, kedudukan udang juga begitu, adakalanya udang galah suka bermain ditengah sungai terutama bila air bergerak sederhana laju.

Panduan

1. Ketika memancing udang, sikap malas jangan diamalkan. Umpan perlu selalu diperiksa dimata kail. Caranya selepas 5 minit umpan dilabuhkan dan tidak ada sebarang isyarat, perlulah mengangkat joran untuk mempastikan sama ada ia tersangkut atau pun sudah memperolehi udang.
2. Jika selepas 15 minit masih tiada isyarat udang, ini bermakna kawasan tersebut tidak sesuai untuk pancingan udang dan perlu beredar ke tempat lain.
3. Musim tengkujuh adalah musim yang tidak sesuai memancing udang kerana paras air yang terlalu tinggi, aliran air yang deras serta cuaca/air yang sejuk.
4. Masa paling sesuai ialah ketika musim panas 4 - 5 hari tanpa hujan, air sungai menjadi suam tika itu udang galah keluar mencari makan.
5. Gangguan spt. Anak-anak ikan, dan sebagainya adalah cabaran dalam menahan kesabaran.
6. Penggunaan sauh diperlukan jika ingin memancing ditengah sungai.
7. Jika sungai kecil (hulu) tali boleh direntang didalam usaha mencari lubuk udang.

Peringatan

1. Pertuturan harus dijaga.
2. Elakkan membuang makanan spt. Daging dikawasan pancing udang.
3. Mata dan telinga sentiasa berwaspada kerana kebiasaan lubuk udang dikongsi bersama oleh sang bedal.
4. Sering memberi kerjasama sesama rakan-rakan.
5. Mulakan sesuatu dengan Bismillah dan disudahi dengan Alhamdulillah.

"SELAMAT MEMANCING"
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#4

wak memang ada memancing udang galah tapi yang peliknyatu..... kawan dalam sampan yang sama selalu dapat udang yang besar dan wak selalunya dapat udang gred upsr dan pmr sahaja. Camna jadi gitu. Dudok dalam sampan sama, lokasi sama, umpan sama, joran sama .... kat mana silapnya? bukan sekali tapi selalu...... tolong telek-telek apa masalahnya.......Rolleyes

Rolleyes
Reply
#5
wak kene mandi bunga dulu kok?? hahaaaa...

erm.. wa rasa wak lom ada rejeki.. wak kene sabar.. memancing udang perlukan kesabaran.. umpan penting.. kene yg ada bau sket.. lepas tu skill masa nak mengail tu pun penting.. hehe.. wak akoo pun sudah laam tak memancing udang.. entah ada lagi atau tak skill aku ni.. hehee
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#6
udang?? waa..kgemaran ku.. nyum..nyum..
tp xpnah pn mncing udang ni n smestinya xpndai.hekhek.. Wink
Reply
#7
(04-01-2011, 02:18 AM)TheOniezuka Wrote: udang?? waa..kgemaran ku.. nyum..nyum..
tp xpnah pn mncing udang ni n smestinya xpndai.hekhek.. Wink

memancing udang perlukan kesabaran yang tinggi.. tp lebih seronok memancing udang dari ikan.. sb perlukan skill berbeza.,.. lama dh tinggalkan hobi memancing nie.. dlu2 mmg raja pancing Big Grin
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#8
(04-01-2011, 10:35 PM)Mr.Pingu Wrote: memancing udang perlukan kesabaran yang tinggi.. tp lebih seronok memancing udang dari ikan.. sb perlukan skill berbeza.,.. lama dh tinggalkan hobi memancing nie.. dlu2 mmg raja pancing Big Grin

rse nye seumur hdup oni, 1-2 kali je pnah memancing.. ingt lg mse blik kg mak kt slangor..g mancing kt tali air sawah padi.first time dpt ikan memang srnok gler wlaupun ikan 2 bsar 2 jari oni je.haha..tp sekor 2 je la dpat..lps 2 umpan je hbis,ikan tarak. kenyit2
Reply
#9
hehee pingu lak dah beribu ikan da pernah dapat.. byk kenangan menangkap ikan ni.. mcm2 jenis da dapat.. baik kecil and ada sebesar betis.. belut pun pernah dapat heheee.. paling xbleh blah mancing dapat kura2 hahahaa
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#10
haha...nsib bek zirafah dok atas darat. klu x mst pingu pnah terpncing jgk.hekhek..
Reply
#11
Hahaha.. zirafah? xdpt bayangkan.. Penah sekali pi mancing kat sungai dapat satu makhluk yg aneh makan umpan.. Tp xdpt tarik sbb terlalu berat.. Makhluk ni selalu kelihatan meluhatkan susuk tubuhnya di permukaan air.. Tp xpenah nampak kepalanya and ekornya kalau ada .. One day makhluk ni makan umpan pingu.. Sampai putus pingu tarik.. Misteri sgt.. Badan dia warna biru laut dan agak licin kelihatan.. Xdpt agak apa benda tu..
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#12
(04-04-2011, 01:16 AM)Mr.Pingu Wrote: Hahaha.. zirafah? xdpt bayangkan.. Penah sekali pi mancing kat sungai dapat satu makhluk yg aneh makan umpan.. Tp xdpt tarik sbb terlalu berat.. Makhluk ni selalu kelihatan meluhatkan susuk tubuhnya di permukaan air.. Tp xpenah nampak kepalanya and ekornya kalau ada .. One day makhluk ni makan umpan pingu.. Sampai putus pingu tarik.. Misteri sgt.. Badan dia warna biru laut dan agak licin kelihatan.. Xdpt agak apa benda tu..

uik,mancing kt sungai ke kt laut 2?? pinguin malaysia kot. ahakss.. gelak_besar
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)