Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 12 13 14 15 16 ... 40 Next »

Imbuhan Gaji guru vs Pensyarah

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Imbuhan Gaji guru vs Pensyarah
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
05-19-2012, 02:49 PM (This post was last modified: 05-19-2012, 02:49 PM by Mr.Pingu.)
KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan sedia menimbang untuk memberi imbuhan kepada pensyarah-pensyarah di institusi pengajian tinggi di seluruh negara.
Bagi tujuan itu, katanya, beliau akan menyemak semula situasi dan masalah yang dihadapi oleh para pensyarah dengan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

"Saya akan semak apakah kes gaji dan gred jawatan pensyarah telah dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). (Jika ada) apa respons JPA, saya tidak tahu.

"Tapi kalau dianggap perkara ini penting dan perlu diberi perhatian, kita percaya kita akan beri pertimbangan yang sewajarnya," katanya dalam sesi soal jawab dengan peserta pada majlis Wacana Intelek dan Acara (Wira) anjuran Persatuan Alumni Universiti Teknologi MARA (UiTM) Malaysia di sini, hari ini. Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata beliau menyedari keluhan ramai pensyarah bahawa mereka tidak menerima imbuhan seperti yang dinikmati para guru.

"Ada yang kata lebih baik jadi guru biasa sebab skim tidak setara. Kalau betul dan ada asasnya, kita harap kementerian (Pengajian Tinggi) boleh bawa dan kerajaan akan beri pertimbangan," katanya.

Terdahulu, Muhyiddin menyampaikan ucaptama yang menerangkan perjalanan kesemua program transformasi negara dalam usaha Malaysia mencapai status negara maju berpendapatan tinggi pada 2020 serta pencapaian program-program tersebut sehingga kini. Menjawab soalan lain berhubung sistem demokrasi, Muhyiddin berkata kerajaan lebih suka untuk menjelaskan sesuatu isu atau perkara kepada rakyat secara profesional berbanding mengadakan debat dengan pembangkang.

"Kerajaan tidak bertindak atas dasar emosi tapi rasional untuk jelaskan. Ada yang kata tak cukup penjelasan, maka adalah tanggapan yang kerajaan tak laksanakan apa yang dikehendaki oleh rakyat. Tapi, itu kita boleh perbaiki," katanya.

Beliau menekankan apa yang penting adalah hubungan dengan rakyat agar mereka dapat sama-sama berbincang tentang sesuatu perkara. Menyifatkan sistem demokrasi negara sebagai "terbatas berlandaskan Perlembagaan dan undang-undang negara", beliau berkata ia penting dalam memastikan Malaysia kekal aman.

"Bukan kita tak sedia untuk berbahas tapi bila perbahasan dengan pembangkang ini mereka sudah tetapkan di fikiran... apa yang kita buat tak berfaedah.

"Kita tak takut, tapi lebih baik kita buat secara rasional sebab sebahagian besar rakyat bersikap matang dan boleh menilai," katanya.
Pada majlis yang sama, Timbalan Perdana Menteri turut melancarkan dua buah buku terbitan Wira iaitu Pemasaran Politik di Malaysia dan Malaysiaku. - Bernama
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Bersiar-siar naik kereta jenazah
Bersiar-siar naik kereta jenazah
08-10-2010 1,255 Views 0 Replies
Tragedi mangsa ditanam hidup-hidup
Tragedi mangsa ditanam hidup-hidup
08-09-2010 3,351 Views 2 Replies
PM mula bercuti ke luar negara hingga 10 Ogos
PM mula bercuti ke luar negara hingga 10 Ogos
08-04-2010 1,923 Views 0 Replies
Salam Perkenalan
Salam Perkenalan
02-10-2017 3,045 Views 1 Replies
coway
coway
05-19-2019 1,347 Views 2 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-04-2026, 01:40 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend