Please Log-in or Register to get full access to the forums.

Lost Password?

| HOME | | KOMUNITI BLOGGER| | GEMPAKZ SANTAI | | ISU SERIUS | | HIBURAN | | HOBI | | PENDIDIKAN | | AKADEMIK | | PELBAGAI | | ADMIN | *BLOG*

>>>PERHATIAN SEMUA! BACA INI DULU: ADMIN DECLARATION <<<

Post Reply 
 
Thread Rating:
  • 0 Votes - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Sambutan Hari Keputeraan Yang dipertuan Agong ke-14
06-02-2012, 01:40 PM
Post: #1
Sambutan Hari Keputeraan Yang dipertuan Agong ke-14
Tanggal 2 Jun 2012 melihatkan sambutan Hari keputeraan [Yang dipertuan Agong Malaysia yang ke 14], Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. Semoga usia beliau dilanjutkan dan dikurniakan Kesihatan yang baik untuk memerintah negara kita Malaysia yang tercinta ini.

sedikit maklumat, Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah (lahir 28 November 1927) merupakan Sultan Kedah ke-27 (1958 - kini) serta Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-5 (1970 - 1975) dan ke-14 (mulai 13 Disember 2011).

Baginda diputerakan di Anak Bukit, Alor Setar, Kedah sebagai Tunku Abdul Halim. Baginda merupakan anak kedua Tunku Badlishah bersama Tunku Safiah binti Tunku Mahmud, namun putera tertua yang hidup. Baginda kemudian menjadi Raja Muda Kedah pada 1949.

Baginda merupakan lepasan pelajar Wadham College, Oxford, di mana baginda mendapat diploma dalam Sains Sosial dan Pentadbiran Awam. Baginda mewarisi takhta Kedah ayahandanya pada Julai 1958 dan ditabalkan pada Februari 1959.

Tuanku Abdul Halim terpilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong antara September 1965 dan September 1970. Apabila dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 1970, ketika berumur 43 tahun, baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong kedua termuda yang pernah dilantik iaitu selepas Tuanku Syed Putra, Raja Perlis yang dilantik ketika berumur 40 tahun.

Baginda menyaksikan pertukaran kali pertama ketua kerajaan Malaysia iaitu apabila ayahanda saudara baginda, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj memberikan jawatannya kepada timbalannya Tun Abdul Razak. Tunku Abdul Rahman merasakan beliau tidak patut berkhidmat di bawah anak saudaranya.

Pada November 2006, Tuanku Abdul Halim dipilih buat kali kedua sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, bermula Disember 2006 hingga Disember 2011. Beliau merupakan sultan ketiga memegang jawatan ini dua kali, selepas Tuanku Ja’afar dari Negeri Sembilan dan Sultan Mizan Zainal Abidin dari Terengganu.

Pada 15 Julai 2008 baginda menyambut Jubli Emas, iaitu ulang tahun pemerintahan baginda ke-50 di Kedah.

Pada 12 dan 13 Oktober 2011, Mesyuarat Majlis Raja-raja yang ke-225 telah memutuskan bahawa Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah bakal menggantikan Tuanku Mizan sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-14 mulai 13 Disember 2011.

Bermula pada 13 Disember 2011 yang lalu, baginda telah menjadi Yang di-Pertuan Agong yang ke-14, sekaligus menjadi sultan pertama menjadi Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali[6] dan yang tertua ditabalkan (84 tahun). Yang di-Pertuan Agong tertua sebelum baginda ialah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dari Selangor, yang ditabalkan di usia 73 tahun.

Istiadat pertabalan buat kali kedua sebagai Yang di-Pertuan Agong telahpun dilangsungkan di Istana Negara pada 11 April 2012.

Saya Kongsi sedikit gambar-gambar yang sempat disnap rakan dr TV:

[Image: HB-YDA1.jpg]

[Image: HB-YDA2.jpg]

[Image: HB-YDA3.jpg]

[Image: HB-YDA4.jpg]

[Image: HB-YDA5.jpg]

[Image: HB-YDA6.jpg]

[Image: HB-YDA7.jpg]

[Image: HB-YDA8.jpg]

Mari rakan-rakan mendaftar sebagai seorang ahli Komuniti gempakZ~ Shy
Quote
JOM JOIN KOMUNITI GEMPAKZ. Klik: REGISTER
Post Reply 


Forum Jump:


User(s) browsing this thread: 1 Guest(s)

Website Submission Optimization Search Engine Submission - AddMe

Free PageRank Checker My Ping in TotalPing.com Malaysian Free Auto Backlink Exchange Ping your blog, website, or RSS feed for Free Personal blogs
Blogged.my Text Backlink Exchanges free web site traffic and promotion

Welcome, Guest
You have to register before you can post on our site.


  

Password
  





Website Hit Counter
Hit from: 29-3-12  
KoMuNiTi gempakZ on Facebook
Latest Threads
Melayu Bangsa Paling raci...
Last Post: Mr.Pingu
Today 11:04 AM
» Replies: 2
» Views: 92
Isu Campur tangan Tun Dr ...
Last Post: Mr.Pingu
Today 11:02 AM
» Replies: 2
» Views: 114
Nak tanya sikit
Last Post: batkoo88
Yesterday 05:25 PM
» Replies: 5
» Views: 160
Faedah Menyimpan Emas ber...
Last Post: Mr.Pingu
05-21-2013 09:41 AM
» Replies: 9
» Views: 543
VIGRX FOR MEN - untuk mer...
Last Post: notrexdame
05-20-2013 06:01 PM
» Replies: 0
» Views: 116