NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Nuvi 40LM Gajet Penentu Kedudukan (GPS) terbaru
#1
Dunia sekarang ni memang perlukan alat bantuan macam GPS ni. Bak kata Nabil Raja Lawak tanpa GPS susahlah kau nak cari jalan. Terpakse tanya makcik @orang ramai yang mungkin tak tahu jalan juga. Macam aku jugalah datang Kuala Lumpur ke atau mana-mana sahaja aku memang totally LOST! GPS sahajalah penyelamat aku. hehe..

Biasanya aku guna Papago (bukan papagomo yer). Tapi kali ini aku nak cerita pasal GPS keluaran terbaru GARMIN yang baru dikeluarkan. Ni sumber aku cedok dari berita online yer. Baca cerita lanjut dibawah:

Quote:

MULAKAN destinasi anda dan serahkan navigasi keseluruhan perjalanan sama ada jauh atau dekat kepada produk Garmin terbaru iaitu nuvi 40LM.

Mengapa nuvi 40LM boleh menjadi pilihan penggemar gajet Sistem Penentu Kedudukan (GPS). Ini kerana skrin sesentuh bersaiz 4.3 inci dan menyediakan maklumat tepat berkaitan selekoh demi selekoh berdasarkan sebutan nama jalan yang dikeluarkan menerusi skrinnya.
Lebih menarik, pembeli diberikan kemas kini peta seumur hidup. Nuvi 40LM dimuatkan dengan tiga jenis peta iaitu City Navigator Navteq, Malsingmaps dan Malfreemaps. Kesemua peta ini boleh dikemas kini secara percuma dengan melayari laman web http://www.garmin.com.my

Nuvi 40LM akan menyambut anda dengan dua pilihan mudah: “Where To?” dan “View Map”.

Sentuh skrin untuk mencari alamat dan perkhidmatan serta mendapatkan panduan bagi mencari destinasi dengan bantuan suara, arahan selekoh demi selekoh dan nama jalan. Ketika memandu, nuvi 40LM mempamerkan penunjuk had laju bagi membantu anda memandu pada kelajuan yang sepatutnya ketika melalui kebanyakan jalan-jalan utama. Jangan bimbang jika ingin mengetahui lokasi terkini kerana dengan pengesan kecemasan “Where Am I?” dengan menekan ikon kereta di atas skrin, pengguna akan dapat tahu kedudukan balai polis dan hospital terdekat dengan pantas.

Bukan itu saja, berjuta-juta lokasi kegemaran atau Point of Interest (POI) sudah dimuatkan dalam nuvi 40LM dan memberi peluang kepada anda untuk menambah sendiri. Selain itu, kemas kini peta seumur hidup, pemilik GPS ini akan sering mendapat peta paling terkini dan terbaru, POI dan maklumat navigasi di hujung cari.

Kemas kini peta boleh dimuat turun sehingga empat kali setahun tanpa sebarang caj atau yuran kemas kini dan tiada tarikh luput. Pada harga sangat berpatutan iaitu RM445 bagi satu unit nuvi 40LM, pengguna tidak perlu berfikir panjang untuk memiliknya.

Dalam pada itu, pengguna tidak perlu meneka lorong mana yang perlu diambil ketika menghampiri selekoh atau simpang. Nuvi 40LM menyediakan pilihan kawasan bandar, maklumat lorong dengan gambar asal simpang bagi memudahkan anda mengambil lorong yang betul ketika menghampiri atau keluar selekoh atau melalui persimpangan yang tidak biasa dilalui serta meneruskan perjalanan tanpa rasa bimbang.

Nuvi 40LM juga memaparkan gambar sebenar jalan dan simpang sepanjang perjalanan dengan anak panah yang menunjukkan lorong betul untuk navigasi pemandu. Jika berminat, hubungi Aeco Technologies (M) Sdn Bhd di talian 03-92858062 atau Eric Emir di 016-9208062.

INFO

Ciri-ciri utama:

- Maklumat terkini berkaitan jalan dan POI dengan kemas kini peta seumur hidup
- Paparan laluan menerusi skrin sesentuh bersaiz 4.3 inci
- Pencarian alamat untuk berjuta-juta POI
- Sebutan nama jalan
- Tahu lorong anda sebelum terlambat dengan maklumat lorong bersama gambar asal simpang
- Mengelak daripada disaman dengan penunjuk had laju

SPESIFIKASI

DEMENSI UNIT, WXHXD: 12.4x7.9x1.8 SM
SAIZ PAPARAN, WXH: 9.7x5.8 SM; DIAG 10.9 SM
RESOLUSI PAPARAN, WXH: 480x272 PIKSEL
JENIS PAPARAN: WQVGA TFT
BERAT: 148.0 GRAM

BATERI: LITHIUM-ION BOLEH CAJ SEMULA
JANGKA HAYAT BATERI: SEHINGGA DUA JAM
MEMORI: 2G NAND FLASH
KAD DATA: MICROSD

PANDUAN LALUAN/KEGEMARAN/LOKASI: 1,000
BANTUAN SUARA: ADA (SPEAKER DALAMAN)

TAMBAHAN:
PERALATAN STORAN USB SERASI DENGAN WINDOWS XP ATAU TERBARU DAN MAC OS X 10.4 ATAU TERBARU

HARGA: RM445

SUMBER
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#2

JIKA anda selalu sesat ketika memandu dan sedang mencari sistem pengemudi satelit, Garmin Nuvi 50LM memang sesuai digunakan. Jenama Garmin semakin popular di banyak negara termasuk Malaysia dan mudah dipasang terus pada kereta.

Nuvi 50LM adalah produk terbaru yang berada di pasaran ketika ini dan pada harga yang sangat berpatutan. Pakej standard didatangkan lengkap dengan pemegang dan pelekap cermin serta pengecas dalam kereta dan buku panduan. Pemilik peranti ini tidak perlu bimbang kerana peta paling terkini Malaysia, Singapura dan Brunei sudah tersedia.

Ciri-ciri utama Nuvi 50LM ialah maklumat terkini mengenai jalan raya dan tempat menarik, paparan sesentuh laluan di skrin bersaiz 12.7 sentimeter, pencarian alamat, suara nama jalan, makluman lorong yang perlu diambil sebelum tiba di persimpangan dan amaran kelajuan.

Peranti ini memaparkan lorong dengan paparan panduan simpang bagi memastikan anda membelok dengan betul apabila menghampiri persimpangan dan mudah meneruskan perjalanan.

Ia memaparkan tanda jalan dan simpang dengan anak panah supaya anda mengambil lorong yang betul. Dengan kemas kini peta seumur hidup, anda tidak akan lagi dikejutkan dengan laluan atau aliran trafik baru atau terlepas tempat menarik baru.

Walaupun baru menggunakan sistem pengemudi satelit, anda tidak akan menghadapi masalah apabila Nuvi 50LM akan menyapa anda dengan ‘Where To?’ atau ‘View Map.’

Selepas itu, sentuh skrin untuk mencari alamat dengan mudah dan perkhidmatan serta diberikan panduan ke destinasi anda dengan suara, arahan membelok bersama nama jalan.

Nuvi 50LM didatangkan dengan tiga versi peta iaitu peta bagi Malaysia,Singapore,Brunei. Garmin Navteq City Navigator, Malsingmaps dan Malfreemaps. Secara percuma seumur hidup. Dengan pengesan kecemasan 'here Am I?', pengguna sentiasa tahu di mana lokasi semasa dan tempat menarik berhampiran.

SUMBER
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)