Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SeLiBRiTi v
« Previous 1 ... 20 21 22 23 24 Next »

Akhirnya hasrat nak cerai tercapai dan tergapai

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

KONGSI ARTIKEL INI
Facebook WhatsApp Telegram X Email
? Link artikel telah disalin
Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Akhirnya hasrat nak cerai tercapai dan tergapai
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-19-2010, 12:20 AM
Isteri Badrul nekad cerai
Berita Harian
17082010

KUALA LUMPUR: Isteri kepada pelakon Badrul Muhayat Ahmad Jailani, Julia Daud, 29, nekad bercerai dengan suaminya selepas memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984 di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur di sini, semalam. Julia ketika dihubungi berkata, Badrul hadir bersamanya ketika memfailkan permohonan berkenaan dan berjanji menceraikannya dengan baik. Katanya, keputusan itu diambil bagi menyelesaikan masalah membelenggu mereka selama ini dan langkah itu penyelesaian terbaik mereka berdua dan keluarga.


“Walaupun dia (Badrul) ada memujuk saya memikirkan perkara ini terlebih dulu, tetapi saya rasakan ia terlambat dan sudah banyak bersabar sebelum ini. “Dia mungkin berubah, namun saya tetap dengan keputusan bercerai dengannya demi kebaikan semua pihak,” katanya. Menurut Julia, ketika proses permohonan, Badrul dilihat tenang dan tidak menentang keputusannya. Katanya, Badrul dan dia tidak tinggal sebumbung lagi dan dia tidak mengetahui tempat tinggal suaminya manakala dia masih tinggal di Kampung Cheras Baru. Keretakan rumah tangga mereka bermula apabila Badrul didakwa di Mahkamah Majistret Ampang, pada 6 April lalu kerana dua tuduhan memukul isterinya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di rumah mereka di Kampung Cheras Baru, di sini, atas kesalahan menyebabkan kecederaan terhadap isterinya dengan menumbuk muka dan menendang perut serta memukul mangsa dengan batang penyapu di punggung dan kaki pada 24 Mac. Namun, 12 Julai lalu Badrul dibebaskan Mahkamah Majistret Ampang tuduhan mencederakan isterinya selepas membayar kompaun RM1,000 kepada isterinya. Bagaimanapun pada 16 Julai lalu Harian Metro melaporkan Badrul Muhayat mengasari isterinya dan merampas wang jaminan mahkamah RM2,500 sebelum melarikan diri.


ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Apa ceritanya: Kat nafi bergaduh
Apa ceritanya: Kat nafi bergaduh
08-23-2010 1,521 Views 0 Replies
Isteri mintak cerai dari suami..
Isteri mintak cerai dari suami..
08-10-2010 1,813 Views 0 Replies
Festivel Filem Malaysia (FFM) perlu rombakan besar!
Festivel Filem Malaysia (FFM) perlu rombakan besar!
10-24-2010 12,543 Views 17 Replies
salam perkenalan..saya owner riana.my
salam perkenalan..saya owner riana.my
06-19-2013 2,903 Views 1 Replies
Hello semua
Hello semua
03-08-2012 1,453 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-27-2026, 06:00 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend