Apa nak dikata.. Bulan puasa ni macam-macam yang berlaku pada aku yang benar-penar menguji kesabaranku. Nasiblah dalam bulan puasa. Bolehla aku kawal diri aku. Pagi ni baru je aku ambil kereta aku yang dihantar di workshop. Gearbox rosak dan beberapa benda lain yang menyababkan aku kena RM 720+. Nasiblah bulan ni kerajaan umum bonus raya bolehlah nak tampung kos membaiki kereta tersebut.
Ok, aku taknak cerita lebih pasal kereta sebab kalau nak jimat duit bawalah kereta cermat-cermat. Aku nak cerita pasal seorang lelaki psiko. Apa itu lelaki Psiko? Aku pun takdelah faham sangat makna Psiko ni tapi aku rasa budak laki ni memang psiko giler menyebabkan aku rasa nak baling meriam kat dia.
![[Image: lelaki%20marah.jpg]](http://gempakz.org/images/upload_gambar2/lelaki%20marah.jpg)
Aku ada sorang "Bekas Member" yang dulu kamcing dengan aku. Namun, lama kelamaan sikap dia yang makin Psiko tu buat aku cukup rimas. Apa yang aku buat ada je tak kena di mata dia. Sedangkan kebaikan aku pada dia tak pun dipandang. Nak buat macam mana orang kata buatlah seribu kebaikan kalau satu je salah ko buat, satu itulah yang akan diingati sampai bila-bila.
So berkenaan member psiko aku yang perasa diri dia ni sentiasa betul dalam semua hal menyebabkan pada satu masa tahap kesabaran aku sudah sampai ke kemuncaknya. Aku cakap sama dia kalau ko dah rasa aku ni tak diperlukan dalam hidup ko so pi la jauh-jauh aku pun tak ingin nak dekat sama engkau.
Aku bukanlah nak putuskan silaturrahim sesama insan tapi bagi aku jalan terbaik ialah aku pergi jauh-jauh dari hidup dia. Biarlah dia dengan hidup dia dan aku dengan hidup aku. Kalau dia rasa dia tu bagus sangat dan ramai orang nak kawan dengan dia so do la what you want to do. Aku pun senang dengan hidup aku sekarang dan kawan-kawan yang memahami aku.
So disini aku nak nasihat koranglah dalam bersahabat perkara paling penting ialah bertimbang rasa, bertoleransi, jujur, ikhlas dan memahami.. Disamping itu jadilah seorang yang pemaaf dan sering baik sangka. Tak macam ex member aku ni yang selalu buruk sangka dan pikir bukan-bukan pasal aku. Lantak kau la aku dah tak peduli. Now aku happy tanpa kau.
Sekian